Bagi membantu misi merawat pesakit COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru lebih ramai pembabitan sukarelawan kesihatan bagi menangani situasi pandemik ini.
Tenaga sukarelawan ini amat diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas-petugas kesihatan di seluruh negara.
Antara jawatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Pegawai Perubatan
• Pegawai Pergigian
• Penolong Pegawai Perubatan
• Jururawat
• Pegawai Kesihatan Persekitaran
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
• Juruteknologi Makmal Perubatan
Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
• Berusia di antara 18 hingga 60 tahun
• Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
• Tidak mengandung bagi wanita
• Telah mendapat kebenaran daripada majikan bagi yang bekerja
• Bukan anggota KKM
• Sanggup bertugas di lokasi memerlukan
• Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari
Namun begitu, diingatkan tiada sebarang bayaran atau upah atau elaun diberikan. Pengangkutan, penginapan dan makanan juga tidak disediakan. Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri.
Bagi yang berminat, bolehlah lengkapkan borang yang telah disediakan ini menerusi pautan https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9
. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada mobilisasi19@gmail.com.Semoga segala urusan yang dilakukan oleh barisan petugas hadapan kita dipermudahkan dan sama-samalah kita berdoa agar penularan virus pandemik ini segera berakhir.
Sumber: (1)