KKM Cari Sukarelawan Untuk Ujian Vaksin COVID-19

Share

Peluang untuk menjadi sukarelawan masih terbuka kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.

Individu yang berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan, amat dialu-alukan untuk menyertai kajian ini.

Sehingga kini, lebih 7,000 orang telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang telah bersetuju untuk menyertai kajian ini. Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama.
Gambar hiasan
Menurut KKM, mereka akan menyertai ujian klinikal fasa ketiga untuk vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Sukarelawan ini diperlukan bagi menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.

Jika korang berminat, boleh hubungi sembilan hospital yang telah ditetapkan seperti berikut.

1. Hospital Ampang: 016-7286617 (Telegram & WhatsApp)

2. Hospital Umum Sarawak: 012-3108108 (WhatsApp)

3. Hospital Pulau Pinang: 014-9453599 (WhatsApp)

4. Hospital Seberang Jaya: 014-9065518 (WhatsApp)

5. Hospital Sultanah Bahiyah: 019-5544976 (WhatsApp)

6. Hospital Raja Permaisuri Bainun: 011-63311654 (WhatsApp)

7. Hospital Taiping: 019-5544976 (WhatsApp)

8. Hospital Sungai Buloh: 011-10045343 (WhatsApp)

9. Hospital Sultan Abdul Halim: 017-7931938, 017,7931987, 011-57669114 (WhatsApp)

Untuk soalan lazim berkaitan dengan kajian ini, korang boleh klik pautan ini. https://cutt.ly/ICRcovidVacFAQ

Gambar hiasan

Jika korang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bersetuju untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah hubungi hospital-hospital yang telah disenaraikan ini.

Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.

Sumber: KKM

Published by
Noor Ain Norman