
Sehingga semalam sebanyak 862 kes baharu dicatatkan positif COVID-19 menjadikan keseluruhan kes di negara kita adalah sebanyak 22,225 kes.
Memandangkan esok adalah permulaan bekerja dari rumah (WFH) bagi kakitangan awam dan swasta bagi tiga negeri iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mana-mana individu yang perlu ke pejabat harus menjalani swab test sebelum dibenarkan ke pejabat.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyenaraikan lokasi zon merah di negara ini untuk menjadi petunjuk bagi rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati.
Berikut adalah pecahan zon merah mengikut daerah dan mukim yang terkini (kumulatif 7 Oktober – 20 Oktober 2020)
Bermula 22 Oktober 2020, pekerja sektor swasta dan awam bahagian pengurusan dan pengawasan diarahkan untuk bekerja dari rumah yang melibatkan kira-kira 1 juta pekerja. Arahan ini bagi mengurangkan pergerakan sekaligus memutuskan rantaian COVID-19 di kawasan-kawasan zon merah ini.
Keajaiban! Biar Koma 7 Bulan Akibat Pembedahan Tumor, Ibu Ini Selamat Lahirkan Anak

Awal, doktor menjangkakan bayi dalam kandungan ini tidak akan selamat kerana pembedahan membuang tumor di kepala ibunya membahayakan kandungan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Kun fa ya kun (jika Allah mengkehendakinya, maka jadilah ia).
Alhamdulillah, Farah Hanis, 41 selamat dilahirkan biarpun ibunya terlantar koma selama tujuh bulan di mana pakar perubatan menganggap ia sebagai satu keajaiban.
Biar belum pernah merasai setitis air susu ibunya namun ternyata anak kecil ini juga memahami penderitaan dilalui ibunya apabila kelihatan sihat dan membesar dengan baik. Ya barang kali dirinya juga sudah memahami derita ibunya dan enggan memberi sebarang masalah lain.
Kisah perkongsian mengenai seorang ibu muda, Kamareeah Arwae, 36 yang kini koma oleh jiran setamannya di fb atas nama Syira Nur Syahira mendapat perkongsian apabila ramai meluahkan rasa simpati atas nasib keluarga ini.
Baca perkongsiannya, moga ada rezeki kita semua untuk membantu ahli keluarga ini yang sedang diuji kesusahan.

Sebelum ni banyak baca kisah-kisah sedih di facebook. Tapi kisah kali ini betul-betul berlaku sendiri di mata saya. Jiran sebelah rumah saya iaitu pasangan Fairol Haziri Bin Rahim (abe Yoe) 44 tahun dan isteri Kamareeyah Arwae ( Kak Yah) 36 tahun di PT 753, Taman Sl Badang, Jalan PCB kelantan.
Penderitaan mereka bermula pada Disember 2018 bila Kak Yah disahkan mengidap tumor dalam kepala dan terpaksa dibedah. Setelah menjalani pembedahan pertama pada 25/12/2018, dia dimasukkan ke ICU HUSM dan lebih menyedihkan masih koma sehingga sekarang.
Ketika pembedahan pertama dilakukan, Dr mengesahkan Kak Yah mengandung dua bulan setengah (anak ke 2) & Dr menjangka kandungan akan gugur sebab terlalu lemah.
Tapi siapa kita untuk menidakkan Kuasa Allah. Kandungan selamat dan pada 16.5.2019 (8 bulan), operation czer dilakukan dengan keadaan kak Yah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Alhamdulilah baby girl yang sangat comel & sihat. Anak sulungnya berumur setahun setengah & baby sebulan lebih tadi dijaga oleh sepupu abe Joe yang menyewa taman yang sama.
Demi untuk menjaga kakyah, abe Yoe terpaksa berhenti bekerja dan mereka tinggal menumpang di rumah yang disewa oleh adik abe Yoe (sebelah rumah saya).
Abe Yoe tiada sumber pendapatan lain dan mengharapkan ehsan bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara yang bersimpati. Dan untuk pengetahuan semua Kak Yah berasal dari Thailand.
Pada Hari Ahad (23/6/19), JKM datang melawat dan menyumbang barang-barang keperluan dapur serta wang RM150 sebulan. Dan pada tarikh yang sama jugak “Third Force” datang menghulurkan sumbangan.
Bantuan-bantuan ini sangat jauh dari mencukupi kerana:
*Kak Yah perlu diberi susu khas RM92 setin(3 hari)
*Lampin pakai buang saiz L
*Peralatan sedut kahak
*Susu khas baby tak cukup bulan (susu nan pro 1)
*Bil-bil hospital yang tertunggak
Selain itu siapa-siapa yang ada pakaian anak2 kecil yang tak digunakan dan nak disedekahkan kepada anak-anak mereka, bolehlah berhubung dengan saya. Sehubungan dengan itu, saya amat-amat menyeru para dermawan semua, jom pakat bantu sikit sorang untuk meringankan beban Abe Yoe.
Sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun BSN :
0300141000081183
(Fairol Haziri Bin Rahim)
“Beruntung Dapat Majikan Yang Sangat Menghargai…” Kongsi Rezeki Bawa Yang Terpilih Tunai Umrah, Hafiz Mahamad Terima Pujian Ramai

Siapa tidak kenal dengan pempengaruh dan personaliti media sosial seorang ini, figura yang sangat berjiwa hamba dan dikenali apabila acap kali berkongsi rezeki kepada orang lain.
Seorang usahawan yang juga suami kepada personaliti media sosial popular, Syafiqah Aina, Hafiz Mahamad, sememangnya cukup dikenali di media sosial sebagai figura yang gemar memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dari orang biasa sehinggalah ke pekerjanya, cara jejaka itu berkongsi rezeki seringkali menyorot perhatian umum, khususnya warganet.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat Menenangkan Jiwa…” Daud Kim Anggap Mekah ‘Rumah’ Keduanya
Terbaharu, Hafiz menerusi platform Instagram berkongsi video mengenai keberangkatannya ke tanah suci Mekah bersama isteri tercintanya. Istimewanya kali ini, mereka ke tanah suci turut disertai oleh kakitangan serta mereka yang bertuah dipilih untuk mengerjakan umrah.
“Dulu saya ada cakap dengan Aina, Aina abang nak sampai kita mampu nak sewa satu kapal terbang, bayarkan tiket satu kapal terbang untuk orang pergi ke umrah. Hari ini depan mata saya awak tengok, ramai depan mata saya ni… Ada staff, ada team, ada orang susah,
“OKU dan ada anak-anak yatim. Aina isteriku, aku sayang kau.…. aku sayang kau. Ini buktinya. Tahun depan, saya nak bawa ramai lagi dengan izin Allah. Nak mereka rasa kenangan dan rasa rindu bumi Allah nanti.
“Doakan rezeki perniagaan melimpah ruah. Kita bawa team yang berniaga dengan kita dan staf. Ada juga anak yatim, pelanggan @ainaabeautyofficial dalam trip ke umrah tahun ini,” ujarnya menerusi perkongsian video tersebut.
Sempat REMAJA menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif terhadap Hafiz selain memuji tindakannya itu membawa sahabat seagama mengerjakan umrah.
“Tidak tahu nak cakap perasaan apa, sebab tempat kerja berlainan, bos berlainan, rezeki pun masing-masing itulah… rezeki masing-masing .. beruntung dapat majikan yang sangat menghargai smpai ke tahap ini,” komen seorang pengguna.
“Bertuahlah. Bersyukurlah. Semoga semuanya mendapat umrah yang mabrur. Moga selamat pergi dan balik. Dan semuga dipermudahkan segala urusannya di sana. Amin!” komen juga pengguna lain.
“Untung dapat majikan macam ini, Allah bersyukurlah kan apa yang ada , semua itu rezeki dari Allah. Untung sangat dapat bos yang menghargai staf dia,” tulis pengguna lain.
Terdahulu, usahawan berjaya itu pernah memberi tajaan kepada mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung, selain pernah memberi bantuan kit ujian pantas Covid-19 ketika wabak tersebut teruk menular beberapa tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Hafiz Mahamad
Jom Try Sendiri Kopi Viral “DALGONA COFFEE”, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Sedap Setanding Jenama Terkenal!

Dah tiga hari perintah kawalan pergerakan beroperasi, ini bermakna dah tiga hari juga la kita dah duduk rumah kan. Okay kalau bosan jom la try resepi-resepi baru yang viral di media sosial seperti kopi viral dengan nama “DALGONA COFFEE” ni!
Kalau korang yang sentiasa mengikuti perkembangan trend di media sosial terutamanya aplikasi TikTok, korang mesti dah tahu betapa popularnya video cara membuat kopi viral ini.
Apa yang membuatkan Dalgona Coffee ini begitu tular adalah kerana bahan-bahan serta cara pembuatan minuman ini yang sangat ringkas dan mudah, iaitu hanya menggunakan 3 ramuan (nescafe, gula, susu).
Malah, rasanya juga sesedap kopi-kopi jenama terkenal antarabangsa yang lain dan sangat enak dinikmati ketika korang sedang kebosanan duduk atau bekerja dari rumah.
Jom kita lihat resepi dan cara membuat Dalgona Coffee di rumah yang telah dikongsikan oleh seorang Tweet Femes Makanan di Malaysia @ASH (Foodhunter).
Dalgona Almond Iced Coffee 10/10
📸 Pixel 4 XL https://t.co/WRualw7gZl pic.twitter.com/RLEhXrKMop
— ASH (Foodhunter) (@Ashril_92) March 19, 2020
Cara Membuat
1. Resepi memerlukan dua sudu serbuk kopi hitam segera, dua sudu gula dan dua sudu air panas.
2. Kaca campuran sehingga konsisten dengan menggunakan sudu, pemukul atau electric hand mixer.
3. Bila betul-betul dah sebati semua, topping diletakkan di atas susu, boleh tambah ais juga.
4. Kacau dan nikmatinya!
Sejarah “DALGONA COFFEE”
Kalau korang nak tahu, sedikit sejarah mengenai kopi ini yang turut dikenali sebagai whipped coffee atau kopi putar.
Pada mulanya, minuman ini dipopularkan oleh warga Korea Selatan dalam rancangan TV Pyunstorang yang mana selebriti bersaing untuk menginovasi resipi dan menu tersebut akan dipasarkan di kedai serbaneka di sana.
Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda).
Dalam erti kata sebenar, Dalgona Coffee merupakan kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.
Resipi itu telah menjadi trend oleh pengguna TikTok, diikuti oleh komuniti di YouTube, Instagram dan terbaharu turut trending di Twitter.
Emmm…cuti-cuti ni jom la try nampak sedapkan.. Lagi pula minum masa cuaca panas, memang syok.