KKM Lancar Laman CovidNow , Ini Yang Korang Kena Tahu

Share

Umum mengetahui semalam, Menteri Kesihatan iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah mengumumkan dan melancarkan laman sesawang baharu dikenali sebagai CovidNow dalam usaha menyediakan data yang lebih telus untuk dikongsi bersama rakyat.

Laman khusus tersebut malah sudah pun boleh dilayari bermula pukul 6 petang semalam menerusi alamat https://COVIDNOW.moh.gov.my.

Tapi kena perlu ada laman CovidNow ni, ini sebabnya.

Data utama yang lebih mudah difahami

Laman sesawang baharu CovidNow akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami

dan boleh diakses oleh masyarakat agar mesej disampaikan lebih baik dan pada masa sama, beliau berharap usaha itu akan memberi kesedaran tinggi kepada rakyat memahami senario semasa Covid-19 dalam negara dan melakukan perubahan tingkah laku.

Persediaan hidup bersama virus sebagai endemik

Jangkaan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula akhir bulan Oktober, tahun ini.

Usaha berterusan ini jelas Khairy, dengan mempertingkatkan amalan rutin prosedur operasi standard (SOP) agar boleh memasuki fasa baharu hidup bersama virus sebagai endemik.

“Set data ditambah melibatkan perincian kes baharu dan kematian yang turut ada status imunisasi dan jenis vaksin diterima pesakit atau si mati serta data kapasiti katil hospital,” jelasnya.

Pelaporan yang lebih tepat juga melibatkan kes kematian apabila masa dan tarikh sebenar kejadian akan dilaporkan pada hari pertama sebelum bedah siasat dan pengesahan kematian. Justeru, beliau berharap tidak berlaku lagi pelaporan tertunggak kes lama yang disebabkan birokrasi lambat disahkan seperti sebelum ini sedangkan ia tidak menggambarkan situasi terkini.

Beliau memberi contoh kes di Selangor dan Kuala Lumpur yang direkodkan amat tinggi namun apabila diteliti semula ia adalah berpunca daripada kelewatan pengesahan prosedur klinikal.

“CovidNow dijamin memaparkan data sebenar daripada sumber utama serta disiarkan secara berstruktur dan berfokus yang dikemas kini berbanding imej statistik semata-mata,” tegas Khairy.

Bagi kebanyakan daripada kita yang tidak begitu memahami maksud sebenar endemik dan keliru sekiranya ia sama dengan pandemik, jangan risau. Kami akan cuba untuk menjelaskan maksud terma ini.

Pertamanya, endemik tidak sama dengan pandemik – mahupun epidemik iaitu satu lagi terma yang selalu digunapakai untuk mengklasifikan negara yang telah diserang penyakit berjangkit.

Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Ini termasuklah penularan wabak dalam skop yang lebih besar melibatkan sebuah negara.

BACA LAGI : 10 Individu Jadi Jutawan Disebabkan Pandemik Covid-19 – REMAJA

Published by
Nana