KKM Perkenal MyMinda Di MySejahtera, Rakyat Kini Lebih Mudah ‘Check’ Status Kesihatan Mental

Share

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenal satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera iaitu MyMinda bagi membolehkan pengguna membuat penilaian kendiri tentang status kesihatan mental masing-masing.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pengguna kini boleh mengakses soalan tersedia pada bahagian ciri tersebut untuk mengenal pasti status kesihatan mental dan tahap stres.

Tambah beliau, pengenalan ciri baru MyMinda dalam MySejahtera itu adalah sebahagian daripada komitmen KKM dalam meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan mental melalui digitalisasi selari dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lokasi Glamping Ini Janjikan Pengalaman ‘Healing’ Luar Biasa Buat Pengunjung. Confirm Rasa Tak Nak Balik!

“MyMinda sebagai satu komponen baharu dalam aplikasi MySejahtera terdiri daripada saringan minda sihat, sumber psikologi pendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.

“Kita harap orang ramai dapat menilai status kesihatan mental masing-masing dengan menjawab soalan disediakan dalam MyMinda,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, menerusi hasil dapatan info pengguna daripada MyMinda, KKM juga bakal mengumpul statistik dan membuat analisis terhadap kesihatan mental orang ramai.

“Sebenarnya dari situ kita boleh memperoleh statistik status kesihatan mental orang ramai dan keduanya, kita dapat melakukan analisis berdasarkan simptom.

“Paling penting masalah berkaitan kesihatan mental, mereka ini diberikan intervensi awal yang mana ada tempat kepada mereka untuk mendapatkan sokongan bagi apa saja jenis masalah sedang mereka hadapi,” katanya lagi.

Kini, pengguna boleh mengakses soalan tersedia pada bahagian ciri MyMinda untuk mengenal pasti status kesihatan mental dan tahap stres masing-masing.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath