Kesihatan

KL & Selangor Alami Cuaca Panas ‘Lit-Lit’, Ini Puncanya!

Share

Cuaca panas dan kering yang sedang melanda segelintir lokasi di Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang juga telah meraih perhatian masyarakat. Boleh dikatakan ramai juga yang mengeluh akibat suhu yang agak tinggi sejak dua tiga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cuaca Panas Dan Gelombang Haba Sedang Melanda, Elak Risiko Strok Haba

Menerusi gambar peta dimuat naik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kelihatan tiga buah negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mencatatkan suhu yang agak tinggi.

Bacaan suhu itu adalah sekitar 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Dalam laporan yang dikeluarkan kira-kira jam 4 petang semalam (23 Oktober), lokasi yang terlibat adalah:

  • Larut, Perak
  • Matang, Perak
  • Gombak,Selangor
  • Petaling, Selangor
  • Putrajaya, Wilayah Persekutuan
  • Maran, Pahang

Berdasarkan peta berkenaan, lokasi yang terjejas itu ditandakan dengan warna kuning sebagai penunjuk bahawa cuaca di tempat berkenaan kini berada pada cuaca panas Tahap 1. Kategori itu menandakan bahawa suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya telah berlaku selama tiga hari secara berterusan.

Ribut Di Filipina Jadi Faktor Sesetengah Kawasan Di Malaysia Alami Cuaca Panas

Seorang pengguna X (@IzzraifHarz) dalam ciapannya menjelaskan bahawa suhu panas yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia mempunyai kaitan dengan cuaca di Filipina.

 

Buat masa ini, Filipina kini dilanda Ribut Tropika Trami (Kristine) yang sedang bergerak kuat ke arah barat.

Kewujudan ribut ini secara tidak langsung akan menyebabkan Malaysia mengalami dua cuaca berbeza di lokasi berlainan iaitu cuaca yang agak kering di Semenanjung manakala negeri Sabah pula akan menerima hujan yang lebih kerap.

Mesti ramai yang terfikir, macam mana ribut yang berlaku di Filipina mengakibatkan Malaysia turut terkena tempiasnya?

Semasa ribut melanda Filipina, kelembapan di kawasan Semenanjung Malaysia ‘ditarik’ ke arah ribut untuk menjadikan ribut tersebut semakin kuat.

Senang kata, kelembapan itulah ‘makanan’ kepada ribut sebagai sumber kekuatannya.

Jadi disebabkan kelembapan yang ditarik itulah beberapa tempat di Malaysia mempunyai jumlah awan yang berkurangan dan mengalami suhu kering serta panas.

Walau bagaimanapun, hujan masih boleh berlaku terutamanya di sekitar Pantai Timur.

Namun, Sabah pula mengalami cuaca yang agak berbeza berbanding di Semenanjung kerana negeri tersebut adalah yang paling dekat dengan ribut berkenaan serta berada pada laluan kelempaban.

Disebabkan itu, Sabah pula menerima angin kuat, hujan berterusan dan laut bergelora oleh kerana jumlah awan yang lebih banyak.

TIP HILANGKAN PENING KEPALA DIMUSIM PANAS

  • Cukup tidur

Kita menjadi pening kepala kerana banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia akan memastikan anda mendapat cukup tenaga sebaik sahaja bangkit dari tidur.

  • ️Mandi dan segarkan tubuh

Perasan atau tidak tubuh kita akan lebih segar sebaik sahaja kita lepas basahkan tubuh dengan air sehingga ke kepala? Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengambil wuduk untuk menenangkan hati. Nak mandi sekali pun boleh supaya kesegaran dapat diraih kembali.

  • ️Kurangkan minuman berkafein

Ramai yang mengadu kerap pening kepala apabila mengambil minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Kurangkanlah kalau tak dapat berhenti sekali gus. Ya, ini sangat membantu saya sendiri.

  • ️Makanan dan minuman bercoklat

Minuman dan makanan bercoklat juga boleh membuatkan anda mudah mengalami pening kepala. Elakkan atau kurangkan jika anda adalah penggemar coklat.

  • Hilangkan stres dan tekanan hidup

Tekanan hidup dan stres sering menjadi punca hasil kerja kita tidak secemerlang dan sehebat orang lain. Ia akan sekadar membuatkan anda tidak fokus kepada apa yang anda kakukan. Carilah penyelesaian setiap tekanan hidup itu.

  • ️ Bercuti

Kalau berpeluang, ambillah cuti sehari dua. Kalau dapat seminggu lebih baik. Bukan apa, dengan bercuti ini anda akan dapat semula momentum kerja anda sebaik sahaja mula kembali berkerja. Tubuh yang sibuk bekerja tanpa henti akan membuatkan kita tepu dan letih dengan setiap kerja. Berehatlah…

  • ️ Cukup air di dalam tubuh

Ini pun penting. Air sangat penting dalam menjalankan setiap fisiologi tubuh badan kita. Tubuh yang tidak cukup air akan menyebabkan kita gagal menjalankan fungsi tubuh secara optimum.

  • ️ Diet dan pemakanan teratur

Pastikan juga anda mengambil makanan dan diet yang seimbang. Kalau pun hendak mengamalkan diet, biarlah mengikut cara yang betul. Bermakna anda tidak boleh skip makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mesti diambil. Makan secara kerap adalah lebih baik, namun dalam kuantiti yang sedikit.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : MET MALAYSIA

 

Published by
Nana