Pesilat Negara, Faizul Nasir. Foto: Izari Rosli

Kecil-kecil cili padi! Mungkin dari segi fizikal, pesilat negara ini kelihatan normal saja di mata orang ramai.

Namun, aura yang dimiliki oleh pemenang pingat emas Pencak Silat Kelas Putra B 55kg di Sukan SEA 2017 ini pantas dirasai penulis ketika berjumpa denganya sama ada semasa di dalam gelanggang mahupun di luar.

Jom kenali pesilat negara, Faizul Nasir dengan lebih dekat lagi.

Bagaimana Faizul menceburi Pencak Silat?

Kalau nak tahu, semasa berada di sekolah rendah dulu saya sering menjadi objek buli oleh pelajar lain. Apabila memasuki SMK Seri Utama Petaling Jaya sekitar tahun 2001, saya rasakan Pencak Silat adalah sukan yang paling bersesuaian dengan saya untuk bersiap sedia mempertahankan diri daripada dibuli. Saya teruskan aktiviti kokurikulum tersebut sehingga tingkatan empat sebelum saya mula menyertai pertandingan olahraga.

Saya dengar kamu mempunyai cerita menarik bagaimana boleh terlibat dalam Pencak Silat secara serius.

(Ketawa) Asalnya, kami sekumpulan baru menghabiskan persembahan silat untuk sebuah majlis kahwin. Kebetulan pula, ada pesilat dari SUKMA Kuala Lumpur yang menegur saya mempunyai bakat silat olahraga. Boleh dikembangkan lagi, katanya.

Saya cuba sajalah nasih dan pertama kali bertarung di SUKMA 2006, saya menemui kekalahan. Biasalah, budak baru nak belajar.  Setelah mendalami sistem permainan dan teknik yang betul, barulah saya berjaya menemui rentak dan mula meraih kemenangan.

Apakah perbezaan yang boleh Faizul rasakan antara gelanggang SUKMA dan Sukan SEA.

Tentulah banyak perbezaannya, dari segi skala dan prestij.

Ads

Namun, yang paling ketara adalah apabila saya melangkah masuk ke gelanggang. Saya dapat rasakan persekitaran pelawanan sudah berubah. Dengan sokongan ketara yang diterima oleh saya dan pihak lawan, detik getir untuk menang itu tak pernah lekang. Dari masuk sehingga keluar, kedua-dua pihak lawan memang mentaliti nak menang saja.

#KL2017: Daripada Mangsa Buli Kepada Pemenang Pingat Emas – Faizul Nasir
Pesilat negara, Faizul Nasir. Foto: Izari Rosli

Boleh Faizul ceritakan sedikit pengalaman menyertai Sukan SEA.

Sukan SEA pertama saya adalah semasa edisi Singapura pada tahun 2015. Itulah pertama kali saya menyertai Sukan SEA dan saya meraih pingat emas. Alhamdulillah.

Pada waktu itu, saya berjumpa dengan lawan dari Laos, Vietnam dan Thailand. Paling saya tak dapat lupakan adalah semasa peringkat final. Saya sedang mendahului markah namun secara tiba-tiba, pesilat Thailand bermain kotor pada pusingan kedua lalu membuatkan penyertaannya dibatalkan.

Rasa tak puas hati itu memang ada kerana saya menang bukan atas dasar bertarung sehabis baik.

Ads

Bagaimana pula perasaan Faizul setelah baru saja memenangi pingat emas Sukan SEA KL2017 semalam?

Alhamdulillah, semalam saya berjaya meraih emas untuk Malaysia setelah menumpaskan pesilat Vietnam, Nguyen Dinh Tuan 5-0 dalam kelas B. Ia juga merupakan pingat emas keempat bagi team Pencak Silat pada Sukan SEA kali ini! Secara peribadinya, saya hadiahkan pingat ini kepada ibu dan isteri saya.

Kalau sebut mengenai atlet negara, pastilah kamu semua mempunyai rejim diet yang ketat. Bagaimana pula dengan Faizul?

Diet saya tak banyak berbeza daripada sebelum bermulanya Sukan SEA ini. Cuma ia bertambah ketat kerana diet saya ditapis oleh ISN dan MSN di kafe. Tak banyak benda yang perlu saya fikir, ikut je lah diet yang mereka telah sediakan kerana ia dipantau oleh pakar pemakanan ISN.

Kalau pada hari kebiasaannya pula, saya akan jadualkan cheat daya saya sehari saja dalam seminggu. Namun, sebolehnya saya akan elakkan air bergula kerana ia boleh mencacatkan stamina dan membuatkan saya mudah letih serta dehydrated. Karbohidrat dan protein, itu paling penting.

#KL2017: Daripada Mangsa Buli Kepada Pemenang Pingat Emas – Faizul Nasir
Para pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 bersama pengurus sukan MASOC. (Dari kiri : Fauzi Khalid, Siti Rahmah, Mohd Rafee Majid, Faizul Nasir dan Al-Jufferi Jamari. Foto: Izari Rosli

Candid With Faizul Nasir

Lawan yang perlu diperhatikan…

Ads

Lawan dari Indonesia dan Vietnam yang mempunyai ramai atlet pelapis.

Makan cheat day kegemaran…

Selepas pertandingan saja, saya akan mencari ayam masak merah oleh emak saya.

Idola sukan silat.

Ahmad Shahril Zailudin iaitu pesilat Pahang.

Kata-kata motivasi daripada emak dan isteri

Balik mesti nombor satu. Bawa pulang emas.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI