Sukan silat bukan hanya didominasi oleh para atlet ‘jantan’. Ramai juga puteri silat yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti pesilat negara; Siti Rahmah.
Dalam banyak-banyak pingat acara antarabangsa yang sudah ‘dicekup’ kemas dalam genggaman Siti, pengalaman memperoleh pingat semasa Sukan SEA di Indonesia adalah antara yang tak boleh dilupakan olehnya. Kenapa?
Jom ikuti temubual eksklusif REMAJA bersama Siti sebelum dia melangkah ke gelanggang #KL2017.
Siti Rahmah: Sebelum silat, saya pernah sertai sukan Taekwando kerana minat dalam sukan mempertahankan diri. Tetapi malangnya, ada sedikit masalah yang berlaku antara saya dan persatuan lalu membuatkan saya berhenti daripada menyertai sebarang pertandingan.
Selepas perkara itu berlaku, ada kawan yang mengajak saya untuk menyertai silat tetapi saya menolaknya ada peringkat awal. Bayangkan, saya tak tahu menahu tentang steps dan teknik permainan silat, bagaimana saya nak berdepan dengan lawan kalau begitu?
Setelah dipaksa, saya turutkan sajalah kehendak kawan tadi dan saya sertai silat pada tahun 2008. Selepas hanya tiga bulan saya sertai latihan, nama saya tiba-tiba naik untuk menyertai SUKMA pada waktu itu.
Syukur Alhamdulillah, saya berjaya memenangi kategori yang dipertandingkan dan bermula dari situlah, saya mula lebih bersemangat untuk teruskan kemenangan.
Siti Rahmah: Tentulah ibu saya. Pernah sekali saya kalah dalam satu pertandingan dan saya terus menelefon ibu untuk memberitahu dia. Dia menangis dalam ganggang telefon dan bertanya seorang-seorang, mengapa doanya pada kali ini tak dimakbulkan.
Ibu memang nakkan saya menang sentiasa. Bermula dari hari itu, saya tekad untuk tak mahu mengaku kalah dan berusaha lebih lagi.
Siti Rahmah: Kalau nak bercakap mengenai kenangan indah, tentulah apabila saya berjaya meraih kejayaan dan naik ke atas podium.
Tapi kalah bercakap mengenai pengalaman buruk, yang paling saya tak boleh lupakan adalah sewaktu saya kalah pada Sukan SEA Indonesia.
Pada waktu itu, saya sudah berada di peringkat akhir. Sebaik saja saya melangkah masuk ke dalam gelanggang, penyokong Indonesia melemparkan botol dan menjerit ‘boo’ kepada saya.
Bukan saja saya, ketika nama pemenang (dari negara lain) diumumkan di akhir pertandingan, mereka juga menjerit ‘boo’. Saya rakan pada masa itu, walau apa pun keputusannya, mereka akan ‘boo’ tak habis-habis kerana atlet dari negara mereka tidak berjaya ke peringkat final.
Saya rasakan itu ibarat satu igauan ngeri dalam hidup, Saya pasti tak merasa seronok untuk bertemu dengan lawan dari Indonesia kerana attitude yang ditunjukkan oleh penyokong ekstrem mereka.
Siti Rahmah: Ya.
Siti Rahmah: Selain berdisplin ketika latihan, saya juga mengikuti jadual diet ketant yang diberikan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Saya tak mengambil langsung makanan luar.
Bila pertandingan dah dekat, saya semakin menjaga pemakanan saya. Saya akan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan makanan ringan. Zilch!
Selain itu, saya juga mengambil suplemen yang diberikan oleh ISN seperti Vitamin C, A dan lain-lain.
Siti Rahmah: Saya amat menggalakkan mereka untuk menyertai silat kerana silat ini ibarat budaya kita. Ia lebih menjaga adab dan ada batasnya.
Bagi perempuan pula, sukan ini baik untuk kamu melindungi diri.
Ciri-ciri seorang atlet Pencak Silat yang berjaya adalah…
Training hard, no cheat day. Dan kamu perlu hormat jurulatih kamu. Sentiasa ingat keluarga kamu terutamanya ibu kamu.
Dalam masa 10 tahun akan datang…
Saya ingin menjadi jurulatih dan merurunkan segala ilmu serta pengalaman yang saya ada kepada generasi baru pula.
Hobi kamu tetapi kekangan masa menyebabkan kamu perlu melupakannya…
Menonton wayang haha. Sedih tau!