Pejam celik, acara pertunjukan fesyen tahunan berprestij, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Ready To Wear telahpun dilangsungkan selama sedekad lamanya.
Dalam tempoh sepuluh tahun ini, pelbagai pembaharuan, inovasi dan kreativiti yang telah kita saksikan pada skala yang semakin besar dari tahun ke tahun.
Malah jika diperhatikan kepada penerimaan fesyenista di Malaysia sendiri, KLFW kini menjadi sebahagian daripada keraian yang dinanti-nantikan bukan sahaja di lokasi rasminya, Pavilion Kuala Lumpur malahan di platform media sosial.
Kongsi pengasas KLFW Andrew Tan, edisi kesepuluh ini akan mengembalikan sepenuhnya pertunjukan fesyen secara fizikal daripada lebih 40 koleksi pakaian pereka tempatan.
Bermula 17 hingga 22 Ogos akan datang, KLFW 2022 menjanjikan satu persembahan yang cukup menakjubkan.
Ads
“Apabila saya memulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu ia merupakan sesuatu yang berisiko besar dan memerlukan usaha yang gigih. Saya ingat lagi, mesyuarat pertama ketika ingin menubuhkan KLFW pertama dahulu adalah di dalam sebuah bilik kecil di pusat beli-belah Pavilion. Dan lihatlah kini bila kita berada dalam Pavilion Hotel pula.
“Apa yang kami tidak dapat jangkakan adalah era pandemik. Ia telah memberi impak kepada semua seperti yang tidak pernah kami sangka-sangkakan. 2 tahun kemudian, kita masih dibelengu isu wabak, harga minyak petrol, peperangan di Ukraine dan inflasi ekonomi.
“Dalam masa beberapa tahun, faktor-faktor ini akan terus memberi cabaran kepada pereka fesyen tempatan dan bisnes pakaian. Namun, kami yakin serta bersemangat untuk bangkit semula
Ads
“Industri fesyen Malaysia bernilai USD8 bilion dan dijangka akan terus berkembang setiap tahun sebanyak 7.8 peratus. Ia adalah nilai yang mendadak serta menyediakan peluang pekerjaan yang banyak,” ujarnya.
Untuk KLFW 2022, di antara jenama yang bakal mempersembahkan koleksi mereka termasuklah Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Mimpi Kita, Neonate, Behati, Cassey Gan, Alia Bastamam, Hatta Dolmat, Maarimaia, Afiq M, Nelissa Hilman dan ramai lagi.
Ads
Dalam pada itu, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari bakal mempersembahkan produk minyak wangi terbaru di bawah jenama terbaru mereka, Homage by Nobel bersempena KLFW 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilik baharu organisasi Miss Universe (MUO), Anne Jakkaphong Jakrajutatip nampaknya tidak bercakap kosong apabila berjanji akan mengembalikan era glamor terhadap pertandingan ratu cantik itu.
Belum sampai dua bulan sebelum pentas akhir Miss Universe dilangsungkan di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari kelak, Anne yang baharu sahaja memiliki hak ke atas organisasi itu dengan nilai USD200 juta (atau kira-kira RM947.9 juta) telahpun menjemput lima bekas pemenang Miss Universe terlebih dahulu ke negaranya, Thailand.
Ia bersempena acara Miss Universe Extravaganza yang diadakan buat julung-julung kalinya pada malam ini hasil idea bilionaire dan pengacara televisyen berdarah Thai itu.
Mereka terdiri daripada juara dari Kanada, Natalie Glebova daripada Miss Universe 2005; Leila Lopes (Angola, 2011); Catriona Gray (Filipina, 2018); Andrea Meza (Mexico, 2020) dan Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Wow! Bukan mudah untuk mengumpulkan lima orang juara Miss Universe seperti ini. Kebiasaannya, ia hanya dapat disaksikan sewaktu pertandingan Miss Universe peringkat kebangsaan atau antarabangsa sahaja.
Anne turut tidak lupa menjemput Presiden MUO, Paula Shugart dan CEO, Amy Emmerich.
Demi memeriahkan lagi acara Miss Universe Extravaganza pada malam ini, khabarnya syarikat kendalian Anne iaitu JKN Global Group PCL juga menawarkan hadiah bernilai sehingga 7 juta Baht kepada peminat yang hadir ke lokasi di Paragon Cineplex, Bangkok bagi menyaksikan acara itu.
‘Berkepuk’ betul ya duit Anne dan syarikatnya itu. Tak sabar pula untuk melihat apa lagi idea kreatif yang akan dilakukan oleh Anne sepanjang akhir tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilihan tudung yang tepat mampu memberi kesan kepada baju yang di pakai. Kali ni, REMAJA kongsikan sikit tips pemilihan warna tudung berwarna putih.
Kebanyakan wanita berpendapat agak sukar untuk menjaga dan memastikan tudung putih sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Silap sedikit, pasti kekotoran jelas kelihatan dan menyakitkan mata. Malah, ramai yang hilang keyakinan apabila merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam. Benarkah?
1. Pilih ton putih sesuai dengan warna kulit
Kalau korang perasan, warna putih juga mempunyai pelbagai tona seperti off white, cream, pearl dan banyak lagi. Keputusan untuk memilih warna putih ialah bergantung pada kesesuaian warna kulit.
2. Pakai anak tudung warna sama atau pastel
Jangan sesekali pakai warna anak tudung yang lebih gelap atau terlalu cerah dari warna putih. Ia akan menyebabkan penampakan bentuk kepala dan terlalu kontra dengan wajah anda. Tips ini jangan sesekali skip, wajib ikut.
3. Jangan lupa mekap
Antara faktor kita nampak kusam ketika mengenakan tudung putih ialah tanpa bantuan mekap. Tambahkan lipstik, pemerah pipi dan maskara untuk mekap yang ringkas. Jika anda sudah tempah jurusolek tidak menjadi masalah. Tips tambahan, mungkin korang boleh oleskan lipstik warna dark-bold seperti merah hati, coklat atau deep pink untuk menaikkan lagi seri wajah. Elak lipstik warna terang tau!
Dah jangan takut lagi nak pakai tudung putih, janji anda ikut tips diatas dijamin canti di Hari Raya nanti. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejadian malang yang menimpa dirinya tidak menjadi penghalang untuk terus memajukan diri. Victoria Salcedo, 23 tahun, yang berasal dari Guayaquil, Ecuador ini merupakan salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021. Pemenang pertandingan ini akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dijangkakan bakal berlangsung penguhujung tahun ini.
Victoria yang merupakan seorang pelajar dan juga pempengaruh media sosial hilang kedua belah tangan dan sebelah kaki dalam insiden renjatan elektrik ketika berusia lima tahun. Walaupun dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya dek kecacatan kekal, itu tidak langsung mematahkan semangatnya untuk hidup. Bahkan dia mahu menyampaikan mesej agar masyarakat lebih bersikap memahami.
Seorang pelajar dalam bidang kewartawanan, Victoria dalam satu temubual berkata, “Insiden yang belaku kepada dirinya bukan penghalang bagi mengejar impian dan terus maju ke hadapan. Selain belajar dalam bidang kewartawanan saya juga aktif berenang dan menyertai pelbagai aktiviti tanpa masalah. Kekurangan ini tidak menghalang saya.”
Menurutnya lagi perkara yang paling sukar bukanlah tentang keupayaan dirinya, tetapi bagaimana hendak beradaptasi dengan orang yang selalu memandangannya dengan serba kekurangan. Dia belajar untuk menguruskan hidupnya dan berbuat aktiviti dengan kaki kanannya yang berfungsi.
Memiliki lebih 120 ribu pengikut di Instagram dan 260 ribu pengikut di TikTok, dia menjadi inspirasi untuk masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Menggunakan laman media sosialnya sebagai medium untuk menyampaikan mesej positif tentang ketidakupayaan, dia mendidik masyarakat agar menjadi lebih peka dan prihatin.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...