KLIA Buat ‘Crazy Sale’, Memang Berbaloi Diskaun Sehingga 70%

Share

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun lalu, lapangan terbang negara kita sudah tidak lagi meriah seperti dahulu. Jika dulu, boleh dikatakan hampir setiap masa keadaan di airport sesak dengan orang ramai, kini ia seakan lengang tanpa kunjungan.

Mana tidaknya, rakyat Malaysia sudah tidak dibenarkan keluar negara tanpa urusan penting dan sekarang pun, sudah berbulan lamanya kita ‘terperangkap’ dengan larangan merentas negeri.

Walau bagaimanapun, sekiranya korang merindui suasana di lapangan terbang, ia masih dibuka dan korang berpeluang untuk membeli-belah di sana.

Berita baik untuk korang yang ingin ber’shopping’, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) crazy sale

yang menjual pelbagai produk berjenama seperti minyak wangi, coklat, beg dan jam tangan.

Berlangsung pada 25 hingga 28 Mac 2021, korang boleh mengunjungi Stage Area, Level 5, Departure Hall, KLIA bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam pada 25 dan 28 Mac, manakala 10 pagi hingga 6 malam pada 26 dan 27 Mac.

Apa tunggu lagi guys, jom kita serbu KLIA. Nak membeli-belah tak salah tapi pastikan jaga SOP okay?

Sumber: Shop Malaysia Airports

Published by
Noor Ain Norman