KLIA & Langkawi International Airport Dipilih Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2021

Share

Negara kita sebenarnya antara yang menyediakan fasiliti terbaik dan buktinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing bagi tahun 2021 dalam kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).

Foto: Nax

Menurut laporan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), kedua-dua lapangan terbang itu mencapai skor sempur 5.00 dalam kategori masing-masing iaitu lapangan terbang yang memberi perkhidmatan kepada lebih 40 juta pelanggan setahun dan dua hingga lima juta pelanggan setahun.

Foto: Muhammad Faiz Zulkeflee

ASQ menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi keseluruhan kepuasan penumpang terhadap keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan. Penghargaan ini dapat memberi lebih dorongan kepada MAHV untuk erus mengekalkan standard tinggi perkhidmatannya terutamanya dengan jangkaan peningkatan penumpang selepas sempadan Malaysia dibuka semula pada 1 April 2022.

Foto: Malaysia Airports

Kumpulan itu merekodkan sejumlah 4.66 juta penumpang pada Februari 2022, yang mana 2.54 juta penumpang atau 55 peratus disumbang oleh rangkaian lapangan terbang tempatannya dan 2.12 juta atau 45 peratus daripada asetnya di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG).

Tahniah diucapkan atas kejayaan KLIA dan LIA yang menjadi antara lapangan terbaik dunia.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman