
Dua hari berturut-turut tiada kes baru COVID-19 dikesan di Malaysia. Namun mulai semalam, sudah wujud Kluster Pangsapuri apabila enam rakyat tempatan dikesan positif COVID-19. Walau tidak dinyatakan di pangsapuri mana tetapi sudah ada netizen memberikan jawapan.
Sementara itu menerusi sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,857 kes positif keseluruhan.
Beliau berkata, 38 kes baru dilaporkan itu membabitkan 26 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.
Katanya, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia.
Walau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan bagi merancakkan ekonomi, namun keselamatan perlu diutamakan. Jika tiada hal penting, digalakkan duduk di rumah.
62 Negara Desak China! Mahu Penyelidikan Bebas Ditubuhkan Bagaimana Virus Corona Boleh Tersebar

Hampir enam bulan berlalu, sejak kali pertama wabak Corona virus heboh diperkatakan di Wuhan, China kini sudah lebih empat juta rakyat di seluruh dunia dijangkiti wabak ini. Amerika Syarikat masih menduduki carta teratas dengan lebih dari sejuta rakyatnya dijangkiti.
Ekoran pandemic yang mencetuskan ketakutan dan kebimbangan malah dikatakan virus ini tidak akan hilang selama-lamanya, gabungan 62 buah negara terus mendesak China untuk berkata benar bagaimana virus ini boleh tersebar dan meminta agar satu penyelidikan bebas dilakukan.
Desakan dilakukan semalam di Majlis Kesihatan Sedunia (WHA) yang diadakan di Geneve, Switzerland . Bermula dari kebangkitan suara dari Australia, pendirian negara itu bagaimana dikecam oleh China dan menyifatkan ia sebagai dendam politik malah China berkata, mereka akan memboikot Australia jika permintaan itu diteruskan.
Namun “suara” itu ternyata telah berkembang dan disambut oleh negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Turki, Russia, Afrika Selatan dan Britain termasuklah Indonesia selain negara-negara Eropah.
Antara desakan yang disuarakan dalam gabungan 62 negara ini ialah penilaian yang tidak berat sebelah, bebas dan menyeluruh" dari "WHO dalam menyelaraskan tindak balas kesihatan antarabangsa terhadap Covid-19".
“Ada dokongan positif mengenai usaha ini dalam membantu dunia mempelajari untuk kesihatan global kata Menteri Luar Australia,Marise Payne seperti dilaporkan ABC.
"Ada dukungan positif untuk peninjauan independen terhadap pandemi untuk membantu dunia mempelajari pelajaran yang diperlukan untuk kesehatan global," kata Menteri Luar Negeri Australia Marise Payne seperti dikutip ABC.
Katanya lagi, Australia dan sejumlah negara Eropah yang bersama-sama mahukan satu penyelidikan yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana selain bersifat komprehensif,”katanya lagi.
Dalam pada itu, negara besar China ternyata tidak senang dan marah-marah dengan tindakan gabungan 62 buah negara ini. Menurut Kementerian Luar Negara China, terlalu awal untuk melakukan penyelidikan tentang asal usul dan bagaimana penyebaran virus corona ini yang telah menewaskan lebih 300,000 di seluruh dunia.
Mengutip dari Reuters, jurucakap Kementerian Luar Negara China, Zhao Lijian menyatakan kepada para wartawan dalam sidang akhbar di Beijing, sebahagian besar negara di dunia percaya bahawa pendemik virus corona belum berakhir.
Ya, sudah banyak negara yang bertanya, adakah penyebaran virus ini sebahagian dari konspirasi mengurangkan penduduk dunia atau ada teori lain.
Lesen Memandu Tamat Tempoh Tidak Perlu Diperbaharui Dari 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan pada awal tahun ini memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian berhubung pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021.
Menurut laporan daripada Bernama, pemandu perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.
Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu hingga 30 April 2021.

Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan berkaitan mereka dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Nah, bagi lesen korang yang telah mati dalam tempoh tersebut, jangan risau kerana ia boleh diperbaharui selepas 31 Mac hingga 30 April nanti.
Sumber: BERNAMA
Sedih! Gambar Orang Utan Lemas Dalam Asap Kebakaran Hutan Kalimantan Undang Simpati

Ramai mengeluh dengan kualiti udara yang diselaputi jerebu hingga mengakibatkan mata jadi pedih dan kerongkong terasa perit. Malah semakin banyak sekolah-sekolah ditutup kerana bacaan indek udara sangat tidak sihat.
Jika kita mengeluh dan merungut kerana terasa sesak nafas akibat kebakaran lebih 1000 hektar hutan di Kalimantan bagaimana pula nasib dialami oleh penduduk di negeri tersebut yang terdedah secara terus akibat pembakaran hutan yang mencatat beratus-ratus titik panas yang setiap hari semakin membimbangkan.
Dalam kes kebakaran ini, sudah ada kematian dicatatkan apabila seorang bayi, Elsa Pitaloka berusia 4 bulan meninggal dunia akibat sesak nafas.


Jika manusia yang punya akal fikiran pun tidak mampu bertahan, apatah lagi nasib binatang-binatang di hutan yang menjadi mangsa kekejaman manusia ini.
Paling menyedihkan tentunya nasib-nasib orang hutan yang kelihatan kelemasan menahan asap tebal hingga terduduk dan sedang diberi bantuan. Jika ibunya pun tercunggap-cunggap ketika diberi bantuan, apa nasib anak orang utan yang masih kecil yang pastinya tidak mampu menyelamatkan diri dari kebakaran hutan ini.


Namun apa paling menakutkan tentunya melibatkan kematian ular anaconda yang menjadi penghuni hutan Kalimantan yang hangus terbakar.
Dalam satu akaun facebook atas nama Johan Michael Median Pasha, dia berkongsi seekor ular piton berukuran besar hangus terbakar bersama dengan flora dan fauna lainnya di hutan Kalimantan.

Mitos mengenai anaconda atau disebut Raja Ular Hutan Kalimantan ini sememangnya sangat menyedihkan.
“Suku Dayak di pendalaman hutan Kalimanta menyebut binatang ini sebagai Tangkalaluk/ Phyton Raja Ular Rimba Hutan Belantara Kalimantan dan sering mencari mangsa seperti babi hutan, harimau dahan dan haiwan besar lain sebagai makanannya. Malah predator ini juga mampu meniru suara rusa, orang utan dna suara burung dalam menarik mangsanya. Kepalanya menjuntai di bawah sedangkan ekornya melilit di dahan besar untuk menelan mangsa-mangsanya.Dan kini hangus musnah terbakar,” tulisnya.
“Baru-baru ini saya melihatnya dek kebakaran yang berlaku. Walau sering diceritakan secara lisan oleh kaum Dayak di pendalaman Hutan Kalimantan dan ternyata ia benar-benar wujud menyamai ular jenis Pyhton yang dikatakan sama seperti anaconda di ada di hutan Amazon di Brazil.
Apa yang pasti, tangan-tangan kejam dan kejihilan membakar hutan ini memberi impak bukan saja pada manusia tetapi binatang yang tidak berdosa,”katanya lagi.
Menyedihkan bukan saja ular besar ini mati tetapi banyak binatang mati terpanggang begitu sahaja termasuk tupai, ular-ular kecil dan sebagainya.
Dalam pada itu Presiden Indonesia, Joko Widodo menekankan langkah pencegahan perlu digiatkan agar pembakaran hutan ini tidak terus merebak kerana sehingga kini lebih 1000 hektar hutan terbakar dengan marak.
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) fenomena El Nino juga menyebabkan musim kemarau di Indonesia pada tahun ini turut menyumbang kepada isu ini sedangkan musim hujan hanya akan turun pada bulan November dan Disember.
Moga jerebu ini segera berakhir dan satu pelan komprehensif harus dilakukan oleh Indonesia agar ia tidak berulang saban tahun. Sumber : FB Kompas Bima.