Kluster Sivagangga Mula Merebak. Surau Di Shah Alam Diarah Tutup Serta Merta

Share

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kemungkinan negara ini berdepan kluster super spreader di mana seorang individu yang berupaya menjangkiti ramai orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Individu Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah ini berkemungkinan untuk menjadi super spreader yang berkait dengan Genom 614 dari Mesir dan Pakistan.

Terbaru, satu surau di Shah Alam diarah tutup dari beroperasi serta merta apabila salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

Semua operasi surau termasuk solat fardu Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta.


.

“Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Menurut Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad,jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS.

Selain itu, JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta merta.

Aduh…ini nama kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. So hati-hati guys!

Sumber : Astro Awani

Published by
Ruziana Zainal