Dua penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika baru-baru ini memberikan kejutan kepada peminat masing-masing apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert ‘The Journey of Sound’ yang bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 14 Disember ini.
Judika atau nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang (46) berkata, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju selepas mendapat tawaran berkolaborasi bersama penyanyi lagu ‘Biarlah Rahsia’ itu
“Bila saya dengar nama datuk (Siti Nurhaliza) terus tidak ada kata-kata lain langsung kerana saya memang mengaguminya dari dulu, jadi bila diminta untuk buat konsert dengan Datuk saya terus pilih tarikhnya. Ini antara salah satu impian saya untuk nyanyi bersama bakal jadi kenyataan”
“Dulu waktu Datuk buat konsert di Axiata Arena, saya hanya datang jadi tetamu sahaja dan waktu saya pula buat konsert di sana (Axiata Arena) dan ingin minta Datuk nyanyi sekali tapi jadual tidak sesuai. Jadi konsert ini akan jadi konsert ‘balas dendam’ saya kerana boleh berkolaborasi,” Judika berseloroh ketika sidang media konsert ‘The Journey of Sound’ di Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza pula menyifatkan Judika sebagai seorang penyanyi serba-boleh dan menyakinkan para peminat yang hadir di konsert tidak akan kecewa dengan persembahan yang bakal disajikan selama tiga jam.
“Judika ini senang sangat bekerja dengannya, sebab kalau saya bagi lagu orang lain seperti Cakra Khan, Faizal Tahir pun suaranya semua boleh masuk malah dia boleh buat style dia tersendiri. Saya suka sangat terutamanya bila dapat bersama atas pentas dengan artis yang ada karisma, karakter serta aura memukau,” ujar Siti Nurhaliza.
Ads
Selain itu, kedua penyanyi yang bakal mengegarkan pentas konsert ‘The Journey of Sound’ itu juga teruja apabila untuk melakar sejarah menjadi antara penyanyi terawal membuat persembahan di stadium yang boleh memuatkan sehingga 26,000 peminat setelah siap diubah suai nanti.
Ads
‘The Journey of Sound’ akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi ini, dari negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturrahim peminat muzik di Nusantara.
Pembelian tiket boleh dibuat melalui www.ticket2u.my bermula 12 Oktober, tiket dijual pada harga RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP) dan RM 1,299 (SUPER VIP).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun selebriti di Hollywood rata-rata kaya dan berduit, tak bermakna mereka tak ‘hadap’ goodie bag yang diberikan pada Anugerah Oscars, semalam.
Selain daripada teringin untuk menggenggam trofi Oscars tersebut, calon setiap kategori juga akan pulang bersama goodie bag yang penuh dengan pelbagai jenis produk percuma. Pakej ‘Everyone Wins’ ini juga dikhabarkan bernilai hampir RM360,000!
Keseluruhannya terdapat 52 hadiah dalam setiap goodie bag, tetapi kita akan melihat antara hadiah paling mewah yang ada di dalamnya untuk tahun ini.
Percutian 1 Minggu di Avaton Luxury Villas Resort, Greece
Pakej 1 Minggu di Golden Door Luxury Wellness Resort
Pengembaraan Kapal Mewah Mini Ke Ekspedisi Antarabangsa
(Destinasi pilihan: Amazon, Galapagos, Iceland atau Costa Rica-Panama)
Portret Custom Made di Atas Kaca oleh John Thoman
Bulu Mata Palsu Mewah dari Le Celine Confidence & Star Appeal
Percutian 3 Hari Malibu Luxury Wellness
Sesi Menangani Fobia Bersama Pakar Fobia No 1 Dunia Kalliope Barlis
Lilin Soul Shropshire
Minyak Wangi Customised Daripada Sue Phillips of Scenterprises
Sejak akhir-akhir ini, kita sering terbaca kejadian jelik. Anak tikam emak, abang bunuh adik, kawan tetak kawan dan macam-macam lagi berita.
Jangan terkejut kerana diberitakan 30 peratus atau 4.2 juta rakyat di negara ini mengalami masalah kesihatan mental.
Kajian dari National Health & Morbility pada tahun 2015 mendapati 3:10 mereka yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental iaitu kira-kira 29.2 peratus remaja di negara ini. Terkejutkan?
Manakala di kalangan kanak-kanak pula menunjukkan angka 12.1 peratus mewakili usia di antara 5-10 tahun.
Statistik pula menunjukkan seorang dalam kalangan tiga penduduk di negara ini mempunyai masalah berkait rapat dengan isu diperkatakan.
Untuk pengetahuan, masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia bukan penyakit keturunan pun.
Masalah kesihatan mental banyak berkait rapat dengan gaya hidup, tingkah laku, masalah kewangan, kemiskinan, kebimbangan, tekanan perasaan dan banyak lagi.
Remaja pada usia 16-19 adalah kelompok tertinggi mengalami masalah kesihatan mental ini.
So just check it out! Dia mungkin kawan anda, mungkin boyfren anda, dia mungkin awek anda. Dan mungkin dia boleh jadi ibu bapa anda sendiri.
Kalau anda kawan-kawan korang yang menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku, sikap, tekanan emosi dan beberapa aspek lain, tolonglah bagi dia sokongan.
Jangan lari darinya sebab mereka ini sangat memerlukan sokongan untuk kembali sembuh. Lagipun dia orang bukan gila pun, Cuma alami tekanan perasaan sahaja yang membawa kepada masalah kesihatan mentalnya.
Untuk pengetahuan korang, Oktober adalah bulan Kesedaran Kesihatan Mental yang disambut seluruh dunia. Tarikh 10 Oktober dipilih sebagai satu hari meraikannya. Tapi sepanjang bulan Oktober, kempen ini masih terus berjalan.
Apa lagi yang perlu korang ambil tahu tentang Kesedaran Kesihatan Mental ini? Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, Dr Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berkongsi pengalaman beliau mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah kesihatan mental.
Antara gejala masalah kesihatan mental termasuklah berasa sedih berpanjangan, sering bimbang atau resah gelisah, berasa takut, tertekan, cepat marah, sering keletihan, sukar tidur, hilang tumpuan dan sebagainya. Masalah atau gangguan kesihatan mental jula dibiarkan tanpa bantuan boleh mendorong seseorang remaja mengalami penyakit mental yang lebih serius.
Masalah kesihatan mental yang sering dialami oleh golongan remaja adalah kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety).
Remaja yang mengalami gangguan kesihatan mental seringkali dilihat sebagai mengalami masalah tingkahlaku ataupun masalah disiplin.
Mereka sering di label sebagai remaja nakal dan bermasalah. Mereka dilihat sebagai seorang yang kuat memberontak dan menunjukkan tingkahlaku yang bukan kebiasaan beliau.
Penyakit mental seperti skizofernia boleh terjadi kepada remaja tetapi ianya berlaku pada kadar yang sangat rendah berbanding dengan apa yang telah diperkataan sebelum ini.
Mereka yang mengalami gangguan sebegini sering menerima bisikan-bisikan suara sehingga sanggup menyembelih anak atau adik sendiri adalah berbeza sama sekali dengan masalah kesihatan mental
Apa dimaksudkan dengan masalah kesihatan mental?
Masalah kesihatan mental merujuk kepada perubahan tingkah laku, tekanan dan sebagainya. Paling senang nak kesan, kalau dulu anak atau kawan anda sopan santun orangnya, tiba-tiba dia berubah sikap. Jadi kasar. Bahasa percakapannya juga berlaian, suka mencarut dan sebagainya.
Ciri lain ialah dia suka menyendiri. Tak suka berkawan kerana dia mungkin merasakan dirinya tak cantik, gemuk, tak ada kekasih, muka berjerawat dan sebagainya. Ini juga boleh mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya. So bantulah dia ya! Jangan jauhkan diri.
Dia mungkin mangsa penderaan. Bila meningkat remaja, dia teringat-ingat kembali kenangan itu dan mula berubah sikap.
Bergaduh dengan kawan baik sendiri juga boleh menjurus seorang remaja kepada masalah kesihatan mental. Dia mungkin fikir anda kawan baiknya tapi bila anda berdua bergaduh, anda jauhkan diri. Ini memang teruk dan biasa berlakukan!
Putus cinta. Ini memang faktor terbanyak. Kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum. Hidup pun masih panjang. Jangan sedih-sedih tau. Sebab kalau anda tak berjaya mengawal emosi ini, anda boleh alami tekanan perasaan berpanjangan.
Faktor kewangan. Kena pula kawan-kawan selalu tayang barang branded dan anda tak mampu nak beli. Ini memang boleh jadi tekanan mental yang kuat.
Kesesakan tempat tinggal. Ini juga antara punca masalah ini boleh wujud.
Masalah di tempat kerja dan sekolah. Ada juga yang sudah tak berminat dengan sekolah tetapi tetap dipaksa oleh ahli keluarga. Ini juga boleh jadi puncanya.
Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian.
Kehilangan orang yang disayangi
Bagaimana mereka ini perlu dibantu?
Sokongan keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang menderita masalah, beri sokongan tanpa berbelah bahagi. Ingat, jangan jauhkan diri.
Ambil peduli dengan perubahan-perubahan sikap atau tingkahlaku ahli keluarga yang mula menunjukkan kelainan.
Bercakap dengan mereka untuk menyelami apa yang berlaku.
Bantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Bantu mereka berjumpa dengan ahli psikologi termasuklah kaunselor, pakar psikologi ataupun pakar psikiatri.
Buat rujukan atau rajin-rajinlah membaca pelbagai info untuk mengetahui gejala penyakit mental. Andainya ada gejala, dapatkan nasihat dan perkhidmatan dari doktor perubatan.
Kata Dr Yusni Yusuff lagi, masalah di kalangan ini masih boleh dirawat asalkan keluarga memberi sokongan padu dan tak ponteng pertemuan dengan doktor bila temujanji sudah dilakukan.
“Biasa untuk menyelami masalah dihadapi, saya akan ajak mereka berbual-bual dahulu. Kebanyakannya akan senyap dalam pertemuan pertama. Semuanya menunduk dan membisu.
“Tapi kita tak pernah putus asa. Dalam pertemuan seterusnya, kita akan ajak lagi berbual sehinggalah kita dapat mengesan punca bagaimana mereka boleh menghadapi tekanan mental ini.
“Banyak yang pulih melalui terapi percakapan “talk therapy” atau juga dikenali sebagai psychotherapy. Remaja ini juga mungkin perlu menjalani sesi kaunseling untuk belajar kemahiran sosial, mengurus masa serta teknik untuk relaks.
“Akan tetapi bagi kes yang sudah agak teruk kita akan bekalkan dengan ubat-ubatan untuk mengawal keadaan menjadi lebih teruk seperti remaja menjadi agresif, timbul niat untuk mencederakan diri atau bertindak di luar kebiasaan dan mungkin juga membunuh diri,”kata pakar perunding yang banyak mengendalikan kes-kes remaja yang melalui tekanan dan kebimbangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?
Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.
Dan selalunya orang yang gempal dan badan berisi lah yang selalu menjadi ‘target’ meraka ini dijadikan ‘bahan’ untuk di hina dan ‘body shaming’.
Sebentar tadi, pelakon Nabila Huda memuat naik satu posting berbau nada marah dan berang apabila ada segelintir pihak cuba bercakap mengenai saiz badannya. Menurut Nabila, budaya ‘body shaming’ ini harus diberhentikan dengan segera sebelum ianya menjadi parah dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Ujar Nabila, dia memberi amaran keras kepada semua individu yang suka melakukan ‘body shaming’ agar tidak melakukan perbuatan tersebut lagi. Tambahnya, dia bakal menyakiti hati individu berkenaan sekiranya mereka masih melakukan hal tersebut.
Nabila turut memberitahu bahawa dia faham mengenai perasaan semua wanita dan lelaki di luar sana yang menjadi mangsa ‘body shaming’. Sebagai manusia, menurut pelakon dan juga anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy Search ini turut memaklumkan bahawa setiap manusia yang dicipta oleh Allah mempunyai kecantikan tersendiri. Oleh itu, siapa kita untuk menilai dan membezakan setiap manusia di atas muka bumi ini.
Rata-rata diruangan komen dipenuhi kata-kata semangat dan komen setuju dengan kenyataan pelakon ini terutamanya rakan-rakan artis.
So korang jangan nak body shaming orang suka hati je k…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai menjuarai Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar terus berani ke hadapan dengan melakonkan watak-watak berbeza yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.