
Nampaknya ARMY tersenyum lebar apabila melihat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s tentang kolaborasi mereka bersama bintang K-pop popular BTS.
Semalam, McDonald’s telah mengumumkan pelancaran ‘BTS Meal’ yang akan berlangsung pada bulan Mei di hampir 50 negara seluruh dunia termasuklah Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Australia dan banyak lagi.
Menurut siaran akhbar, ‘BTS Meal’ dirancang untuk mengikut menu pilihan ahli kumpulan BTS sendiri. Ia terdiri daripada 10 keping Chicken McNuggets, kentang goreng, minuman bersama sos cili manis dan sos Cajun asli dari Korea. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada menu hasil kolaborasi bersama bintang k-pop ini.
‘BTS Meal’ bakal dilancarkan 26 Mei 2021 di Malaysia.
Makin ramailah nak beratur dekat McD nanti. Hiks!
Tak Cukup Dengan Dakwaan Curang, Bekas Staf View Chin Pula Dedah Tempat Kerja Lama Toksik

Nama View Chin, Ah Moi dan Mira hangat diperbualkan sejak hujung minggu lalu setelah lelaki tersebut ‘terkantoi’ berlaku curang terhadap isterinya Ah Moi dengan staf sendiri yang dikenali sebagai Mira.
Beberapa pengakuan yang dilakukan oleh Ah Moi menguatkan lagi dakwaan tersebut. Lantaran itu, warganet rata-rata sepakat untuk menjatuhkan hukuman ‘social cancellation’ terhadap View Chin.
Hanya semalam, usahawan tersebut telah membuka mulut mengenai isu ini dan mengakui ia merupakan ujian yang sangat berat untuknya di samping memohon agar diberikan masa untuk beliau memperbetulkan keadaan dan mencari jawapan untuk beberapa persoalan.

Dakwaan curang ini secara tidak langsung telah ‘meranapkan’ kerancakan perniagaannya apabila satu per satu penjual di bawah kendaliannya memohon agar wang mereka dipulangkan semula kerana enggan lagi mengikat hubungan profesional dengannya.
Malah, beliau mendedahkan bahawa ramai dalam kalangan stafnya yang dikacau oleh segelintir pihak.
Bekas Staf View Chin Pula ‘Tumpahkan Teh’
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ternyata hari-hari terakhir bulan mulia ini merupakan detik suka buat View Chin. Kelmarin, seorang bekas staf di syarikat miliknya bertindak untuk membuka pekung di dada dan mendedahkan suasana toksik yang menyelebungi syarikat tersebut.
Menurut wanita yang dikenali dengan akaun Twitter @hanimrosee itu, dia bertindak untuk meletak jawatan pada tahun lepas setelah View Chin diketahui mula mencurangi isterinya, Ah Moi.
Nampaknya, usahawan itu bukan sekadar berkelakukan toksik dalam isu rumah tangga sahaja, malah beliau juga didakwa gagal menjadi seorang majikan yang baik.
Hanya dengan gaji bernilai RM2,500 sebulan, wanita itu dipaksa melakukan pelbagai skop kerja.
“Memang most of his staffs semua multitasking kalah menteri sebab dia nak cut cost. Ada yang sampai kerja tak ada cuti langsung, siang malam tak kisah weekday or weekend kerja macam lembu.”
View Chin juga didakwa mempunyai taktik tidak menaikkan gaji pekerja dengan memanjangkan tempoh ‘probation’ para pekerja yang baru menyertai syarikat itu.
“After habis probation, dia cari alasan untuk tak confirm-kan setiap staf yang ada sebab tak nak naik gaji.”
Tidak cukup dengan itu, wanita itu juga mendedahkan bahawa gaji pekerja yang terpaksa mengambil cuti sakit akibat dijangkiti wabak COVID-19 juga ditolak oleh bekas majikannya itu.
“MC COVID tolak gaji, MC biasa apatah lagi. Everytime staff come back from cuti mesti dia akan buat muka. Test kit COVID pun kena bayar (sendiri) walaupun company sendiri jual menatang tu dekat Live TikTok segala.
“Gaji tak pernah masuk on time!!! Boss paling kedekut of the universe memang dapat dekat dia lah. Nak launch product baru dia bagi modal RM300 sahaja untuk segala perbelanjaan,” catatnya.
Pendedahan ini berterusan sehingga ke bab mencurangi pasangan dan View Chin didakwa turut cuba mendekati staf perempuan di syarikat termasuklah @hanimrosee sendiri.
P.S: Penatnya nak kejar train, banyak sangat kes personaliti popular berlaku dalam masa yang sama!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Terkejut Lihat Ramai Pelancong China Ke Langkawi’, Netizen Speku Mereka Lari Dari Wabak Carona!

Kes Virus Carona yang juga dikenali dengan nama nCoV2019 semakin menular setelah 56 mangsa disahkan meninggal dunia akibatnya setakat hari ini.
Sementara itu, sebanyak 1,975 kes Virus Carona telah dikenal pasti dan kebanyakannya terjadi di dalam China.
Semalam, tular di media sosial apabila ratusan warga China tiba di Langkawi. Perkongsian Facebook Muslim Guide ini mengejutkan rakyat Malaysia!
Kira-kira 180 pelancong didakwa dari Nanjing, China tiba di Pulau Langkawi menerusi beberapa keping gambar yang tular. Posting di Facebook Muslim Guide itu turut mengatakan 20 lagi penerbangan dari wilayah tersebut dijadualkan akan tiba di Langkawi yang menjadikan keseluruhan pelancong China sebanyak 3,600 orang. Wow betul-betul larikan diri ni.
Difahamkan tindakan mereka datang ke Langkawi secara beramai-ramai dengan menyewa penerbangan khas oleh Malindo Air ialah untuk menyelamatkan diri dari virus carona ini.
Menurut perkongsian saudara Shahrul Nizam pula beliau yang ke Langkawi untuk misi kemanusiaan begitu berbeza dgn misi-misi sebelum ini.
Ini perkongsian beliau,
Terkejut melihat begitu ramai pelancong dari China ke Langkawi.Barangkali mereka ingin menyambut CNY disini.
Rata2 mereka semua menggunakan penutup mulut.sebagai langkah berjaga2 kami juga terut mengenakanya.
Kami Di maklumkan yang Langkawi telah menerima chartered Flight mendarat direct dari Nanjing ke Langkawi ,Manakala beratus lagi flight Yang akan mendarat Di Langkawi dan beberapa Negeri Di Malaysia.
The Best Part is Nanjing terletak kira2 550 km dari Wuhan. Berharap sgt informasi yang kami Terima ini salah.
Tapi bila melihat sendiri limpahan Kemasukan mereka .Terdiam dan Hanya mampu berdoa.
Semoga Barisan yang bertanggung jawab Jangan abaikan tanggung jawab anda. Rakyat Memilih anda adalah Kerana untuk kalian bertanggung jawab didalam seluruh hal melibatkan rakyat.
Yang sakit ,yang letih, Yang menderita serta yang menanggung beban adalah rakyat sendiri.
Jangan terlalu selesa sedangkan isu anak saya yang seorang pun masih tergantung ttg status Epipen .
Jangan nak Acah2 Terima dan nak Buktikan sistem perubatan kita terlalu canggih sehingga mampu menjaga dan Terima penghidap Virus Corona ni dari luar.
Mohonlah pertimbangkan Kemasukan pelancong dari Sana buat sementara waktu. Sehingga virus ini reda.
Kalau la betul apa yang dikongsikan ni, harap korang jaga la kesihatan masing-masing k. Harap Malaysia terhindar dari wabak berbahaya ini.
Sumber : Facebook Muslim Guide, Facebook Shahrul Nizam
“Menara Setinggi Langit, Surau Sebesar Liang Lahad…” – Netizen Berang Surau TRX Mall Kecil, Tidak Sesuai Tampung Jemaah

Zaman sekarang ini, pusat membeli belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada sahaja pusat membeli belah baharu untuk dikunjungi rakyat Malaysia tidak kira masa dan lokasi.
Namun dalam keseronokan berjalan-jalan mencuci mata, antara faktor penting yang sering diutamakan pengunjung adalah keselesaan untuk beribadah dengan adanya surau yang luas dan nyaman.
ARTIKEL BERKAITAN: Stor Elegan New Balance, Kolaborasi JD Sports X NIKE Antara Tarikan Bulan Pertama TRX Dibuka
Maka tidak hairanlah apabila baru-baru ini, keluhan seorang warganet berkenaan keluasan surau di The Exchange TRX mendapat perhatian ramai di media sosial.
Menurut individu tersebut, surau yang berada di pusat membeli belah itu dikatakan kecil dan tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai pada masa yang sama.
TRX,
Menara kamu setinggi langit,
surau mall kamu sebesar liang lahad.Tak muslim friendly lansung!
— Zac (@ZacZakirin13) February 3, 2024
Tambahannya lagi, surau yang kecil itu sangatlah tidak bersesuaian untuk menampung penganut agama Islam yang bakal menumpang solat ketika bulan Ramadan tidak lama lagi.
Turut kecewa dengan sistem pengudaraannya yang kurang memuaskan membuatkan suasana untuk beribadah menjadi tidak selesa dengan bau-bau kurang menyenangkan.
Buat makluman, selain surau di sebelah Uniqlo terdapat sebuah lagi surau di pusat membeli belah tersebut iaitu di tingkat paling atas sekali, rooftop.
Mendakwa bahawa surau di tingkat empat itu lebih selesa, netizen turut berkongsi cara untuk mengakses ke ruangan tersebut kerana lokasinya yang lebih tersembunyi.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan untuk pergi ke surau yang terletak di menara Exchange 106, bersebelahan dengan pusat membeli belah itu kerana ia lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai.
Gambar surau di menara Exchange 106 yang dikongsi warganet.
Hmmm…apa komen kalian? REMAJA sarankan sekiranya korang ingin pergi berbuka puasa di TRX Mall bulan Ramadan ini, aturlah masa sebaiknya atau boleh singgah ke masjid dan surau berdekatan sekiranya enggan bersesak-sesak dengan orang ramai.
KREDIT FOTO: Akaun X Zackkirin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.