Jenama penjagaan rambut premium, Tsubaki baru-baru ini bekerjasama dengan Doublewoot Fashion House melalui kolaborasi ‘City of Tsubaki’ bagi merayakan keanggunan dan keyakinan wanita moden melalui gabungan kecantikan dan fesyen.
Kempen yang akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Oktober ini membawa slogan ‘Beauty Crush in Power of Camellia’ melambangkan kecantikan dan kekuatan bunga Camellia dalam kerjasama antara dua jenama ternama itu.
Melalui koleksi Kirei Curated Tsubaki x Doublewoot membawa pelbagai rekaan fesyen, termasuk gaun, pakaian kasual, dan sut kerja sesuai untuk melengkapkan penampilan setiap wanita.
Dalam pada itu, Tsubaki turut menawarkan beberapa rangkaian produk penjagaan rambut seperti Moist & Repair memberikan kelembapan dan kemudahan pengurusan untuk rambut kering, sementara produk terbaru Cool & Repair mampu memberi kesegaran dan membantu rambut berminyak dan rosak dengan teknologi canggih.
Selain itu, bagi rangkaian Volume & Repair sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut nipis dan Premium EX Intensive Repair untuk pembaikan rambut rosak dengan bahan pembaikan emas.
Dilengkapkan dengan minyak bunga camellia dan teknologi yang mampu mengesan kerosakan, Tsubaki menawarkan produk rambut berkualiti persis salon di Jepun tanpa perlu mengambil masa yang lama.
Sementara itu, Doublewoot melancarkan koleksi fesyen diinspirasikan oleh kecantikan semula jadi Tsubaki. Koleksi yang menampilkan rekaan potongan ramping dan elegan sesuai untuk melengkapkan penampilan hebat setiap wanita selain mempunyai rambut subur dan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
12 Negara Paling Bahaya Untuk Budak Journalism, Wartawan Malaysia Antara Yang Mati Ditembak
Isi Kandungan
ToggleMasyarakat hanya membaca berita tanpa tahu tugas sebenar bagaimana wartawan mendapatkannya.
Jika dibandingkan dengan kerjaya lain, harus diketahui bukan mudah untuk wartawan mendapatkan bahan berita. Perlu lakukan penyiasatan, penyamaran dan dalam sesetengah berita perlu berada di lokasi negara terlibat biar diri terdedah kepada ancaman bahaya. Ini semua dilakukan demi memastikan berita disiarkan benar-benar menepati selera masyarakat.
Minggu ini, dunia baru meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Ia satu peluang untuk meraikan kebebasan akhbar selain untuk memberi penghormatan kepada wartawan yang telah kehilangan nyawa mereka di tempat kerja. Untuk makluman, Malaysia antara negara yang mengamalkan kebebasan media.
Era dunia digital tanpa sempadan, perkembangan berita palsu semakin berleluasa. Semuanya mahu menjadi wartawan tanpa tahu etikannya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan “kewartawanan bebas dan profesional tidak pernah menjadi lebih penting kerana akauntabiliti dan kredibiliti media yang ada dalam soalan”.
Menurut Pollup World Poll pula, persepsi masyarakat tentang kebebasan media paling tinggi terjadi di Eropah Barat dan Denmark, Norway, Finlandia, Switzerland, Belanda, Ireland dan Sweden khususnya.
Tapi di sebalik kebebasan media yang dicanangkan, kes pembunuhan wartawan yang membongkar berita khususnya kegiatan jenayah tidak terlepas menjadi mangsa ancaman kongsi gelap yang menaruh dendam.
Baru-baru ini, 10 orang telah ditangkap berhubung kes pembunuhan wartawan, Daphne Caruana Galizia yang dibunuh dalam satu serangan bom kereta pada 16 Oktober lalu.
Kematiannya benar-benar mengejutkan negara tetapi pada skala global, pembunuhan terhadap wartawan benar-benar terjadi. UNESCO mencatatkan dari 2012-2016, seramai 530 orang wartawan terbunuh di seluruh dunia, malah wartawan Malaysia antara yang mati ditembak semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia oleh penembak curi.
Negara perang, Syria menjadi tempat paling tidak selamat buat wartawan yang membuat liputan berita di negara ini kerana 86 orang wartawan telah mati dibunuh sejak perang bergolak.
Selain Syria, Iraq juga mencatat kematian kedua tertinggi seramai 46 orang. Ini diikuti Mexico, Somalia, Pakistan serta beberapa buah negara seluruh dunia yang turut tersenarai banyak melibatkan pembunuhan terhadap wartawan.
Untuk budak journalism dan boardcast, ini mungkin cabaran kerja dan sedikit ilmu pengetahuan untuk sama-sama kita hadapi. Memang ajal di tangan Allah SWT tetapi seperti kata seorang ustaz, tiada siapa yang mahu keluar bekerja untuk mati. Betul tak?
Berikut adalah kes-kes pembunuhan wartawan yang berlaku di seluruh dunia.
Pada 2009, lelaki bersenjata telah membunuh 32 wartawan di wilayah Maguindanao yang sebahagian penduduknya beragama Islam selain turut mengorbankan 25 orang awam.
Peristiwa ini dikenali sebagai “pembunuhan beramai-ramai Maguindanao” dan masih dikenang sehingga ke hari ini kerana ia peristiwa paling dahsyat untuk wartawan di dunia ini.
Media tempatan melaporkan, pembunuhan itu bermotifkan politik kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan calon gabenor yang akan bertanding dalam pilihan raya dengan penyandangnya, Andal Ampatuan.
Jurukamera BERNAMA, Noramfaizul Mohd Nor merupakan wartawan pertama dari Malaysia yang mati ketika membuat liputan kerja. Allahyarham maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.
Seorang wartawan tempatan yang melaporkan tentang keganasan kumpulan dadah di negara Mexico telah mati ditembak. Javier Valdez, 50, yang juga penulis sambilan bagi agensi berita AFP khabarnya telah mati dibunuh.
Valdez yang juga pemenang Anugerah Kebebasan Media Antarabangsa anjuran Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) merupakan wartawan kelima yang ditembak mati di Mexico pada tahun ini. Ternyata kerjaya ini benar-benar mencabar.
Dalam pada itu, Stesen berita Al-Jazeera melaporkan salah seorang wartawan bebas terbunuh di utara Syria hari ini dalam satu serangan udara oleh tentera Rusia menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ibrahim al-Omar, yang membuat liputan untuk siaran langsung Al-Jazeera Mubasher terbunuh dalam serangan udara tersebut di bandar Termanin. Sejak 2011, sebanyak enam orang pekerja Al-Jazeera terbunuh ketika membuat liputan mengenai konflik Syria dan yang terakhir merupakan seorang jurugambar, Zakaria Ibrahim ditembak mati oleh penembak tepat.
Dalam senarai tahun lepas, wartawan yang paling muda terbunuh ialah Luis Emanuel Ruiz Carrilo dari La Prensa, berusia 21 tahun, yang diculik dan dibunuh dipercayai oleh anggota kartel dadah di Mexico. Wartawan paling tua terkorban ialah Paul Lockyer dari Australia, Rafik Tagi dari Azerbaijan dan Phamon Phonphanit dari Thailand, kesemuanya berusia 61 tahun.
Seorang wartawan dan seorang jurukamera, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat. Berita ini nyata mengejutkan rakan mereka mereka berada di studio.
Biar apa pun yang terjadi, namun semangat rakan-rakan wartawan ini memang patut disanjung. Semoga keberanian mereka menjadi inspirasi buat kita dan korang yang baru nak memulakan kerjaya ini dimasa depan.
“Cucu Presiden US Mirip HAIM!” Lihat 10 STAIL Pilihan Di Perlantikan Joe Biden
Isi Kandungan
Toggle
Akhirnya, Amerika Syarikat menerima Presiden baharunya dengan tangan terbuka.
Acara berlangsung secara gemilang meskipun dalam situasi berjaga-jaga akibat pandemik COVID-19, kira-kira tengah malam semalam, waktu Malaysia.
Ia menyaksikan Joe Biden dilantik secara rasmi sebagai presiden ke-46 Amerika Syarikat di samping Naib Presiden pertama wanita berkulit gelap, Kamala Harris.
And yes guys, ini merupakan peluang terbaik untuk semua orang hadir dengan stail fesyen yang meletop! Dah lama tak keluar rumah kan, sesekali apa salahnya.
Ini merupakan 10 momen fesyen yang membuatkan REMAJA teruja.
.
.
01
Bekas Presiden Barack Obama & Isteri, Michelle Obama
FOTO: JONATHAN ERNST.
Umpama ‘ayah dan ibu’ yang hadir melihat Amerika Syarikat kembali dipimpin oleh individu yang betul, Michelle Obama melakukan statement dalam persalinan Sergio Hudson berwarna monokrom yang terdiri daripada celana palazzo, turtleneck, kot labuh dan pada pendapat REMAJA aksesori terbaik malam tadi, tali pinggang dempak.
And talk about that voluptuous hair!
Tentunya, Barack tidak ketinggalan kelihatan segak dan saling melengkapi stail monokrom Michelle dalam persalinan all-black dengan sedikit aksen biru gelap.
.
.
02
Naib Presiden, Kamala Harris
Okay, Kamala Harris secara automatik menjadi ikon fesyen dunia politik semalam dalam persalinan Christopher John Rogers . Ia adalah momen match-made-in-heaven bagi Naib Presiden Amerika Syarikat dan pereka fesyen berusia 27 tahun itu apabila mereka memilih warna ungu diraja.
Kamala menyarungkan kot paras lutut berpotongan A-line untuk dipadankan dengan dress berona sama. Ramai sebenarnya yang ternanti-nantikan siapakah pereka fesyen yang menjadi pilihan Kamala kali ini memandangkan beliau selalu memberi peluang kepada pereka fesyen berkulit gelap.
ARTIKEL BERKAITAN: Naib Presiden Wanita Pertama Amerika Syarikat. Siapakah Kamala Harris? – REMAJA
.
.
03
‘First Lady’ Amerika Syarikat, Jill Biden
Well, well.
Melengkapi tiga trio utama pada acara perlantikan adalah isteri Presiden Joe Biden iaitu Jill. Sepanjang berada di samping suaminya semasa acara kempen dan debat, Jill terkenal sebagai seorang yang gemarkan fesyen.
Namun persalinan biru akuamarin rekaan Markarian ini merupakan pilihan terbaik Jill setakat ini. Dari lapel kot, ke sarung tangan kulit, ke pelitup muka dan kasut, segala-galanya disuaipadan dengan baik.
Oh, Hi Trio!
Fashion repeats itself.
.
.
04
Presiden Joe Biden
FOTO: ALEX WONG.
Tentunya, the man of the week jatuh kepada Joe Biden yang tampak segak dalam persalinan sut Ralph Lauren. Nampaknya, pemilihan warna tali leher Joe mirip bekas presiden Barack Obama. Interesting..
.
.
05
Cucu Joe Biden
FOTO: ALEX WONG.
Natalie Biden
Ini merupakan antara momen kegemaran REMAJA apabila cucu Presiden turut menyarungkan persalinan monokrom. Paling kami gemari adalah trio ini yang memilih rona putih, merah jambu dan tan. Mereka terdiri daripada Naomi (putih), Maisy (tan) dan Natalie (merah jambu).
Ahh is that you HAIM?
.
.
06
Lady Gaga
FOTO: WIN MCNAMEE.
Selaku persembahan pembukaan pada acara perlantikan, Lady Gaga tampil menyanyikan lagu kebangsaan dalam gaun rekaan Schiaparelli Haute Couture oleh Daniel Rose Berry persis gaun yang ditampilkan dalam filem Hunger Games!
Lebih-lebih lagi dengan aksesori burung Mockingjay pada bahagian kiri, Gaga memang tahu cara untuk menarik perhatian khalayak dengan pemilihan fesyennya.
.
.
07
Jennifer Lopez
Jika Gaga kelihatan seperti J-Law dalam filem Hunger Games, J-Lo pula membawa sedikit sass dan glamor dalam persalinan head-to-toe Chanel.
Tak kisahlah jika warganet mengatakan persembahan This Land Is Your Land oleh Jennifer semalam tidak semegah yang diharapkan (atau Lady Gaga pernah menyanyikannya dengan lebih baik semasa acara Superbowl HalfTime), Jennifer berada di situ untuk memberi sokongan kepada presiden barunya dan mewakili kelompok latin Amerika.
.
.
08
Anak Tiri Kamala Harris
FOTO: WIN MCNAMEE.
Kedua-dua anak tiri Kamala Harris ini bernama Cole Emhoff dan Ella Emhoff dan mereka juga mencuri tumpuan apabila diberikan peluang untuk berucap ringkas.
Okay lets talk fashion!
Ramai tertanya-tanya mengenai kot Ella dan ia adalah daripada jenama Miu Miu. Di sebalik kot tersebut, Ella memilih dress rekaan Batsheva. Warganet segera memberikan ‘approval’ kepada stail Ella dan tidak sabar untuk menantikan ‘fashion moment’ seterusnya daripada remaja berusia 21 tahun itu.
.
.
09
Amanda Gorman
FOTO: WIN MCNAMEE.
Akhir sekali, kami amat gembira apabila penyajak remaja berusia 22 tahun, Amanda Gorman tampil dalam persalinan serba kuning untuk segmen deklamasinya berjudul The Hill We Climb.
ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Ini Jadi Penyajak Termuda Dalam Sejarah Perlantikan Presiden US – REMAJA
Amanda menyarungkan kot labuh dari Prada untuk dipadankan dengan kemeja putih dan skirt kulit hitam. But lets take a moment to appreciate the red head band and bejeweled mask.
Hati-Hati Bila Ada 4 Tanda Ini, Itu Petanda Ada Masalah Tulang Bengkok @ Skoliosis
Masalah tulang bengkok atau juga skoliosis bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
Bagi korang yang mungkin nak tahu apa tanda-tanda awal penyakit ini, bacalah perkongsian dari doktor perubatan, Dr Latif Saad dalam perkongsian pagenya, The Diagnosa.
Skoliosis adalah keadaan dimana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Ianya selalu berlaku ketika mana ketinggian badan sedang meningkat dengan pesat iaitu pada golongan remaja.
Perkataan skoliosis sebenarnya berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud melengkung atau membengkok. Dalam perubatan pula ianya secara spesifik digunakan bagi mengambarkan tulang belakang yang bengkok.
Kes skoliosis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
- Congenital – Bermaksud berlaku sejak lahir lagi.
- Acquired – Bermaksud berlaku selepas daripada kelahiran. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai punca yang jelas kepada masalah tersebut. Punca yang tidak jelas ini dipanggil sebagai idioptahic. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah cerebral palsy dan juga muscular dystrophy
Kebanyakan kes skoliosis adalah sangat sedikit dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit. Tetapi jika lengkungan tulang belakang itu adalah teruk, ia boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan betul.
Kanak-kanak yang mempunyai skoliosis yang tidak teruk selalunya hanya akan dipantau sahaja untuk melihat sama ada tulang itu semakin membengkok ataupun tidak.
Apakah tanda-tanda skoliosis?
Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami skoliosis. Ia adalah:
- Bahu yang tidak sama paras. Satu tinggi dan satu rendah
- Sebelah bahagian tulang belikat nampak lebih jelas berbanding sebelah yang lain
- Pinggang yang tidak sama para
- Bila menunduk, kelihatan bahagian belakangnya tidak lurus.
Faktor risiko
Faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami skoliosis ialah:
- Usia: Selalunya simptom akan muncul pada waktu akil baligh
- Jantina: Kedua-dua jantina boleh menghadapi masalah ini. Tetapi ianya selalu berlaku pada kaum wanita
- Sejarah keluarga: Skoliosis boleh berlaku di dalam keluarga yang sama.
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Tetapi selalunya ia berlaku pada mereka yang mengalami lengkungan tulang belakang yang teruk. Beberapa komplikasi tersebut adalah:
- Tekanan pada paru-paru dan jantung. Dalam skoliosis yang teruk, Perkembangan paru-paru terjejas menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan sepenuhnya
- Masalah belakang: Skoliosis juga akan menyebabkan sakit belakang yang kronik pada pesakit.
Penyiasatan
Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk melihat sama ada terdapat tanda-tanda skoliosis yang diceritakan seperti di atas.
X-ray dada
X-ray dada pula dibuat untuk mengesahkan diagnosis skoliosis tersebut. Daripada x-ray dada, tulang belakang akan kelihatan membengkok sama ada ke kiri atau ke kanan.
Apakah rawatan skoliosis?
Jika skoliosis tersebut terlalu sedikit, selalunya doktor tidak akan melakukan apa-apa rawatan dan hanya lebih kepada pemantauan.
1. Senaman Schroth
Jika skoliosis itu sedikit teruk, pesakit selalunya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman Schroth. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang lemah dibahagian belakang badan.
2. Braces(Pendakap badan)
Jika pesakit adalah kanak-kanak yang masih lagi membesar dan sudut lengkungan tulang belakang itu melebihi 20 darjah, maka adalah disyorkan menggunakan pendakap badan ataupun braces bagi mengekang tulang berlakang tersebut menjadi lebih bengkok.
Kebanyakan jenis braces ini diperbuat daripada plastik. Selalunya ia akan dipakai pada waktu pagi dan malam. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan atau permaianan perlulah menanggalkan braces ini terlebih dahulu.
Pesakit tidak lagi perlu memakai braces ini ketika ketinggiannya sudah tidak bertambah.
3. Pembedahan
Jika sudut lengkungan itu melebihi 45 darjah, pesakit selalunya akan disyorkan melakukan pembedahan untuk meluruskan tulang belakang tersebut.
Selepas pembedahan dibuat, tulang belakang menjadi lurus
Rujukan:
- Scoliosis in children and adolescents. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. https://www.niams.nih.gov/health-topics/scoliosis. Accessed May 3, 2019.
- Introduction to scoliosis. American Academy of Orthopaedic Surgeons. https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/introduction-to-scoliosis. Accessed May 3, 2019.
- Shands AR. End result of the treatment of idiopathic scoliosis. Journal of Bone and Joint Surgery. 1941;23:963.