Jenama penjagaan rambut premium, Tsubaki baru-baru ini bekerjasama dengan Doublewoot Fashion House melalui kolaborasi ‘City of Tsubaki’ bagi merayakan keanggunan dan keyakinan wanita moden melalui gabungan kecantikan dan fesyen.
Kempen yang akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Oktober ini membawa slogan ‘Beauty Crush in Power of Camellia’ melambangkan kecantikan dan kekuatan bunga Camellia dalam kerjasama antara dua jenama ternama itu.
Melalui koleksi Kirei Curated Tsubaki x Doublewoot membawa pelbagai rekaan fesyen, termasuk gaun, pakaian kasual, dan sut kerja sesuai untuk melengkapkan penampilan setiap wanita.
Dalam pada itu, Tsubaki turut menawarkan beberapa rangkaian produk penjagaan rambut seperti Moist & Repair memberikan kelembapan dan kemudahan pengurusan untuk rambut kering, sementara produk terbaru Cool & Repair mampu memberi kesegaran dan membantu rambut berminyak dan rosak dengan teknologi canggih.
Selain itu, bagi rangkaian Volume & Repair sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut nipis dan Premium EX Intensive Repair untuk pembaikan rambut rosak dengan bahan pembaikan emas.
Dilengkapkan dengan minyak bunga camellia dan teknologi yang mampu mengesan kerosakan, Tsubaki menawarkan produk rambut berkualiti persis salon di Jepun tanpa perlu mengambil masa yang lama.
Sementara itu, Doublewoot melancarkan koleksi fesyen diinspirasikan oleh kecantikan semula jadi Tsubaki. Koleksi yang menampilkan rekaan potongan ramping dan elegan sesuai untuk melengkapkan penampilan hebat setiap wanita selain mempunyai rambut subur dan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.