Pasukan TKC yang dikenali sebagai Team Ensis Kogeki TKC, terdiri daripada dua pelajar, berdepan dengan wakil dari kolej terkemuka di Jepun, Ooita Technical Kagetsu, dalam kategori robot seberat tiga kilogram.
ARTIKEL BERKAITAN : Buat Kerja ‘Part Time’ Tidak Halang Graduan UTHM Ini Raih Anugerah Pelajaran Diraja
Dalam perlawanan yang penuh debaran itu, pasukan TKC berjaya mencatat kemenangan 2-1, sekaligus melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.
Kejayaan tersebut juga mencuri perhatian ramai apabila robot sumo milik TKC menunjukkan kepantasan luar biasa sehingga mampu menumpaskan lawan hanya dalam beberapa saat.
Momen kejayaan itu dirakam dan dimuat naik oleh Ikedo Kogeki Malaysia Robot Sumo Team di Facebook, di mana video tersebut mendapat perhatian luar biasa daripada netizen.
Namun, dalam pusingan seterusnya, pasukan TKC terpaksa akur dengan kekalahan apabila bertemu dengan wakil dari Perancis, Team Cecil Maxon.
ARTIKEL BERKAITAN : Graduan Autisme Buktikan Kecemerlangan Akademik, Berjaya Genggam Ijazah Di UPM. Tahniah!
Pencapaian membanggakan ini mendapat pujian daripada netizen, yang mengharapkan agar lebih banyak pendedahan dan perhatian diberikan terhadap industri robotik di negara ini, yang masih kurang mendapat perhatian.
Selain itu, ramai juga yang berharap agar tenaga pengajar lebih peka terhadap perkembangan bidang berkenaan dan menyediakan pendedahan lebih luas kepada pelajar, khususnya di institusi sekolah.