
Berita baik buat ARMY Malaysia!
Sebuah kedai serbaneka telah melancarkan rangkaian kopi baru yang menampilkan 14 reka bentuk menarik dihiasi wajah ahli kumpulan BTS.
Kopi BTS Special Package ini diadaptasi daripada album terbaru mereka Map Of The Soul:7 dan korang boleh dapatkan koleksi eksklusif ini di seluruh cawangan 7-Eleven Semenanjung Malaysia.
Didatangkan dengan rekaan tin berwarna hitam dan emas, BTS Special Package Cold Brew Americano 270ml hadir dalam tin berwarna hitam, manakala BTS Special Package Hot Brew Vanilla Latte 270ml dengan tin berwarna emas yang menarik.
BTS special packaged coffee ini sudah boleh didapati bermula pada 23 Mei lalu. Jangan risau, status kopi ini adalah halal. Hiks!
Nah, apa lagi ARMY semua cepat dapatkan koleksi terhad ini.
Sumber: KL Foodie
10 Tip Temu Duga Kerja Terbaik Wajib Kamu Tahu

Mencari pekerjaan terutamanya bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian merupakan satu cabaran. Bergantung kepada individu, ada yang mampu melakukannya dengan baik dan tidak kurang pula berdepan dengan segala macam debaran.
Bagi kamu yang baru tamat belajar, inilah masanya untuk mula melangkah ke alam dewasa dan berdikari. Pada sesi temu duga, kesemua calon mempunyai peluang sama rata. Mungkin yang membezakan kamu dan orang lain ialah pencapaian akademik.
Tapi ketahuluilah bahawa apa yang terkandung di atas kertas sahaja tidak memadai. Kebanyakan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru mereka akan menilai setiap calon berdasarkan banyak faktor. Dan antara faktor yang paling utama ialah bagaimana kamu mengendalikan diri ketika berada di dalam keadaan tertekan.
Jadi apakah tip terbaik untuk kamu mengawal rasa gugup ketika berdepan dengan situasi begini? Jom ikuti tip terbaik yang boleh kamu gunakan ketika melalui proses temu duga kerja!
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Sebab Mengapa Lelaki Sukar Jujur Dengan Perasaan Sendiri
INGAT YA 10 PERKARA DI BAWAH INI! 🙂
1. Jangan lokek senyuman. Ia merupakan komunikasi nonverbal yang paling baik.
2. Pakai pakaian yang sesuai untuk sesi temu duga. Biarlah sesuai dengan jawatan dipohon.
3. Belajar untuk bercakap bila perlu. Jangan cakap terlalu banyak dan merapu yang bukan-bukan.
4. Janganlah terlalu kasual. Ingat, temu duga bukan perkara main-main & perlu ada sikap profesional.
5. Jawablah setiap soalan dengan bahasa yang sesuai dan formal.
6. Jaga attitude. Walau apa jua yang kamu tak puas hati jangan ditonjolkan dengan mimik muka dan bahasa badan.
7. Jangan segan untuk tanya terutamanya jika penemuduga membuka ruang untuk kamu bertanya.
8. Jangan buatkan diri kamu nampak terlalu terdesak. Chill & relaks.
9. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan penuh yakin dan tanpa ragu-ragu.
10. Sebelum sesi temu duga, persiapkan diri dengan homework dan kaji tentang syarikat tersebut.
“Keputusan Paling Sukar Demi Kelangsungan Hidup”, Syasya Bekas Anggota Dolla Mohon Doakan Yang Terbaik

Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal akhirnya tampil bersuara mengenai keputusannya untuk keluar daripada kumpulan tersebut.
Menerusi Instagram peribadi, Syasya mengakui dia terpaksa mengambil keputusan yang paling sukar dan dirinya turut terluka.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang baru meningkat naik itu juga turut meminta maaf dan tidak lupa mengucapkan terima kasih di atas sokongan peminat yang tidak pernah putus.
“Syasya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan ini, tapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri Syasya sendiri kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini”.
Selain itu, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Binti Shahrizal berkata, dia akan terus memberi sokongan kepada Dolla walaupun sudah tidak lagi bersama.
“Dolla segalanya untuk saya dan it is something precious that I really treasure.Impian untuk Dolla melangkah ke pentas antarabangsa masih Syasya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama Dolla lagi”, tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.
Untuk pengetahuan, Dolla ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula meraih populariti sejak penampilan single pertama mereka iaitu “Dolla Make You Wanna”.
Sebelum ini, Dolla dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya melalui sesi uji bakat dan mereka bernaung di bawah Universal Music Malaysia.

Pada April lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri dari Dolla atas sebab peribadi.
Tidak lama kemudian, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kejar Cinta Allah SWT Sebelum Cari Cinta Manusia

Apa perkara pertama yang anda lakukan bila anda hadapi masalah? Adakah anda cari keluarga dan kawan-kawan dan kongsi kerisauan anda dengan mereka? Adakah anda minta bantuan orang lain? Atau anda minta pada Allah SWT dulu?
Malangnya, ramai orang tak cari Allah SWT dulu bila masalah datang. Mereka lebih memilih untuk mengadu pada orang lain dan hanya berdoa pada Allah SWT selepas bercerita pada manusia lain.
Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda: “Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan. Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat member manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat memdatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)
Hadis yang indah ini adalah bukti bahawa kita mesti berpaling hanya kepada Allah SWT dahulu sebelum manusia lain. Dan jika Allah menghendaki, Dia akan memberikan anda jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada anda.
Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah.
Semarakkan kempen World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 bermula kam 11.30 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dan kempen Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sumber: Bercinta Selepas Nikah