Pengorbanan seorang guru begitu besar dalam mendidik para pelajar bukan hanya daripada segi akademik, malah adab dan akhlak anak-anak juga sudah diterapkan sedari awal di alam persekolahan. Tambah pula dengan situasi pandemik COVID-19 sekarang, para guru tidak berkira untuk berkhidmat melakukan pelbagai kerja untuk anak murid di sekolah.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang mempaparkan aksi seorang guru yang bertukar suaranya menjadi garang ketika mengagihkan makanan kepada para pelajar. Maklum saja, waktu pandemik ni kebanyakan sekolah mengambil inisiatif untuk mengambil order makanan terlebih dahulu dan diagihkan sewaktu rehat di dalam kelas. Jadi, pelajar hanya makan di kelas tanpa perlu ke kantin.
Justeru itu, ketika cikgu Dian memanggil nama pelajarnya seorang demi seorang, cikgu tersebut sempat mengatakan “Yang lain duduk dulu, jangan makan dulu” dengan nada yang garang. Video yang dimuat naik di laman TikTok itu berjaya menarik perhatian ramai dan sehingga kini, ia telah mencecah sebanyak 17.8 juta tontonan.
@dianjaunahcantikkayaBuang habuk sikit. Fuhh fuhh♬ original sound – DianJaunahCantikKaya
Rata-rata warganet terhibur melihat aksi cikgu Dian.
Rentetan daripada video tular itu, ramai yang telah membuat parodi dan TikTok telah mengumpulkan antara koleksi terbaik parodi tersebut.
Jom kita lihat siapa paling menghiburkan? Hiks!
Malah, selebriti Diana Daniele turut sama melakukan parodi cikgu Dian dan mengimbau kembali momen-momen cikgu yang mengajar sekitar tahun 90-an.
Cikgu-cikgu 90s SEMUA macam ni, garang tu takpe lagi jangan lupa pembaris besi, pulas pusat + kutil telinga sampai berdarah! Hahaha tapi tu semua jadi memori gelak2, jadi manusia! 🤣 sekarang je viral sebab cikgu baik baik kan?
Memang menghiburkan. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga ramai anak murid yang masing-masing mempunyai perangai tersendiri. Tapi, walaupun tengah ‘marah’, cikgu tetap cantik kan? Hiks!
Sumber: dianjaunahcantikkaya, TikTok