Koleksi Raya ‘Baju Basuh Pinggan’ Ini Memang Cantik, SOLD OUT Dalam 14 Minit

Share

 

Semakin hampir kita dengan detik 1 Syawal, semakin ramai pereka fesyen tanah air yang hadir mempersembahkan koleksi pakaian Aidilfitri masing-masing. Serius rambang mata!

 

Hari ini, satu lagi lagi koleksi Aidilfitri telah menemui pelanggan. pabila satu-persatu imej lookbook diperkenalkan. Penulis ingin menarik perhatian korang ke arah koleksi rekaan ZaimiZulkafli.

Walaupun diakui agak lambat menemui pasaran berbanding jenama lain, namun itu tidak menjadi masalah untuk pereka fesyen adik-beradik Zaimi Zulkafli dan Zulia Zulkafli ini untuk menjanjikan yang terbaik untuk korang pada Aidilftri 2020.

Penulis pantas tertarik dengan nama koleksi ‘Baju Basuh Pinggan’ ini. Bagaimana agaknya boleh terfikir untuk muncul dengan nama sebegitu rupa?

“Zaimi jujur terfikir idea ini apabila ada pelanggan setia kami dan peminat rekaan kami yang mengadu nasib apabila tiba musim Hari Raya. Ramai yang inginkan pakaian Hari Raya yang lebih murah dan mampu dimiliki.

“Lalu sebagai seorang pereka fesyen, saya terfikir sejenak bagaimana cara untuk saya serve kelompok seperti ini. Tak semua mampu memiliki koleksi bespoke. Jadi saya kemukakan idea semudah rutin basuh pinggan.

“Semua orang perlu melakukannya pada Hari Raya. Koleksi ini masih mengekalkan sentuhan signature ZaimiZulkafli walaupun ia mempunyai siluet yang baru Zaimi perkenalkan. Ia lebih loose dan santai,” kata Zaimi.

Jelasnya lagi, idea potongan longgar itu juga selari dengan keadaan semasa di mana pelanggan tidak boleh ke butik untuk proses fitting. Jadi, Zaimi fikirkan potongan baju yang tidak mengikut bentuk badan. Lagipun, bukankah longgar itu indah dan manis dilihat pada 1 Syawal nanti.

Korang masih boleh menggayakannya mengikut cara ikatan masing-masing ketika menyarungkan ‘baju basuh pinggan’ ini.

“ZaimiZulkafli menyediakan 9 helai rekaan kesemuanya; iaitu 3 pilihan solid color dan 6 pilihan bercetak. Bagi yang bercetak ini, saya memilih sesuatu yang malar segar (evergreen) dan classy walaupun harganya tidak mencecah ribuan Ringgit. Setiap orang deserve untuk kelihatan mewah dan selesa di pagi Raya.

“Bagi menjamin keselesaan, saya gunakan fabrik seperti cotton rayon, satin arzu dan cotton polyester.”

*

Mesti korang tertanya-tanya berapakah harga setiap helaian ini.

Berita baik untuk kita semua, ZaimiZulkafli yang menjualnya pada harga RM120 saja setiap satu!

“Harga yang agak murah ini sebenarnya datang daripada niat kami untuk menghargai peminat ZaimiZulkafli. Sama ada mereka merupakan pelanggan tetap ataupun tidak pernah membeli namun selalu scroll down di Instagram kami, koleksi ‘Baju Basuh Pinggan’ ini adalah khas untuk mereka.”

(UPDATE)

Koleksi ini telah habis direbut di laman web mereka dalam masa 14 minit sahaja bermula 9 malam tadi. Malangnya, mereka tidak akan menyediakan restock.

Kita tunggu sajalah tahun hadapan okay!

 

 

Published by
FZ