
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai di antara kita yang selesa memakai selipar, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah mahu pun di pejabat.
Malah, ada yang memang mengkhususkan selipar bagi situasi-situasi di tempat berlainan, contohnya setiap kali ke tandas atau diletakkan di dalam kereta bagi memberi keselesaan ketika memandu.
Bagi peminat selipar, kami ingin kongsikan dengan korang antara koleksi selipar comel yang boleh dibeli dengan harga berpatutan.
1. Selipar buah

2. Selipar Croc

3. Selipar Cute Cartoon

4. Selipar Flower

5. Selipar KawSame

6. Selipar KawSame

Sudahlah murah, comel pula tu. Hiks!
Sumber: (1)
Ada Beza Ke Antara Rokok Dan Alternatif Seperti Vape?

Budaya merokok dalam kalangan remaja bukan lagi satu perkhabaran baharu. Dari generasi ke generasi, golongan perokok seawal usia belasan tahun sudahpun wujud sehingga ke zaman moden ini.
Cuma, apa yang membuatkan generasi remaja sekarang lebih bertuah berbanding masa lampau adalah kerana mereka mempunyai pilihan untuk beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok.
Disebabkan perkembangan sains, teknologi dan pemerkasaan kajian, semakin ramai perokok yang memilih untuk beralih kepada e-rokok seperti vape atau alternatif bebas asap rokok seperti produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP).
Dapatan yang diperoleh hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019 mendapati 7.5 peratus daripada remaja berusia 15 hingga 19 tahun menggunakan vape.
Justeru, REMAJA tertanya-tanya akan sebab utama mengapa mereka lebih memilih alternatif seperti vape yang bebas-asap rokok berbanding rokok?
Perbezaan paling jelas di antara rokok dan alternatif bebas-asap rokok seperti e-rokok atau vape adalah pembakaran tembakau yang akan membebaskan asap yang membahayakan.
Bahan tembakau yang terbakar setiap kali seseorang menghisap rokok akan membebaskan asap rokok yang berpotensi menimubul masalah kesihatan yang terhadap perokok.
Memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman web MyHEALTH, asap rokok mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung – tanpa mengira faktor usia.
Di samping itu, terdapat perbezaan di antara asap yang dihasilkan daripada rokok dan aerosol yang dibebaskan oleh alternatif bebas asap rokok. Vape sebagai contoh hanya menghasilkan aerosol yang mengandungi bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding campuran 6,000 bahan kimia dalam asap rokok.
Bukan bermaksud aerosol yang dihasilkan itu tidak merbahaya. Namun, risiko daripada aerosol yang dihasilkan oleh vape tidak sehebat rokok. Secara tidak langsung, ia mengurangkan kadar bahan kimia merbahaya yang masuk ke dalam tubuh seseorang perokok dan orang sekeliling mereka.
Oleh itu, perokok yang beralih kepada alternatif bebas asap rokok boleh mengurangkan risiko pengambilan nikotin dengan mengelakkan mereka diri sendiri dan orang sekeliling mereka terdedah kepada asap rokok yang memudaratkan.
Perokok sekunder dan tertier ini sukar sekali untuk mengelakkan diri daripada dikelilingi oleh perokok tegar lebih-lebih lagi sekiranya ia terdiri daripada ahli keluarga dan rakan akrab sendiri.

Hari demi hari, timbul berita yang melaporkan tentang tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak yang semakin merudum disebabkan masalah asma, pneumonia (jangkitan paru-paru) dan seringkali sakit tanpa sebab. Ini adalah kerana mereka dikelilingi si perokok pada setiap hari terutamanya ayah sendiri.
Berbeza dengan bahan alternatif seperti vape yang tidak melibatkan pembakaran, ia tidak menghasilkan abu dan melepaskan asap yang mengandungi bahan tar merbahaya kepada orang di sekeliling.
*
Oleh yang demikian, pemilihan alternatif bebas asap rokok seperti vape atau HTP boleh menolong perokok yang tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok untuk mengurangkan kemudaratan pengambilan bahan tembakau dan ini jelas merupakan pemilihan yang lebih bijak untuk diri sendiri dan juga orang di sekeliling.
Sekiranya keinginan untuk berhenti terus daripada merokok masih sukar untuk direalisasikan, setidak-tidaknya sebagai permulaan, beralihlah kepada alternatif seperti vape atau HTP disebabkan empat perbezaan yang dinamakan di atas.
BACA LAGI: Benarkah Produk E-Rokok Sama Buruknya Dengan Rokok ‘Ori’? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
PRN Johor : Kali Pertama Remaja 18 Tahun Mengundi, Penganalisa Jangka Mereka Pilih Parti..

Negeri Johor menjadi medan ‘uji kaji’ untuk mengenal pasti isi hati remaja berusia 18 tahun hingga 20 tahun apabila buat kali pertamanya, mereka layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya.
Daripada keseluruhan bilangan pengundi Johor seramai 2,597,742 orang, golangan muda itu mewakili 173,177 orang ataupun 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan. Itu bermaksud, apa jua keputusan mereka untuk memilih parti serta calon yang mana satu akan membawa impak bermakna apabila keputusan penuh diumumkan pada malam ini.
Setakat jam 4.00 petang tadi, media dimaklumkan bahawa hanya 50 peratus sahaja jumlah pengundi yang keluar ke pusat mengundi.

Adakah ini bermakna golongan muda yang menetap di negeri luar Johor tidak pulang ke kampung halaman untuk mengundi? Ataupun sememangnya rakyat Johor masih bimbang dengan penularan COVID-19 lalu tidak yakin untuk keluar mengundi pada hari ini?
Bak kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, mereka mendapati ramai pengundi dewasa yang tidak keluar mungkin atas sebab bimbang COVID-19.
Laporan statistik pengundi yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi akan menjawab persoalan tersebut.
Satu perkara yang REMAJA ingin tekankan adalah mengenai keinginan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun pada kali ini. Ramai yang pernah menentang mengenai kelayakan seseorang sebegitu muda dalam Pilihan Raya di Malaysia. Bagaimanapun, suara rakyat seharusnya didengari bukan saja daripada golongan dewasa tetapi juga anak muda seperti mereka ini. Mereka juga berkepentingan; apatah lagi inilah harapan masa hadapan negeri Johor (dalam kes Pilihan Raya Negeri kali ini) dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.
Lagipun, setiap undi kan berharga kepada parti yang bertanding, ia boleh membezakan nasib calon pada malam ini.
Menurut kajian lapangan oleh Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu dari Universiti Malaya di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dilakukan bersama dengan Astro Awani, ia mendapati bahawa Barisan Nasional (BN) telah mendapat sokongan tertinggi golongan itu.
Dengan peratusan sokongan 49.9 peratus, ia jauh meninggalkan parti MUDA yang mendapat sokongan 5.9 peratus walaupun MUDA sepatutnya rapat dengan hati anak muda itu sendiri.

Lain-lain parti bertanding memperolehi sokongan seperti berikut: 17.2 peratus untuk Perikatan Nasional manakala Pakatan Harapan pula hanya sebanyak 12.2 peratus.
Adakah kajian yang dilakukan ini tepat? Sama-samalah kita nanti keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Johor pada malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih 40 Biasiswa Penuh Untuk Direbut, Kerajaan Hungary Tawarkan Pelajar Malaysia

Menuntut ilmu adalah tuntutan dalam Islam dan para pelajar adalah fisabilillah menuntut agama ini yang membawa maksud golongan yang berjuang di jalan Allah. Selain agama Islam, pasti semua agama juga menuntu penganutnya untuk memperolehi pengetahuan yang luas.
Namun, pendidikan formal di institusi pengajian tinggi memerlukan sokongan kewangan yang teguh kerana menelan perbelanjaan yang tinggi dari segi yuran, elauan sara hidup dan lain-lain lagi. Tapi korang sedar tak, sebanarnya terdapat banyak cara untuk mendapatkan segulung diploma, ijazah mahupun serjana dan PHD secara percuma dengan cara mendapatkan biasiswa.

Terbaru, Kerajaan Hungary menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian di negara tersebut melalui program Biasiswa Stipendium Hungaricum.
Biasiswa penuh ini merangkumi pengajian peringkat siswa, siswazah dan lepasan ijazah itu, akan dibiayai dari segi yuran pebelajaran, elaun bulanan, penginapan serta insurans perubatan.
Duta Hungary ke Malaysia Dr Petra Ponevacs-Pana berkata biasiswa itu, yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua kerajaan, adalah antara hasil positif hubungan dua hala selama 50 tahun antara Hungary dan Malaysia. Setakat ini, lebih 60 negara menjadi rakan program ini melalui kerjasama pendidikan dua hala.
Bestnya dapat belajar dinegara orang secara percuma.
Sumber : Bernama