Insiden seorang anggota tentera maut tertembak ketika mengadakan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pagi tadi sememangnya amat menyedihkan.
Allahyarham pegawai GGK, Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas baju kalis peluru dipakainya tembus selepas terkena tembakan dalam demonstasi yang diadakan.
Asalnya allahyarham yang berlakon sebagai pengganas dilihat rebah selepas beraksi ditembak oleh anggota tentera. Mangsa yang rebah kemudian diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu Sabah selepas insiden ini.
Allahyarham pegawai GGK, Mejar Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas baju kalis peluru dipakainya tembus selepas terkena tembakan dalam demonstasi yang diadakan.
Ternyata insiden luar dari kebiasaan ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji yang mengulas insiden ini seperti dilaporkan oleh Harian Metro.
Menurut beliau, menjadi kelaziman pasukan komando Rejimen 11 Gerak Khas (GGK) menggunakan peluru hidup ketika latihan atau demonstrasi. Namun agak luar biasa vest kalis peluru boleh tembus sehingga insiden ini terjadi. Malah Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad meminta agar insiden ini disiasat.
Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji meminta insiden ini disiasat sedalam-dalamnya
Katanya lagi mengenai penggunaan peluru hidup, ia bertujuan untuk menyediakan anggota pasukan dengan situasi sebenar berperang selain membina kecekalan, keyakinan dan keberanian mereka sebelum memasuki medan peperangan sebenar.
Katanya, tiada situasi yang dibuat-buat apabila komando berlatih tetapi mereka sudah terlatih dan pakar untuk memastikan keselamatan setiap anggota dijaga.
Ads
“Akan buat betul-betul, memang nak bunyi tetapi setiap tembakan yang dilepaskan akan dipastikan selamat dan menuju kepada baju kalis peluru yang dipakai, bukan tembak di kepala,” katanya hari ini.
Beliau mengulas insiden tertembak membabitkan pegawai GGK, Mejar Mohd Zahir Armaya sebelum disahkan meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pagi tadi.
Mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.
Asalnya allahyarham yang berlakon sebagai pengganas dilihat rebah selepas beraksi ditembak oleh anggota tentera. Mangsa yang rebah kemudian diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan.
Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.
Dalam pada itu, Mohamed Arshad mahu siasatan dilakukan dengan terperinci kerana hairan bagaimana peluru itu boleh menembusi baju kalis peluru yang dipakai mangsa.
Ads
“Siasatan mesti dijalankan, macam mana ‘vest’ kalis perlu boleh tembus dan bocor. Semua mesti disiasat termasuk semua baju kalis peluru yang ada dalam tentera. Saya rasa sesuatu tak kena sebab tembak di badan sepatutnya tak bocor,” katanya.
AR Badul redha
“SAYA reda dan terima ujian Allah ini,” kata pelawak dan pelakon veteran, AR Badul, 70, bapa kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi hari ini.
Ads
“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” katanya.
Badul berkata, dia faham dengan tugas anggota komando yang berdepan risiko nyawa tetapi insiden kematian Mohd Zahir terjadi ketika dia sedang menjalani latihan.
Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.
Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes positif COVID-19 di Malaysia setakat 22 Oktober 2020 telah mencatatkan sebanyak 23,804 jumlah kes keseluruhan dan seramai 1,259 pelajar dilaporkan positif sejak gelombang ketiga melanda negara pada September lalu.
Daripada jumlah tersebut, 587 adalah dikalangan murid yang berumur antara 7 hingga 12 tahun dan 670 pelajar pula berumur 13 hingga 18 tahun di sekolah menengah.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejak Februari hingga 21 Oktober, sebanyak 830 kes positif COVID-19 direkodkan melibatkan murid sekolah rendah, manakala 1,315 membabitkan pelajar sekolah menengah.
Gambar hiasan
Sebanyak 12 buah sekolah terkesan dengan penularan virus ini dan di Neger Sembilan terdapat tiga buah sekolah ditutup selepas disahkan mempunyai kluster Cahaya, Sophie dan Bah Manggis.
Di Johor pula tiga buah sekolah melibatkan dua kluster iaitu kluster Simera dan Rinting. Manakala, dua sekolah terkesan di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur melibatkan kluster Pantai dan Long.
Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap pelajar terutamanya kanak-kanak yang dijangkiti virus ini.
Sama-samalah kita membendung wabak pandemik ini dengan memutuskan rantaian dan tidak keluar jumah jika tidak perlu. Amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka sekiranya terpaksa berada di luar.
Senang sangat orang sekarang tamatkan hayat diri! Terbaru, dunia dikejutkan dengan berita seorang influencer dan juga personaliti media sosial negara jiran, Fitri Meliana yang nekad mengambil nyawa sendiri dengan menggantung diri semasa siaran ‘ live’ di laman Instagram miliknya.
Menerusi laporan Serambi News, pengikutnya turut menyaksikan detik tersebut. Difahamkan, kejadian itu berlaku di kediaman Meli, pada Ahad lalu sekitar pukul 04.00 pagi.
Berdasarkan keterangan awal yang diperoleh polis, mangsa dikatakan nekad menggantung diri kerana hubungan cinta dengan kekasihnya tidak direstui oleh tua.
Mayat mangsa pertama kali ditemui oleh abangnya di dalam bilik air. Berikut adalah beberapa fakta:
1. Bergaduh dengan kekasih
Menurut polis, sehari sebelum kejadian, Meli dilaporkan bertengkar dengan teman lelakinya. Mayat Meli ditemui tidak lama kemudian oleh salah seorang ahli keluarganya. Polis turut menegaskan tiada unsur keganasan jenayah dikesan di dalam kes tersebut.
Jelasnya, berdasarkan keterangan saksi iaitu rakan dan saudara mara mangsa, mangsa bertengkar dengan teman wanitanya melalui telefon.
2. Mangsa menghentak kepalanya ke dinding
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kebayoran Lama, AKP Suwarno berkata, mangsa turut terhantuk kepalanya ke dinding. Tambahnya, polis kini sedang mencari maklumat mengenai kekasih mangsa. Bagaimanapun, setakat ini daripada hasil pengecaman mangsa dari Hospital Fatmawati, tiada sebarang tanda penderaan ditemui.
3. Didakwa dicabul kekasih
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kebayoran Lama, AKP Suwarno, mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, ketika polis pergi ke lokasi, telefon bimbitnya ditemui dan ia telah selesai disiarkan secara damai.
4. Mangsa minum pencuci lantai
Sebelum menggantung diri, dia didakwa meminum cecair pembersih lantai.
Menurutnya polis, mangsa disyaki cuba membunuh diri sebelum menggantung diri dengan meminum sebotol cecair pencuci lantai. Bagaimanapun, dia membunuh diri dengan meminum cecair itu tidak berjaya dan dia memutuskan untuk menggantung diri.
Hmmm…jadikan hal ini sebagai pengajaran dan moga kita dan keluarga dihindari dari perkara-perkara sebegini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika peminat sedang asyik menyambut berita gembira mengenai pertunangan ahli grup Big Bang, Taeyang petang tadi, satu berita buruk pula menyinggah ke pengetahuan peminat dunia K-Pop.
Ahli grup SHINee dan vokalis utamanya, Kim Jong-Hyun atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Jonghyun telah ditemui mati di kediamannya, di Chungdam Korea Selatan.
Dalam kejadian petang tadi sekitar jam 4.42 petang waktu Korea Selatan, kakak kepada Jonghyun menelefon balai polis untuk membuat laporan bahawa adiknya itu akan membunuh diri pada bila-bila masa.
“Kami ke bangunan kediamannya dan mendapati mangsa telah terbaring bersama disisinya, arang batu yang dibakar di dalam bekas. Anggota kecemasan ada bersama kami di tempat kejadian dan mangsa terus dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk dalam keadaan jantung mangsa tidak stabil.”
Malangnya, penyanyi berusia 27 tahun ini meninggal dunia setelah tiba di bahagian kecemasan hospital terbabit. Polis telah mengesahkan kematian itu sebagai kes bunuh diri selepas semua tanda-tanda yang dicatatkan menjurus kepada kesimpulan tersebut.
Punca kematian berkait rapat dengan arang batu yang dibakar di rumahnya dan Jonghyun dilaporkan mati akibat gas beracun karbon monoksida.
Dalam pada itu, Jonghyun baru saja menamatkan konsert solo siri pertama bertajuk INSPIRED yang mencatakan jualan tiket yang cukup memberansangkan. Pihak pemasaran berjaya menjual kesemua tiket. Sejak tahun 2015, Jonghyun sudah beberapa kali menjayakan konsert solo seperti ‘The Story By Jonghyun’, ‘Jonghyun x Inspiration’ dan ‘The Letter – Jonghyun’ walaupun dia masih aktif dengan grupnya, SHINee.
Kim Jonghyun di konsert solonya, INSPIRED yang berlangsung pada 10 Disember lalu.
Kes bunuh diri seperti ini diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai simptom penyakit mental. Ini kerana mangsa tidak dapat berfikir secara waras dan berada dalam situasi memerlukan bantuan serius pada masa kejadian.
Walau seceria manapun seseorang itu kelihatan di hadapan orang lain seperti Jonghyun yang terkenal dengan wataknya yang banyak bercakap, itu tidak bermaksud hati dan mindanya berada dalam keadaan tenteram.
Rest In Peace, senior Jonghyun.
Thank you for everything.
You will be missed. You won’t be forgotten. We love you! #RestInLoveSHINEEJonghyun
Kadangkala rasa pahit, dendam, kesedihan melampau dan rasa putus asa dipendam saja seorang diri sehinggakan pada satu saat, mangsa tidak boleh lagi menerima tekanan itu.
Sekiranya korang mengenali kenalan rapat yang mempunyai simptom emosi tidak stabil, ataupun kamu sendiri merasakan diri memerlukan bantuan pakar, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak yang boleh membantu. Antaranya ialah mereka di Befrienders Kuala Lumpur yang sentiasa boleh dihubungi dalam apa jua situasi.
Hubungi nombor 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Cik B di TikTok miliknya mencuri perhatian ramai selepas aksi spontan dan ‘rare’...