
Penangan muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan penampilan istimewa daripada ahli kumpulan K-Clique, MK menarik perhatian netizen kerana walaupun telah dilancarkan 3 bulan yang lalu di YouTube, muzik video mereka telah pun mendapat lebih daripada 24 juta tontonan.
Lebih menarik, terbaharu Nabila Razali diruangan Instagram peribadinya yang diikuti 2.5 juta pengikut mengutarakan rasa terkejut kepada umum apabila muzik video Peluang Kedua di Youtube bukan sahaja mendapat jumlah tontonan yang banyak.
Malah, ruangan komen muzik video rasmi Peluang Kedua juga memperoleh respon yang lebih 66 ribu ditinggalkan penonton.
Biarpun begitu, rata-rata peminat tidak lagi mengetahui komen mereka yang keberapa namun akui suka dengan lagu tersebut yang dipuji mereka sangat best. Jadi tidak mustahil juga mendapat komen sebanyak itu.
“Lagu best mesti banyak comment”
Serius penulis pun tonton muzik video Peluang Kedua ini berulang kali. Harap ada ‘buah tangan’ Nabila dan MK lagi selepas ini. Hiks!
Tak Serik! Pemuda Pernah ‘SCAM’ Satu Malaysia Dengan Biasiswa NASA Kini Digugurkan Dari Program Felo Perdana Setelah Kantoi Menipu

Korang ingat lagi tak kisah Azhar Ali yang pernah menipu seluruh Malaysia dengan mengaku bahawa beliau berjaya peroleh biasiswa NASA? Haaaaa..cuba ingat balik!
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Tiada Nama “Azhar Ali” Dalam Carian Di NASA? Tweet Tahniah Dari PM Dah Tidak Ditemui
Berita tersebut telah mendapat liputan meluas sehingga ia mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Maka, jangan terkejut bila REMAJA laporkan bahawa pemuda yang sama telah berjaya menipu masuk ke Felo Perdana tahun ini, sebuah program berprestij di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Wow! Sangatlah tidak serik!
Pada 23 Ogos, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menggunakan profil Instagramnya untuk memuatnaik gambar beliau bersama dua individu Felo Perdana.
Dalam catatan itu, Tengku Zafrul menulis bahawa 56 Felo Perdana telah dipilih tahun ini. Beliau juga menyatakan bahawa mereka akan menjalankan tugas masing-masing mulai 23 Ogos sehingga akhir tahun ini.
“Selamat datang saya ucapkan kepada dua Felo Perdana, Gan Yu Jin dan Muhammad Azhar, kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian. Saya berharap program ini dapat memberi pengalaman berharga kepada anda,” kata menteri itu dalam muatnaik tersebut yang turut menyertakan poster yang mempamerkan pencapaian individu mereka.
This guy is a liar and I’m disappointed that @tzafrul_aziz picked this guy. How did he even get the job?
Does Azhar Ali think that we are a bunch of idiots? https://t.co/CXPX49PPFy pic.twitter.com/on5mwm2Wq1
— Pradeesh (@prasys) September 12, 2023
Perkongsian Datuk Seri Tengku Zafrul tersebut kemudian menarik perhatian warganet apabila mereka mula menyedari bahawa salah seorang Felo Perdana di dalam gambar tersebut adalah individu yang sama yang telah menipu satu Malaysia suatu ketika dahulu.
Sama seperti dakwaannya yang dibuat-buat untuk memenangi biasiswa NASA pada 2020, beberapa “pencapaian” Azhar — seperti Champion of the WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon, Delegate Terbaik di Sidang Kemuncak Dasar Fiskal Bank Negara 2021, dan Microsoft Imagine Cup 2021 Naib Johan telah dipalsukan.
Sebagai contoh, pasukan yang menang di WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon sebenarnya dari Vietnam, China dan Korea Selatan, seperti yang diumumkan oleh WorldQuant pada 21 Disember tahun lepas. Pengumuman itu, termasuk nama pasukan yang menang, sama sekali tidak menyebut nama pemuda itu mahupun Malaysia.
Begitu juga, dakwaan Azhar sebagai naib juara Piala Microsoft Imagine 2021 tidak melepasi semakan pengesahan. Pemenang adalah kumpulan dari Kenya, dan finalis lain adalah dari AS, Thailand dan New Zealand.
Bahkan Malaysia tidak termasuk dalam lima pasukan dari Asia yang muncul dalam 12 finalis terbaik.
Pencapaiannya telah pun mendapat perhatian di media sosial, mendorong Menteri KBS Hannah Yeoh mengeluarkan kenyataan pada 13 September, mengumumkan penamatannya daripada program itu.
Kenyataan Media @KBSMalaysia:
1. Program Felo Perdana merupakan program mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan belia yang berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara. Program ini telah berjaya menghasilkan 763 orang Felo sejak dilancarkan pada tahun 2013.
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) September 13, 2023
Menurut kenyataan itu, Azhar telah memberikan sijil palsu kepada pihak kementerian bagi salah satu pencapaian yang didakwa telah dimenangi olehnya.
“KBS sedia maklum mengenai kisah viral baru-baru ini melibatkan seorang Felo yang ditempatkan di MITI. Pelajar universiti awam itu menyenaraikan beberapa pencapaian ketika memohon Program Felo Perdana. Namun, salah satu pencapaian itu selepas semakan dengan pihak penganjur didapati adalah tidak asli.
“Justeru, disebabkan isu ini, beliau akan diberhentikan daripada menyertai program Felo Perdana kerana melanggar syarat perjanjian program tersebut,” jelas beliau.
“Bagaimanapun, dia akan ditawarkan untuk menjalani sesi kaunseling,” kata KBS.
Kementerian juga menyatakan akan memulakan siasatan lebih lanjut di masa hadapan bagi memastikan proses kemasukan program itu lebih telus dan sahih.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: KBS, Instagram Tengku Zafrul
“Tak Tahulah Nak Malu Ke Bangga..” Memo Suara Doraemon Dapat Perhatian Dunia

Isi Kandungan
Toggle
Beberapa hari lalu, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti menerusi menterinya, Rina Harun telahpun mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan beberapa memo awam yang dikeluarkan.
Memo tersebut menyentuh mengenai cara wanita seharusnya mengenakan solekan dan “elak pakai pakaian rumah” sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Bukan itu saja, terdapat juga memo yang meminta suri “tiru nada Doraemon dan diikuti gelak manja” untuk mengelakkan pergaduhan di antara suami isteri di rumah.
*Wait what?*
Ya, itu merupakan antara kandungan memo yang telah menular dan menerima kecaman berganda di kalangan rakyat.
Selepas menerima komen seperti memo seksis dan menjatuhkan wanita, piihak kementerian pantas memadamkan memo tersebut dan mengeluarkan kenyataan maaf.
But that was not prompt enough.
Memo tersebut pantas mencuri tumpuan pengamal media antarabangsa! Tak tahulah nak bangga ataupun malu…nama Malaysia kini menjadi sebutan disebabkan isu ‘Doraemon’ ini.
The Daily Show With Trevor Noah
Kementerian Rina Harun lagi disebut dalam Trevor Noah Show.
Terimakasih kerana mengharumkan nama negara..!! pic.twitter.com/5lmgXqqjoU
— Reza Zainal (@reza_zainal) April 2, 2020
Rancangan temu bual Amerika Syarikat ini memberikan komen yang agak sinikal dan pedas.
Kata pengacaranya iaitu Trevor Noah, “Sementara beberapa negara sedang berdepan dengan gelombang coronavirus, negara lain berdepan dengan gelombang kebodohan mereka sendiri.”
Ouch.
Al-Jazeera
Kali terakhir Malaysia diperkatakan di Al-Jazeera, ia juga bukanlah satu pengalaman yang indah. Ahem-Syed-Saddiq-&-Datuk-Seri-Najib-Razak.
Pengamal media dari Qatar itu juga pantas memaparkan artikel berkenaan isu ini dan turut mengaitkan Malaysia berada di tangga ke-104 dari 153 buah negara dalam indeks Forum Perbezaan Jantina Ekonomi Antarabangsa.
The Guardian
Laman web berita dari United Kingdom ini memaparkan respon marah dan tidak percaya terhadap memo yang dikeluarkan.
ABC News
Warga Australia juga tak teragak-agak untuk mengecam memo yang dikeluarkan kementerian. Ramai pengikut mereka mengemukan kritikan di media sosial.
The Independent
Dalam banyak-banyak laporan, penulis merasakan ini adalah ‘the final nail on the coffin’. Laman web berita darii United Kingdom ini memetic semula kenyataan kementerian wanita yang menggelar situasi perintah kawalan pergerakan ini sebagai ‘cuti’.
*
Benarlah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak mulut badan binasa.
Hhm, sekurang-kurangnya, penulis terhibur juga apabila ada yang mengambil isu ini secara sinikal dan menghasilkan lagu remix Doraemon seperti vokalis The Venopian Solitude ini.
Kementerian Doraemon, Nobita dan Dorayaki
Saport here :https://t.co/R9jiCf1XR5 pic.twitter.com/Q6FEmlp7U8
— . (@takaharasuiko) April 1, 2020
Macam Biskut Chipsmore! Lebih 1 Juta Pengguna Air Selangor Kembali Terjejas Mulai 6 Petang Ini

Hah, memang betul boleh digelar biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada.
Nampaknya masalah bekalan air kembali menghantui rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila sekali lagi loji air tercemar.
Dalam satu kenyataan oleh Lembaga Urus Air Selangor dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20- 12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sg. Selangor.
Bau telah dikesan sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON. LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dengan masalah ini, henti tugas ke empat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup mulai jam 6 petang ini.
Denda tidak lebih RM1Juta bagi pencemar sungai diluluskan
Dalam pada itu, semalam Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di fbnya memaklumkan pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Negeri Selangor dan kini telah pun menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Pindaan dengan kelulusan sebanyak 11 fasal ini antara lain menaikkan jumlah denda minimum kepada RM 200 ribu dan menetapkan jumlah denda maksimum tidak melebihi RM 1 juta beserta hukuman penjara mandatori sebagai faktor pencegah (deterrent factor).
Dewan Negeri Selangor turut meluluskan bahawa semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membersihkan atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh LUAS akan ditanggung oleh pihak pesalah.
Sebagai satu langkah kawalan ke atas penggunaan sumber air bagi mengelak pembaziran
penggunaan sumber air, Seksyen 44 LUAS turut dipinda bertujuan untuk menambah kuasa LUAS bagi mengenakan caj terhadap lebihan pengambilan air melebihi had yang dibenarkan.
Pindaan ini merupakan manifestasi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat untuk melakukan sebarang pencemaran di Selangor.
Kerajaan Negeri yakin bahawa pindaan enakmen berkenaan beserta langkah-langkah tambahan yang sudah dijelaskan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 yang lepas akan dapat menangani masalah pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air di masa hadapan.