Tatkala persembahan para peserta pertandingan nyanyian di kalangan selebriti remaja, Big Stage yang berlangsung semalam dipuji oleh netizen, itu semua seakan dibayangi oleh insiden yang dicetuskan oleh salah seorang panel program tersebut.
Penyanyi Mark Adam semalam duduk di kerusi panel sebaris dengan Datuk Seri Situ Nurhaliza dan Cakra Khan.
Namun disebabkan satu patah ayat yang keluar dari mulutnya, netizen semalam dan hari ini tidak teragak-agak untuk mengecamnya.
Apa yang terjadi adalah Mark Adam bergurau mengenai saiz dan figura pengacara Big Stage, Sherry Al-Hadad dengan berkata, “This opportunity is very big, even the host is big.”
Mark, Mark..
BACA: Sekali Lagi Alif Satar Trending, Kali Ini Sebab Apa?
Walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menjatuhkan air muka Sherry, tetapi komen body shaming seperti itu di atas pentas rancangan siaran langsung bukanlah sesuatu yang boleh dibawa bergurau.
Nampaknya, penyanyi itu juga sedar dan kesal dengan kenyataannya itu, lalu membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram-nya.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage Saya ni kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah – dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.
Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tak professional dan saya akan pastikan benda ini tak lagi berlaku lagi.
Maafkan saya. Saya betul-betul menyesal. I’m sorry guys.
Diharap Mark Adam ataupun sesiapa tidak lagi mengulanginya.
We felt it. Sama ada kita kurus, besar, cerah, gelap or whatever it is, rupa paras fizikal bukanlah sesuatu yang wajar diulas secara terbuka.
*
Sementara itu, selebriti seperti Alif Satar, Achey dan Sharifah Amani memuji tindakan Mark yang man up dan meminta maaf tersebut. Paling penting, Sherry sendiri tidak berdendam dengannya.
Katanya, “Assalamualaikum semua. Mark sudah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia (atau) saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan.”
BACA: Kamu Mangsa Body Shaming? Hafal 7 Reply Paling Win Oleh Selebriti Wanita Ini