Komposer tersohor negara, Othman Mohamed dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini dipercayai akibat sesak nafas.
Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi lagu Kau Pergi Jua, Allahyarham Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.
Menerusi laman Facebook Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kemas kini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Othman.
Allahyarham merupakan pencipta lagu ‘UiTM Di Hatiku’ dan merupakan alumni universiti berkenaan yang juga pengambilan pertama dalam jurusan Diploma Muzik pada 1984.
Menurut anak kedua Allahyarham, Izwana Othman (36) mengesahkan pemergian bapanya dan jelasnya, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum mengalami demam, dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Othman disempurnakan di Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Semasa hayatnya, Othman menghasilkan beberapa lagu malar segar antaranya Kau Pergi Jua, Di Hari Persandinganmu, Episod Cinta, Hanya Di Radio dan banyak lagi.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga. Al-Fatihah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.