Komputer Gaming Kini Jadi Peranti Bawa Pendapatan Lumayan

Share

Tak dinafikan industri gaming kini semakin maju dan berkembang dengan cukup pesat. Malah sudah diketahui umum bahawa industri ini membawa pulangan nilai berbilion dolar.

Pemaju permainan video dan kelengkapan peranti gaming kini berlumba-lumba menghasilkan produk terbaik kepada pengguna.

Antara peranti yang paling mendapat sambutan ialah komputer riba dan komputer desktop yanh dihasilkan khusus untuk gaming.

Antara jenama yang sangat agresif menerajui inovasi komputer gaming ialah Acer. Dan untuk segmen ini mereka memperkasakan siri Predator yang kini sudah cukup terkenal di kalangan gamers.

Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan penambahbaikan baharu dalam rangkaian produk Predator Gaming. Ia didahulukan dengan komputer riba permainan video Predator Helios 500, yang dikuasakan grafik overclockable NVIDIA GeForce GTX 1070 dan pemproses Intel Core i9.

Selain itu Acer turut memperkenalkan Nitro 5, Predator Orion 5000, Nitro 50 dan skrin monitor Predator X27 yang dilengkapi paparan NVIDIA G-Sync HDR bagi pengalaman visual luar biasa.

Pengarah Perniagaan dan Produk Pengguna Acer Sales & Services Sdn Bhd, Johnson Seet berkata, industri e

sport di Malaysia melihatkan perkembangan yang sangat luar biasa. Pihaknya akan terus memantau dan menyokong industri ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kompetitif.
Published by
Farizul Izwany Ibrahim