“Anak saya tulis ‘Rakyat India’ dalam column agama..”
Siapa saja yang tidak mengenali pemilik nama Shahrukh Khan ini?
Sebilangan besar masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum ini membesar dengan filem-filem Bollywood lakonan Shahrukh dan masih menontonnya hingga ke hari ini. Biarpun sudah memasuki usia 55 tahun pada 2021, aura dan persona Raja Khan ini ternyata tidak menunjukkan tanda-tanda sudah ‘tidak laku’ atau pudar.
Populariti yang dimiliki Shahrukh ibarat tiada tandingannya di kalangan pelakon Bollywood lelaki yang lain. Ya, ada yang lebih hebat berlakon daripadanya. Ada juga yang lebih kacak daripadanya (well, that is subjective).
Namun tiada seorang pun yang mampu berada di aras Shahrukh, sehingggakan tempias popularitinya itu terkena kepada ahli keluarganya. Semua orang ingin tahu apa yang sedang berlaku kepada anak-anaknya, status perkahwinan dengan isteri, Gauri Khan dan..
Eh, macam-macam lagilah!
Namun Shahrukh tetap profesional apabila menjawab segala persoalan tersebut. Salah satu soalan paling popular yang selalu diterima beliau adalah mengenai perbezaan agama yang berlaku dalam keluarga beliau.
Seperti yang diketahui ramai, Shahrukh dan Gauri, mempunyai kepercayaan berbeza biarpun setelah berkahwin selama 30 tahun.
Shahrukh tetap dengan kepercayaan Islam sedangkan Gauri tetap dengan kepercayaan Hindunya.
Jadi, bagaimana sebenar penerimaan anak-anak mereka terhadap perbezaan agama ini? Tentunya sewaktu mereka sedang membesar, timbul momen di mana mereka pun keliru dengan pegangan rumah mereka itu. Adakah mereka Islam ataupun Hindu..?
Siapa boleh lupakan foto tular yang dimuat naik oleh Shahrukh sendiri pada tahun 2018? Ia membabitkan anak lelaki bongsunya, Abram Khan yang sedang berdoa di hadapan patung Dewa Ganesha.
Begitupan, Abram Khan sekali lagi diperkatakan oleh warganet pada tahun 2020 setelah dia dilihat sedang memperdengarkan bacaan surah Al-Fatihah serta Al-Ikhlas dengan lancar semasa sedang solat.
Menjawab persoalan ini berulang kali kepada pihak media dan produksi yang menemu ramah beliau, Shahrukh tidak sesekali cuba berselindung daripada isu perbezaan agama ini.
Kata beliau, mereka tidak memaksa anak mereka untuk berpegang kepada mana-mana agama. Mereka bebas untuk memilih arah pegangan masing-masing.
“Di rumah kami, isu agama Hindu-Muslim tidak dibahaskan. Isteri saya Hindu, saya seorang Muslim dan anak-anak kami adalah Hindustan.”
“Ketika mereka ke sekolah, mereka diminta mengisi bahagian agam. Anak perempuan saya pernah datang ke saya dan bertanya, ‘Apakah agama kami?’.Saya beritahunya bahawa kami adalah rakyat India, kami tidak memiliki agama tertentu.
“Saya tidaklah ke arah keagamaan dalam hal seperti suruhan solat lima waktu. Namun saya percaya pada ajaran Islam, saya percaya ia adalah agama yang baik dan menyuruh ke arah perkara baik,” ulas beliau sewaktu di program Remo D’Souza Dance Plus 5 tidak lama dahulu.
Jika korang perasan, nama anak-anak Shahrukh dan Gauri juga tidak bersifat terlalu keagamaan dan ia lebih am daripada nama-nama yang biasa kita dengari di kalangan masyarakat India.
Ini bagi memastikan anak mereka iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan untuk tidak dilabel sebagai seseorang yang berpegang kepada agama tertentu.
Lain keluarga, lainlah pegangannya bukan? Yang penting, diri kita yang mempunyai pegangan agama tertentu ini tidak terikut-ikut dengan gaya hidup seseorang yang popular seperti Shahrukh.
Minat boleh, tapi usahlah hingga taksub ingin mengikut segala pilihan hidupnya.
Tak lama dahulu, REMAJA juga pernah melaporkan mengenai kekeliruan peminat Zayn Malik mengenai pegangan agamanya. Adakah Zayn masih seorang Muslim, atau telah berubah pegangan agama ataupun tidak mempunyai agama (atheist)?
ARTIKEL BERKAITAN : Zayn Malik Akui Islam Itu Indah Tetapi Tak Percayakan Neraka? – REMAJA