Ingin menjadi seorang ikon bukan sahaja memerlukan bakat semata-mata, tetapi latar belakang pendidikan yang baik juga merupakan satu bonus bagi mereka supaya dapat memberikan contoh terbaik buat masyarakat.
Merupakan seorang pelajar dalam bidang Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara Seremban, Azra yang juga seorang finalis Dewi Remaja 2019 menganggap walaupun dia bakal berada dalam industri hiburan, namun tidak sesekali dia akan mengabaikan pelajaran dan berusaha untuk menjadi individu yang seimbang.
Buktinya, gadis yang berasal dari Negeri Sembilan ini telah pun mendapat keputusan cemerlang dalam pelajarannya dan berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk dua semester berturut-turut.
“Saya baru habis semester kedua dan saya berharap agar dapat mengekalkan keputusan cemerlang sehingga tamat belajar nanti dan mengimpikan untuk mendapat Anugerah Naib Canselor bagi memudahkan saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang,” jelas Azra.
Walaupun masih berada di dalam pencarian Dewi Remaja, Azra tetap berkesempatan untuk menghadiri majlis Anugerah Dekan yang bertempat di Universiti Teknologi Mara, Seremban malam semalam.
Ads
“Alhamdulillah, saya berpuas hati segala penat lelah saya terbayar dengan keputusan yang diterima untuk semester ini. Saya banyak komitmen juga semasa di universiti, dengan menyertai aktiviti debat dan memegang beberapa jawatankuasa dalam persatuan, ia membuatkan saya mempunyai banyak tanggungjawab, bukan hanya di kelas, tetapi di luar kelas juga,”
“Pada mulanya saya juga tidak berapa yakin sebab course saya antara yang tough dan mostly semuanya subjek membaca. Tetapi, saya ubah mind set untuk jadi lebih positif dan syukur semua urusan saya dipermudahkan” jelasnya lagi.
Ads
Fokus dan amalan doa rahsia kejayaan
Ditanya tentang rahsia dan tip belajar yang diamalkan oleh Azra, gadis yang sangat mengagumi Ketua Hakim Wanita pertama negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ini menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk belajar.
Ads
“Kalau tanya tentang tip belajar, saya bukanlah orang yang study 24 jam tapi semasa di dalam kelas, saya memberikan fokus sepenuhnya semasa lecturer sedang mengajar. Sambil tu, saya akan menulis dengan laju nota-nota penting tentang apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar,”
“Sebenarnya korang kena tahu cara belajar yang bagaimana sesuai untuk diri korang. Ada orang dia perlu mendengar dan tak boleh buat apa-apa semasa guru mengajar, tapi macam saya pula, sambil saya belajar, saya akan mencatat segala point penting yang diberikan,”
“Daripada segi ibadah pula, paling penting kena jaga solat 5 waktu dan solat diawal waktu. Saya juga mengamalkan dua doa ini, iaitu ayat 1000 dinar dan doa untuk elak malas. Saya akan tampal doa-doa tersebut di dinding dan sentiasa mengamalkannya. Alhamdulillah, saya memang dapat rasa banyak perubahan selepas saya mengamalkan dua doa ini,” ujarnya berkongsi rahsia kejayaan.
Tahniah kami ucapkan kepada Azra yang baru menerima Anugerah Dekan malam semalam. Diharap agar Azra dapat mengekalkan kecemerlangannya dalam bidang akademik dan dalam pada masa yang sama mampu untuk menyerikan lagi industri hiburan tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah berkahwin tiga tahun sejak Februari 2016, semalam pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Muhamad Hanif telah mengesahkan bahawa mereka kini sedang ‘expecting’ cahaya mata pertama.
Melalui satu posting di Instagram, bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 memanjatkan syukur kepada Ilahi dengan rezeki yang diterima oleh mereka berdua.
“Pada hari istimewa ini, pada hari lahir saya, kami bersetuju untuk berkongsi berita gembira. Kami bakal menimang anak pertama,” katanya yang kini mengandung 4 bulan.
”Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan kami untuk mendapat zuriat. Benar, jodoh maut ajal dan rezeki semua terletak padaNya.”
Berkat doa yang dikurniakan oleh kenalan rapat, peminat, keluarga dan peminat mereka sendiri, Alhamdulillah Anzalna kini kami pasti akan menjaga kesihatan diri dan kegembiraan.
Cuba lihat ucapan tahniah yang diberikan oleh rakan selebriti Malaysia.
Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Anzalna dan Hanif!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarlah, bukan mudah untuk bergelar duta produk, inikan lagi untuk menjadi seorang usahawan muda.
Halangan dan cabarannya tidak terduga. Bisnes adalah satu bidang yang sangat penting dan boleh menjanjikan ekonomi yang kukuh. Kalau tidak, mana mungkin semakin ramai usahawan yang muncul di kalangan selebriti tempatan.
Oleh sebab itu, Dewi Remaja 2019 mencabar 8 orang finalis pada episod kelima ini untuk mencungkil idea bagi pemasaran pelan data redONE RM8 dengan 8 kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.
Kini, para finalis sudah perlu sedar bahawa mereka akan dilantik menjadi duta untuk pelbagai produk selepas ini. Mereka bukan sekadar berwajah cantik sahaja di hadapan lensa kamera tetapi juga perlu mengetahui sepenuhnya tentang sesebuah produk tersebut. Ilmu di dada haruslah ada.
Finalis bertuah apabila mereka dapat bertemu dengan 3 mentor utama bagi cabaran mereka bersama redONE pada episod ini. Mereka terdiri daripada mentor jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan pemenang tempat kedua Hero Remaja 2007/08, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan redONE, Encik Ben Teh dan juga Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Encik Farid Yunus
Semasa finalis perlu membentangkan mood board dan skrip untuk iklan komersil redONE berasaskan 8 kelebihan pelan datanya, mereka hanya diberikan 30 minit untuk memikirkan segalanya dari awal. Idea dan kreativiti perlu pantas berada dalam genggaman mereka.
Paling penting, mereka perlu betul-betul memahami intipati kelebihan pelan data tersebut.
Bagi Encik Ben Teh yang sudah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang jualan dan telekomunikasi, dia akui bukan mudah untuk finalis betul-betul “nail their ideas” pada pembentangan kali pertama.
“Namun, cabaran ini akan melatih mereka dari sudut mental dan emosi. Untuk berdepan dengan tempoh getir dan memikirkan idea secara kritikal.
“Saya lihat mereka ada inisiatif untuk menyakinkan pelanggan tentang kelebihan pelan data yang ditawarkan oleh redONE. Ini kerana mereka tidak segan bertanya bagaimana untuk memperbaiki idea yan mereka hasilkan.
“Cuma bagi seorang yang masih baru dalam bidang perniagaan, finalis dan remaja di luar sana perlu fokus pada target audience semasa menjual sesuatu produk. Barulah mereka tahu untuk memperbaiki kelemahan yang ada setelah mendengar demand daripada pelanggan.
Bagi Encik Farid Yunus pula, tugasan yang diberikan kali ini sangat mencabar dan beliau gembira meraka dapat menyelesaikan task ini dengan sempurna.
Untuk makluman, cabaran episod kelima semalam telah dimenangi oleh Shatirah Amanda dan Dian Fernandez yang masing-masing menarik perhatian para juri iaitu Yusry Abdul Halim, Scha Alyahya, Fizo Omar dan Encik Farid Yunus dengan jalan cerita iklan 30 saat mereka untuk redONE.
Masing-masing bukan saja diumumkan sebagai pemenang mingguan kali ini tetapi juga memenangi sebuah telefon pintar iPhone 11 dan pelan data redONE selama setahun. Best-nya!
Tahniah Amanda & Dian.
*
Bagi korang yang terlepas untuk mengikuti episod kelima Dewi Remaja 2019, korang boleh menontonnya semula pada hari Selasa (26 November) jam 1.30 tengah hari di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang dua hari saja lagi malam finale Pencarian Dewi Remaja bakal berlangsung. Mesti para finalis dah tak senang duduk dan berdebar nak tunggu hari kemuncak itu nanti. Hiks!
Relaks girls. Tak kiralah menang atau tidak, apa-apa pun korang dah buat yang terbaik sehingga ke tahap ini. Jangan stres sangat sampai hilang fokus pula pada malam final nanti.
Apa yang korang perlu lakukan sekarang adalah cuba untuk tenangkan diri dan buatlah aktiviti-aktiviti yang boleh bagi korang rasa relaks.
Seperti apa yang dilakukan oleh Affie Rania, Rasya Dean dan Aween Ismail ini, mereka mengambil peluang untuk mempersiapkan diri dengan melakukan waxing sebelum muncul di episod akhir Dewi Remaja ahad ini.
Walaupun Rasya dan Aween tidak menjadi finalis akhir, tapi mereka pun ada juga tau nanti. Sudah tentu semuanya nak tampil cantik dan berseri pada malam tersebut kan?
Ok jom kita tengok apa persiapan mereka sebelum finale nanti..
First experience buat waxing, apa kata mereka?
Sebelum ini, Rania, Rasya dan Aween masing-masing tidak pernah melakukan waxing dan kami membawa mereka untuk merasai pengalaman waxing di Strip Ministry of Waxing, Plaza Arkadia Desa Park City baru-baru ini.
“Sebelum ni Aween pernah cuba kaedah laser dan bila dah cuba waxing ni rasanya Aween lebih memilih untuk melakukan treatment ini kerana ia tidak menyakitkan dan membuatkan kulit lebih licin,” – Aween.
Bukan hanya perkhidmatan dan rawatan yang disediakan, Rania juga turut memuji lokasi tempatnya yang selesa dan sangat menenangkan.
“Dari pintu masuk sampailah ke bilik rawatan, semuanya memang terbaik. Rania juga berpeluang untuk merasai sendiri macam mana rasanya buat waxing ni. Selalu dengar orang bercerita saja, tapi kali ini kami dah cuba sendiri,” – Rania.
“Dah nak final kan, walaupun bukan menjadi salah satu peserta akhir, kita tetap kena jaga penampilan pada malam tu nanti. Tak boleh la bagi tahu Rasya buat treatment apa, nanti kena kecam pulak. Okay gurau je. Hehe! Waxing ni memang best. Lepas buat treatment ni rasa lebih selesa dan licin saja. Hiks!”– Rasya.
Korang yang nak dapatkan rawatan waxing tu bolehlah jenguk-jenguk cawangan terbaru Strip di Plaza Arkadia Desa Parkcity. Confirm puas hati wey!
Okay, mereka pun nampaknya dah bersedia untuk muncul pada finale 13 Januari ini, so korang jangan lepaskan peluang menonton episod akhir Pencarian Dewi Remaja 18/19 di Astro Ria dan Ria HD jam 10.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...