Kim Namjoon, yang dikenali secara profesional sebagai RM dan ahli kumpulan K-pop terkenal BTS tular baru-baru ini di media sosial berikutan keputusannya untuk berkongsi lagu ‘Bad Religion’ Frank Ocean di Instagram Story beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Profesional Bawa Diri & Bercakap Di Khalayak Ramai, RM BTS Dilantik Jadi Jurucakap Kementerian!

Kongsi Lagu ‘Islamofobia’, Ramai Gesa RM BTS Tampil Mohon Maaf Kepada Peminat

Meski kelihatan enteng pada awalnya, tindakan penyanyi tersebut telah mencetuskan gelombang tindak balas antara dengan peminat dan pengkritik mengenai dakwaan Islamofobia.

Namjoon yang sering berkongsi lagu kegemarannya bersama peminat menerusi laman Instagram mula dibadai kontroversi apabila mendedahkan lagu Bad Religion dari Frank Ocean selaku lagu yang disukainya di aplikasi tersebut.

Kongsi Lagu ‘Islamofobia’, Ramai Gesa RM BTS Tampil Mohon Maaf Kepada Peminat

Ads

Tanda pagar #RM_Apologize_to_Muslims dengan pantas mendapat perhatian di pelbagai platform media sosial, dengan majoriti penyokong dan pengkritik pemuzik berkongsi pendapat mereka tentang isu hangat tersebut.

Lagu yang dimaksudkan,  Bad Religion merupakan sebahagian daripada album studio sulung Frank Ocean ‘Channel Orange’ pada tahun 2012 yang meneroka tema cinta tidak berbalas dan menggambarkan metafora antara keadaan emosi tersebut dan agama.

Kongsi Lagu ‘Islamofobia’, Ramai Gesa RM BTS Tampil Mohon Maaf Kepada Peminat

Ads

Pertikaian paling merisaukan para peminat adalah lirik “Allahu Akbar” yang disebut di dalam lagu tersebut dek kerana ia membawa maksud Allah Maha Besar.

Penggunaan frasa tersebut dalam konteks lagu itu telah menimbulkan kemarahan dan mendapat kritikan daripada komuniti penganut agama Islam yang menganggapnya tidak sesuai dan menyinggung perasaan.

 Baris-baris, “Dia berkata ‘Allahu Akbar’  diulangi sepanjang lagu dan telah mencetuskan perdebatan baharu tentang sensitiviti budaya dan penghormatan agama.

Ads

Para peminat juga berpendapat bahawa selaku duta UNICEF, penyanyi popular tersebut perlu lebih peka dan sensitif dengan setiap perkongsian beliau di media sosial dan elakkan dari menyiarkan lagu yang mempunyai maksud penuh kontroversi agama atau perkauman.

BACA LAGI: Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Koreaboo, Soompi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI