Seakan tetap mahu berdebat dengan jabatan netizen, penyanyi meningkat naik yang juga adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada Amzah mendedahkan dirinya mula bekerja dan meraih pendapatan sendiri sejak berusia 13 tahun.
Kenyataan itu keluarkan oleh Syada bagi membidas tuduhan warganet yang menyifatkan dirinya selama ini satu beban buat penyanyi lagu hit Khliaf Asmara itu.
Bahkan lagi, menurut Syada, dia sudah mula berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain sejak berada di bangku sekolah menengah lagi.
“Salah adik nak serang ini. Saya mula bekerja sejak berusia 13 tahun, sara diri pada usia 15 tahun,” katanya.
Ads
Penyanyi berusia 25 tahun itu turut memberitahu, dia boleh menunjukkan penyata bank kepada warganet sekiranya orang ramai mahu melihat bukti.
Pun begitu, dirinya tidak menolak, jika berbuat demikian, tuduhan riak pula akan menyusul daripada jabatan netizen.
Ads
“Betul-betul kelakar baca komen, kongsi penyata bank kata riak pula,” katanya.
Bagaimanapun ramai tidak mempercayai perkara itu sebaliknya mendakwa Syada mungkin menggunakan wang sendiri untuk keperluan peribadi namun perkara lain ditanggung Shila.
Sebelum ini, Syada mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
Ads
Shila bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut. Jelasnya, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka.
Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut. Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali, Bruno Mars mengumumkan bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September 2024.
Selepas enam tahun tidak bertandang ke sini, Bruno dijadualkan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lagu-lagu hit yang sering menjadi siulan peminat muzik di Malaysia.
Terdahulu, Bruno Mars pernah menjayakan konsert di Axiata Arena yang kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada 9 Mei 2018.
Bagi korang yang tidak sempat untuk menyaksikan kehebatan vokal serta persembahan mantap Bruno pada waktu itu, jangan risau!
Korang boleh mendapatkan tiket konsert kali ini mulai 27 Jun, minggu hadapan sempena pra-jualan untuk ahli Live Nation dari 10 pagi hingga 11.59 malam. Sementara itu, jualan am pula akan dibuka pada 28 Jun, Jumaat mulai 10 pagi menerusi laman sesawang Go Live.
Buat masa ini, penganjur masih belum menguar-uarkan harga tiket bagi setiap kategori yang ditawarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan pasangan merpati dua sejoli Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. Duo selebriti yang mengikat tali pernikahan pada Februari lalu telah mengumumkan di Instagram bahawa mereka sedang menantikan cahaya mata sulung mereka yang sudah berusia 6 bulan dalam kandungan.
Menurut Aiman menerusi status Instagramnya, “So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah”. Manakala Zahirah pula membuat hantaran dengan status, “6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you.”
Bersama hantaran di Instagram, kedua-dua mereka memuatnaik gambar imbasan ultrasound cahaya mata mereka.
Mesti comelkan anak yang bakal dilahirkan nanti, sama cantik seperti ibunya, sama kacak seperti bapanya. Kalau nak tahu Zahirah pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja cantik kan?
Kami di pihak Remaja yang sejak dari dulu menyaksikan perkembangan kedua-dua selebriti ini dalam dunia seni mendoakan agar Zahirah menjalani proses melahirkan yang menyenangkan nanti dan kedua-dua ibu dan anak selamat. Amin.
Kredit Foto: Instagram Zahirah Macwilson & Arkib Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu lagi berita gembira buat penyanyi kesayangan ramai dan juga rakyat Malaysia.
Buat kali pertama dalam sejarah industri muzik tanah air, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal terpahat di Walk Of Fame berkenaan sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia lain.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan nama Tokti sempat berkongsi berita kegembiraan ini di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah posting mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat-peminat yang sentiasa ada ketika waktu susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Untuk info, tahun ini Adelaide Festival Centre Walk of Fame di Australia bakal memahat tiga nama seniman tersohor sebagai tanda penghargaan atas persembahan terbaik pada tahun 2019.
Pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas Adelaide Festival Centre sejak ia mula dibuka pada tahun 1973.
Rata-rata warga meluahkan rasa gembira dan bangga dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini.
Alhamdulillah, congrats Tokti dari majalah Remaja. Rezeki adik Aafiyah ni…hehe
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...