Ramai menyedari bahaya nikotin. Bukan saja meningkatkan risiko terkena kanser paru-paru dan mulut tetapi kajian mendapati penagihan terhadap nikotin boleh mengakibatkan mati pucuk, merosakkan sel-sel otak, penyakit jantung dan ereksi serta banyak lagi.
Bila menyedari bahaya nikotin ini, ramai beralih memilih rokok elektronik iaitu vape yang sangat popular di negara ini kononnya ia bebas dari nikotin. Cecairnya didakwa selamat serta tidak membahayakan tidak seperti rokok.
Baca perkongsian ditulis oleh Dr Suhazeli dari Medical Mythbusters Malaysia dan disiarkan laman fb Public Health Malaysia ini mengenai vape yang mana membuatkan ramai remaja khususnya yang masih bersekolah tertipu tentang kandungan nikotin di dalam vape. Lebih menakutkan ada cairan vape diletakkan ganja.
REMAJA TERTIPU
Sedih apabila lihat kedai vape makin bercambah di semua lokaliti seluruh negara. Walaupun majlis fatwa telah pun mengharamkan vape sejak 21 Disember 2015 lagi, tetapi para peniaga masih lagi ingkar dengan hukum [1].
Bahkan Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan lagi bahawa pengharaman menghisap vape bukan semata-mata kerana nikotin tetapi kerana kesan terhadap attitude atau sikap, tasyabbuh atau peniruan dengan budaya bukan Islam [2]. Justeru, perbuatan itu ditinggalkan berdasarkan kaedah Saddu al-Dzarīʿah.
Namun dari sudut akta kawalan tembakau, Setelah isu pengharaman itu meletus, segelintir dari peniaga mula bersandarkan kepada Akta Kawalan Tembakau 2004.
E-cigs di negara kita tiada satu akta yang mengikat kecuali Akta Racun 1952. Jika ianya diaktakan, pengedaran, penjualan dan penggunaan e-cigs mestilah dalam jumlah yang standard dan dikawal selia dengan ketat. Ini kerana nikotin tulen sudah terbukti merbahaya dalam jumlah/dos tertentu.
Penjualan vape juga menggunakan akta pengawalan rokok, selain Akta Racun 1952, ianya termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.
Ini menjadikan penjualan, pengedaran dan pengambilan rokok terselia dalam dos nikotin yang terkawal secara ketat. Begitu juga dengan Terapi Gantian Nikotin yang digunakan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi di dalam dos yang tetap dan dikawal selia.
Apa yang berlaku setelah 4 tahun isu ini berlegar?
Para peniaga mula tidak mengistiharkan jumlah racun nikotin yang terdapat dalam cecair vape yang dijual. Kononnya cecair tersebut bebas nikotin, tetapi mereka menambahnya tanpa disedari.
Lihat pendedahan kajian yang dibuat oleh pengkaji Universiti Stony Brooke New York ini. Kajian mendapati remaja yang berumur 12-21 tahun positif air kencing mengandungi nikotin. Walaupun label cecair vape yang dijual adalah bebas nikotin, 40% remaja berkenaan positif air kencing. Amat mengejutkan kita juga bahawa terdapat di sesetengah penyediaan cecair vape tersebut dicampur dengan ganja [3].
Kajian itu juga mengesahkan kandungan nikotin lebih tinggi dalam vape jenis baharu pod-mod dan seumpamanya.
Nikotin adalah dadah yang menjadi ketagih. Jika hanya asap vape yang disedut, para penagih vape tidak akan merasai ‘feeling’ dalam mendapatkan keseronokannya. Tetapi padah menanti di kemudian hari. Remaja sudah tertipu.
“Benda boleh tipu, buat apa nak istihar” – Matma Gani
Sekian dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
24.4.2019
Kuala Terengganu
Pautan
[1] Fatwa Vape. http://www.islam.gov.my/…/33-bahagian-pengurusan-fatwa/206-…
[2] Irsyad Al Fatawa 63. http://www.muftiwp.gov.my/…/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukum-p…
[3] Vape di campur Nikotin. https://www.nbcnews.com/…/vaping-teens-exposed-much-nicotin…