Setelah hype dan promosi meluas oleh pengamal media antarabangsa, kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink akhirnya menjayakan konsert atas talian pertama mereka pada tengah hari tadi.
Konsert yang digelar ‘The Show’ ini seharusnya menemui peminat pada bulan Disember lalu. Namun disebabkan oleh beberapa insiden kes positif COVID-19 yang membelengu acara hiburan di Korea, label Blackpink iaitu YG Entertainment mengambil keputusan untuk menunda konsert tersebut sehingga ke hari ini.
Usai jam 1 tengah hari waktu Malaysia, para BLINKS sudahpun bersiap sedia di hadapan televisyen, komputer riba, tablet dan telefon pintar mereka untuk didendangkan dengan lagu popular, Kill This Love
..and we were already blown.
Seperti yang ramai jangkakan, YG tidak ‘lokek’ untuk berbelanja dalam bab persediaan mana-mana konsert kumpulan dii bawah labelnya.
Sebaik saja lagu kedua (Crazy Over You) dan ketiga (How You Like That – that dance number though, hot!) dipersembahkan, penulis sudah dapat mengagak bahawa konsert atas talian ini akan berjalan pantas.
Ya, adalah momen di mana Blackpink berinteraksi bersama penonton, Lisa mengucapkan hi kepada ibu bapanya di Thailand, keempat-empat ahlinya mengingati semula konsert pertama yang mereka jayakan pada tahun 2018 dan beberapa lagi momen interaksi.
Ads
Namun, hampir 90 peratus intipati The Show memfokuskan kepada persembahan Blackpink. But hey, that is what we came for, right? Cumanya, penonton sedikit ‘semput’ dengan persembahan back-to-back mereka.
Blackpink meneruskan rentak cemerlang dengan lagu-lagu popular seperti Playing With Fire, Lovesick Girls, Sour Candy (OMG thank you set designer) sehinggalah ke beberapa persembahan kegemaran penulis seperti Pretty Savage dan Love You To Hate Me.
Bahagian rap Lisa menerusi Love You To Hate Me misalnya masih menjadi salah satu muat naik popular yang tular di media sosial. She just perfected it with that eye rolls at the end.
Sudah tentu, BLINKs ternanti-nantikan persembahan solo ahli Blackpink. Di sinilah momen di mana masing-masing selesa untuk ‘menjadi diri sendiri’ dan benar-benar menguasai kreativiti serta identiti diri selaku penghibur.
Ads
Penulis harus mengucapkan tahniah kepada Jennie sebaik saja penghibur berusia 25 tahun menamatkan persembahan SOLO, hari ini
I literally stood up and gave her an applause. Ini merupakan persembahan terbaik SOLO yang pernah Jennie jayakan selain daripada di Coachella 2019. She just had fun with the rap addition dan apabila seorang penghibur berada dalam elemennya tersendiri, tiada apa yang dapat menghentikannya.
Sudah tentu, kita semua menghargai momen Lisa yang menari sambil menyanyikan lagu Say So nyanyian original Doja Cat. Dia mengingatkan penulis kepada ahli Wonder Girls dengan kostum tersebut. Sementara itu, Jisoo berjaya menonjolkan emosinya sebagai seorang vokalis (dan pelakon) menerusi lagu nyanyian Tove Lo, Habits.
Tumpuan penuh terarah kepada Rosé apabila buat pertama kalinya, single solo pertamanya berjudul GONE akan didengarkan kepada BLINKs di seluruh dunia. And what a beautiful moment that was.
Blackpink menyudahkan konsert The Show dengan lagu-lagu kegemaran ramai, Ddu DU Ddu Du, Whistle, Bombayah dan Forever Young.
Ads
Jadi persoalannya, adakah konsert atas talian kali ini mencapai jangkaan luar biasa yang diletakkan pada bahu YG Entertainment dan Blackpink ataupun tidak?
Secara peribadinya, mereka amat memuaskan hati peminat dari aspek visual. Set pentas, klip video dan pakaian mereka menepati standard yang telah diletakkan YG selama ini.
Beberapa perubahan tempo, penambahan babak, bait nyanyian serta rap dan bahagian tarian ekstra amatlah kami hargai. Ia membuatkan Blackpink tampil segar walaupun mereka menyanyikan beberapa lagu yang telah berusia hampir 4 tahun.
Adakah penulis kecewa apabila mendapati Ice Cream dan Bet You Wanna tidak dimasukkan ke dalam senarai trek persembahan hari ini? Ya. Lebih-lebih lagi lagu Bet You Wanna. Ia merupakan salah satu daripada lagu kegemaran ramai daripada album penuh tersebut. Seperkara lagi, penulis sebenarnya amat mengharapkan agar trek Love You To Hate Me dikekalkan seperti ritma asal.
BAGAIMANAPUN, kesemua itu tidak sama sekali merencatkan sejam tontonan The Show.
Kesimpulannya, ia merupakan sebuah konsert atas talian yang padu. Blackpink telah membuktikan bahawa mereka bukanlah grup perempuan yang hanya bergantung harap kepada populariti, dunia glamor, pakaian berjenama dan hype picisan.
Mereka telah mengotakan jangkaan menggunung para peminat dan jujur, I think they have exceeded our expectation this time around.
Filem yang dinanti-nanti, sekuel kepada Train To Busan sudah pun mengumumkan tarikh tayangan perdana di Korea Selatan pada 15 Julai 2020.
Dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won, pengarah Yeon Sang-Ho sebelum ini telah menggambarkan bahawa sekuel ini lebih berskala besar dan lebih mendebarkan.
Filem ni menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat yang berhasil melarikan diri daripada wabak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Tak sabar nak tahu tarikh tayangan Peninsula di Malaysia pula!
Apa-apa pun teruskan mengikuti SOP yang diarahkan oleh pihak pawagam yang dijadualkan akan beroperasi bermula 1 Julai nanti.
Sudah menjadi kebiasaan apabila golongan wanita dilihat gemar membeli pelbagai jenis barangan, tidak kiralah sama ada pakaian, tas tangan atau pun makanan.
Setiap hari ada sahaja parcel yang akan tiba di rumah dek kerana mereka sukar untuk menghilangkan aktiviti membeli secara online ini.
Lain pula yang berlaku di luar negara, kerana terlalu obses membeli-belah secara online, seorang suami telah memberikan surprise di hari ulang tahun kelahiran isterinya dengan menghadiahkan kek yang berupa seperti kotak parcel.
Emily McGuire mengakui bahawa dirinya sering berbelanja di Amazon dan gampir setiap hari, dua atau tiga buah kotak Amazon akan tiba dirumahnya. Kadangkala, dia terpaksa menyembunyikan daripada suaminya (Mac) itu.
Disebabkan hal tersebut, Mac terfikir untuk memberikan kejutan di hari lahir isterinya.
Kek yang ditempah mempunyai persamaan ketara dengan kotak Amazon, sekali dengan shipping label lagi. Hiks!
Rata-rata netizen di media sosial memberikan pujian tentang idea kreatif suaminya itu dan Emily sendiri tidak menyangka bahawa gambar keknya itu menjadi tular kira-kira setahun yang lalu.
Memang kreatif. Rasanya korang juga boleh jadikan idea ini untuk surprise kan kawan-kawan korang yang suka sangat shopping online. Hiks!
Hasilnya, beberapa pemimpin yang telah menerajui tampuk kerajaan sejak 2018 kini perlu memberikan laluan kepada pemimpin baharu di kementerian masing-masing.
Tinjauan di media sosial sejak pertengahan minggu ini menunjukkan betapa rakyat mampu untuk membezakan di antara pemimpin yang benar-benar ikhlas bekerja dan pemimpin yang sekadar bermain dengan agenda politik.
Kepada 7 orang pemimpin ini, rakyat mengucapkan TERIMA KASIH atas usaha yang telah kalian lakukan. Ini adalah penghargaan REMAJA buat mereka.
Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia ini cukup hebat dan melakar sejarah terutamanya untuk wanita di Malaysia.
Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, warga kementerian yang dipimpin beliau tahu betapa dedikasinya masa dan tenaga yang diluangkan oleh beliau untuk melakukan yang terbaik dalam agenda kementerian tersebut.
“Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan penghargaan saya terhadap semua orang yang telah menjalankan tugas kepada negara sewaktu saya memimpin kementerian.”
YB Hannah Yeoh (DAP)
Sama ada dalam rakyat sedar atau tidak, Yang Berhormat Hannah Yeoh tidak putus-putus memperjuangkan hak wanita, memperkasakan golongan ibu dan kanak-kanak serta memberikan galakan yang tak berbelah bahagi.
Beliau tidak seperti sesetengah ahli politik yang menanti masa untuk memuat naik posting yang boleh menimbulkan ketegangan.
“I would not do it even if I has the time because we are limited by law, by time, by politics but the Almighty isn’t. Clean hands and clean hearts matter. Saya tahu kini Putrajaya mempunyai ramai kakitangan kerajaan yang berdidikasi. Teruskan bekerja!”
YB Yeo Bee Yin (DAP)
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini selalu mengingatkan kakitangan kementerian beliau bahawa mereka memegang amanah dan tanggungjawab daripada rakyat.
Kini sarat mengandung sambil bekerja, beliau tetap positif dengan masa hadapan negara.
“Saya harapkan kita semua masih mempunyai kepercayaan pada sistem perlembagaan. Percaya jika kita lakukan yang terbaik, rakyat akan dapat yang terbaik. Tak kiralah siapa yang akan menjadi menteri selepas ini, saya harap kita (kakitangan kementerian) akan selalu ingat tagline kita ‘Own It Do It Ace It’.
Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
Dr. Dzul sedari awal sudah memperkemaskan bio di akaun Twitter beliau yang kini tercatit jawatan ‘X-Minister of Health’.
Bekas Menteri Kesihatan ini banyak berjasa menerusi kementerian yang dipacu beliau walaupun dalam tempoh 2 tahun saja. Cara Kementerian Kesihatan mengendalikan kes Covid-19 begitu teratur.
Di bawah pimpinan Dr Dzul juga, rakyat berpeluang menerima rawatan vaksin pneumococcal secara percuma dan Malaysia mempraktikkan peraturan ‘Rokok 3 Meter’ walaupun pada awalnya mendapat tentangan.
Dr Maszlee Malik (BERSATU)
Tidak Bersetuju Dengan Gabungan Baru
Bekas Menteri Pendidikan ini kekal dengan prinsip dan integriti tidak kiralah tentangan yang beliau terima sepanjang kepimpinan.
Sebelum melepaskan jawatan pada awal Januari lalu, perjuangan Dr Maszlee Malik untuk warga pendidik dan pelajar di Malaysia diterima positif oleh ramai orang termasuklah isu ‘kasut hitam’ yang dipopularkan. Kini amanah yang beliau terima sebagai Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam akan cuba digalas beliau sebaik mungkin.
YB Anthony Loke (DAP)
Yang Berhormat Anthony Loke diakui telah memegang jawatan Menteri Pengangkutan dengan baik. Ya, bukan mudah untuk Kementerian Pengangkutan menyelesaikan semua isu dalam tempoh 2 tahun saja, namun menteri yang rajin melakukan ‘spot check’ secara rawak ini dilihat terus berusaha.
YB Gobind Singh Deo (DAP)
Akhir sekali tentulah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Beliau memberi sokongan dan perhatian terhadap pembangunan industri kreatif digital melalui kempen seperti MYGameOn dan aniMy.
Beliau juga menggesa TM menurunkan harga langganan Streamyx kepada pakej paling murah (RM69 untuk kelajuan 8Mbps) dan memperluaskan lagi jaringan gentian optik ke kawasan yang sebelum ini tidak mendapat liputan.
*
Siapakah lagi menteri dan timbalan menteri yang kita semua hargai?
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...