Penjualan tiket konsert Bruno Mars yang dijadual berlangsung pada 17 Sept ini, laku keras di sebalik wujud gerakan memboikot penyanyi pop antarabangsa pro-Israel itu.

Penganjur Live Nation Malaysia mengumumkan berita tersebut melalui hantaran di akaun Instagram mereka.

“Tiket kami secara rasmi sudah terjual sepenuhnya. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak berbelah anda untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bruno Mars Gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil 17 September Ini

Ads

Konsert Bruno Mars Laku Keras! 85,000 Keping Tiket Habis Terjual

Sebaik pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali itu diumumkan bakal mengadakan konsert di Malaysia pada hujung Jun lalu, namanya mengundang perhatian umum apabila dia dikaitkan sebagai penyokong Zionis.

Ads

Ramai pengguna media sosial juga bersetuju untuk memboikot penyanyi Locked Out of Heaven itu gara-gara dia tidak menunjukkan solidaritinya terhadap Palestin.

Bruno atau nama asalnya Peter Gene Hernandez berdepan ancaman boikot gara-gara akhbar dalam talian, The Times of Israel, menyiarkan artikel berjudul Pop superstar Bruno Mars declares his love for Tel Aviv in first-ever Israel show.

Ads

Sekadar info, ini bukan julung kali Bruno membuat persembahan di Malaysia. Konsert pertama penyanyi berkenaan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2011 manakala yang kedua, Bruno Mars 24K Magic pada 11 April 2018.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Live Nation

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI