Sebaik sahaja Live Nation mengumumkan penyanyi rap meningkat naik, Bunga Isme sebagai artis pembuka tirai (opening) konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour pada November depan, pelbagai komen dilayangkan di seluruh media sosial.
Ramai yang memberi respons tidak mengenalinya hingga sanggup melontarkan ayat kurang manis atau dalam erti kata lain, umpama cuba ‘membunuh’ semangat bintang berjiwa besar itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Coldplay ‘Berkampung’ 4 Malam Di Stadium Nasional Singapura Januari Ini! Peminat Dah Boleh Tarik Nafas Lega
Dalam menerima kritikan netizen, penyanyi lagu popular Intan Payung itu bagaimanapun turut menerima reaksi positif dalam kalangan peminat dan rakan artis di media sosialnya.
Rata-rata warganet tampil melayangkan ucapan tahniah selain menumpang rasa bangga atas pencapaian penyanyi berusia 23 itu.
Sekadar informasi, kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom itu mengesahkan bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Bunga Isme
Ramai Tak Sabar 11.11 Malam Ini, Jom Lihat 7 Laman Web Sale ‘Gila-Gila’
Isi Kandungan
Toggle
Malam yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, malam shopping!
Setiap tahun, tarikh 11 November pasti akan dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingin merebut diskaun hebat daripada pelbagai jenis produk.
Ibarat Boxing Day di Malaysia, ada beberapa platform atas talian yang sedang bersiap-sedia untuk menerima penangan korang merebut produk impian. Haa, siapa yang dah tak sabar-sabar tu, ini merupakan 8 buah laman web yang perlu dikunjungi sempena kempen 11.11.
01
SHOPEE
Huh, iklan Shopee featuring Phua Chu Kang ini memang dimainkan di mana-mana tempat kan! Setiap kali buka radio, TV, YouTube dan apps di telefon, mesti iklan 11.11 mereka yang akan dimainkan.
Yes, Shopee 11.11 kembali semula untuk tahun ini dan ia dijangka disambut pada skala yang lebih besar.
Lebih 1,200 jenama dan usahawan akan menawarkan potongan harga terbesar bermula sekarang sehingga 11 November nanti sempena jualan hebat platform tersebut. Malah, Shoppe juga akan menurunkan kadar perbelanjaan minimum dari RM40 kepada RM11 saja agar korang boleh menikmati penghantaran secara percuma.
Menariknya, korang juga berpeluang untuk memiliki sebuah kereta proton X50 serba baharu untuk RM1 saja! Pada 11 November ini, Shopee juga akan menyiarkan rancangan Shopee Live di saluran TV3.
Selain persembahan artis popular, korang sebagai penonton di rumah juga berpeluang untuk memenangi hadia seperti motosikal Honda Vario, jongkong emas, televisyen Samsung 65’ dan pembersih vakum Dyson.
02
ACER
Ini adalah masa terbai untuk korang dapatkan produk elektronik daripada Acer pada harga diskaun 50 peratus!
Sempena jualan 11.11, Acer menawarkan diskaun lumayan itu untuk beberapa model keluaran mereka seperti laptop Acer Aspire 3 (RM1,399), dekstop Acer Aspire C22 (RM1,899), portable projector Acer C250i, monitor K202HQL dan gaming monitor Aopen 27HC5RP 27 inci.
Haa bukan setakat tu je tau, korang pun boleh dapatkan kerusi gaming serba selesa Predator yang didatangkan dengan lengan 4D dengan potongan diskaun 50 peratus (RM659) di jualan Shopee.
Selain itu, belian korang juga akan disertai dengan baucar RM100 untuk harga yang lebih rendah.
03
SCHNEIDER Electric
Schneider Electric merupakan jenama baharu yang memperkenalkan soket elektrik (extension) bernama AvatarOn Extend yang mudah digunakan dan menawarkan plug suis yang korang perlukan sentiasa. Ia mempunyai rekaan slim dan dijamin selamat untuk digunakan.
Sempena jualan 11.11 ini, Schneider Electric menawarkan diskaun 30% untuk jenis SKU, diskaun 15% untuk AvatarOn, Easy 9 dan Trailing Socket. Bagi mana-mana produk lain, mereka menawarkan sekurang-kurangnya diskaun sebanyak 8%. Dapatkannya di Lazada.
04
VIVO
Tak mahu ketinggalan dengan musim promosi 11.11, vivo menerusi laman web Shopee menawarkan beberapa model telefon pintar mereka pada harga yang lebih murah.
Antaranya termasuklah vivo Y91C (2GB RAM + 32GB ROM – RM299, Harga Asal RM379), vivo Y50 (6GB + 128GB ROM – RM659, Harga Asal RM999) dan vivo S1 Pro (RM779, Harga Asal RM1,099). Selain itu, dengan setiap pembelian apa-apa produk Vivo menerusi platform Shopee, korang juga berpeluang untuk mendapatkan baucar diskaun bernilai setinggi RM70.
05
SAMSUNG
Setiap tahun, jenama dari Korea Selatan, Samsung pasti tidak akan mengecewakan peminat gajet keluaran mereka setibanya promosi 11.11. Pada tahun ini menerusi platform Lazada, Samsung menawarkan diskaun sehingga 50 peratus. Bukan itu saja, korang boleh merebut flash sale Samsung yang akan berlangsung dari 12 tengah malam hingga 2 pagi pada malam ini.
Antara promosi yang ditawarkan adalah penurunan harga untuk model Galaxy A01 Core (RM329 menjadi RM199), Galaxy M31 (RM1099 menjadi RM799), Galaxy M51 (RM1,599 menjadi RM1,399) dan Galaxy Note10+ (RM4,199 menjadi RM2,099).
Di samping itu, korang juga boleh memperolehi diskaun sebanyak RM220 dengan menggunakan kod baucar ‘SSHA220’ apabila membuat pembelian sebanyak RM2200 atau lebih untuk barangan Samsung.
Jika Shopee mempunyai rancangan istimewa bagi meraikan 11.11, Lazada juga tidak ketinggalan. Korang boleh menonton Lazada 11.11 Super Show yang akan ditayangkan pada 9 malam ini di saluran TV3.
06
ALI BABA
Lain macam cara platform antarabangsa dari China, Ali Baba meraikan tarikh jualan 11.11 dengan menganjurkan Global Shopping Festival. Seperti yang korang tahu, pelbagai barangan ada dipasarkan menerusi Ali Baba. Tahun 2020 saja menyaksikan kenaikan jumlah barangan yang diletakkan diskaun iaitu sebanyak 2 juta produk.
07
HUAWEI
Amboi, cepat betul Huawei memulakan jualan istimewa mereka! Hehe.. Jualan 11.11 Huawei telah bermula sejak 3 November lalu di mana mereka menyediakan baucar berniali RM200 untuk produk terpilih dari sekarang sehingga 11 November kelak.
Baucar ini hanya boleh digunakan pada 11 November, esok. Selain itu, Huawei juga kini sedang memberi peluang flash sale untuk korang dapatkan barangan jenama tersebut serendah RM1.10.
Antaranya adalah Huawei Band 4 Strap (RM1.10), Huawei AM61 Sport Bluetooth Earphone (RM11), Huawei Mate 20 (RM110), Huawei nova 3i (RM110) dan banyak lagi.
Wanita Ini Kongsi Barangan Yang Dibeli Secara Online Untuk DIY Makeover Bilik Tidur
Siapa sahaja yang tidak suka melihat kediaman mereka kemas tersusun dengan barangan hiasan yang menarik. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kalau nak rumah cantik, maka perlulah mengeluarkan duit yang banyak.
Nah, siapa kata korang perlu berbelanja besar? Jika pandai buat pilihan, ada banyak kedai hiasan yang menjual barangan jauh lebih murah daripada yang korang sangka.
Nak makeover rumah ni bukan hanya perlu pandai cari barang, tetapi effort pun kena ada ya.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook ini, Syeril Amran telah berkongsi deko ubahsuai bilik tidurnya di page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY dan rata-rata ahli kelab tersebut memuji kekemasan dan kecantikan yang telah diubahsuai oleh wanita itu sendiri.
Cantik kan?
Disebabkan ramai yang bertanyakan dimana barang-barang yang dibelinya untuk makeover bilik tidur tersebut, Syeril telah pun berkongsi info tentang barangan yang dibeli secara online dan juga kebanyakannya di Kaison.
Jom kita lihat perkongsian daripada Syeril Amran ini.
1. Ini lampu DIY dekat cermin yang ramai orang tanya. Lampu ini jenis plug dan bukannya bateri
2. Ada yang tanya, orang berbadan besar boleh duduk ke? Katanya, boleh saja
3. Letter board ni ada bagi banyak sangat huruf, jadi korang letaklah ayat apa yang korang nak
4. Artificial dried cotton plant
5. Cadar ini agak see through, mungkin sebab pemilihan warna. Boleh pilih warna gelap sikit kalau tak nak nampak jarang atau boleh pakai mattress cover
6. Syeril menggunakan pokok hidup, ada 3 design kalau tak silap
7. Ini seller Malaysia pun ada jual tapi sebab nak murah Syeril cari seller dari overseas
8. Beli karpet ni kena sabar sebab nak tunggu sampai agak lambat
9. Coffee table
10. Ada yang cakap lalang, ada yang cakap pampas
11. Lampu ni agak kecil tapi comel
12. Antara barangan yang paling mahal dalam bilik Syeril tapi inilah yang paling murah dan berkualiti yang dia dapat cari
13. Disebabkan saiznya kecil, Syeril drill sahaja di dinding untuk letak pokok-pokok kecil
14. Cermin ini dibeli dari Eg Shah Devossa
15. Storage basket
Memang kemas dan tersusun make over bilik tidur yang dilakukan oleh Syeril Amran ini. Paling penting, barangan hiasan yang dibeli juga tidak terlalu mahal dan berbaloi. Kalau nak tip berbelanja, korang boleh beli barangan tersebut sedikit demi sedikit, jadi tak terasalah keluar duit sekali gus kan?
Sumber: Syeril Amran
Audra Mari, Miss World USA 2016 Yang Berjaya Menawan Hati Josh Duhamel
Bintang terkenal Josh Duhamel baru sahaja mengumumkan yang dia sudah bertunang dengan kekasih hati, Audra Mari dalam satu hantaran di laman Instagram. Dia sebelum ini merupakan suami kepada Fergie sebelum mereka berpisah pada 2017 dan rasmi bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang anak lelaki yang kini sudah berusia 8 tahun.
Mula mengenali Audra pada tahun 2019, percintaan mereka bukanlah rahsia kepada umum. Namun begitu ramai yang tidak tahu siapakah sebenarnya sosok yang berjaya mencuri hati bintang Transformers itu.
Jarak usia sebanyak 22 tahun bukanlah satu isu besar bagi pasangan bahagia ini. Josh berusia 50 tahun manakala Audra pula baru berusia 28 tahun. Namun begitu mereka tampil sepadan bagai pinang dibelah dua. Josh yang terkenal dengan ketampanannya nampak sajak di samping Audra yang merupakan veteran dalam arena ratu cantik.
Jadi siapakah Audra sebenarnya? Jom kita lihat beberapa fakta tentang wanita ini.
- Audra merupakan Miss World USA 2016, dia mewakili Amerika Syarikat dalam pertandingan Miss World 2016 dan berjaya berada dalam kelompok 11 terbaik.
BACA JUGA: Menarik & Menawan, Ini 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati!
- Sebagai peserta Miss World dari benua Amerika yang berada dalam kedudukan kedua selepas Miss Puerto Rico yang menyandang gelaran juara. Audra dinobatkan sebagai Miss World Americas dan turut serta dalam aktiviti anjuran organisasi tersebut usai pertandingan bagi edisi 2016.
- Sebelum bergelar Miss World USA, Audra merupakan peserta pertandingan Miss Teen USA dan juga Miss USA pada tahun 2011 dan 2014. Dalam kedua-dua pertandingan tersebut dia berada di kedudukan naib juara.
- Walaupun bergelar ratu cantik, dia juga memiliki masalahnya tersendiri. Dia merupakan mangsa buli dan sangat lantang memperjuangkan isu ini agar tidak berlaku kepada individu lain. Berkongsi tentang pengalaman dibuli di sekolah menengah, dia percaya jika semua pihak berganding bahu, budaya buli boleh dihapuskan.
BACA JUGA: Andina Julie, Gadis Asal Palembang Dipilih Sebagai Miss Grand Indonesia 2022
- Audra merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan di North Dakota State University
- Mula bernaung di bawah agensi peragaan sejak berusia 14 tahun. Kini, dia merupakan seorang hos dan juga peragawati sepenuh masa.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.