Sebaik sahaja Live Nation mengumumkan penyanyi rap meningkat naik, Bunga Isme sebagai artis pembuka tirai (opening) konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour pada November depan, pelbagai komen dilayangkan di seluruh media sosial.
Ramai yang memberi respons tidak mengenalinya hingga sanggup melontarkan ayat kurang manis atau dalam erti kata lain, umpama cuba ‘membunuh’ semangat bintang berjiwa besar itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Coldplay ‘Berkampung’ 4 Malam Di Stadium Nasional Singapura Januari Ini! Peminat Dah Boleh Tarik Nafas Lega
Dalam menerima kritikan netizen, penyanyi lagu popular Intan Payung itu bagaimanapun turut menerima reaksi positif dalam kalangan peminat dan rakan artis di media sosialnya.
Rata-rata warganet tampil melayangkan ucapan tahniah selain menumpang rasa bangga atas pencapaian penyanyi berusia 23 itu.
Sekadar informasi, kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom itu mengesahkan bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Bunga Isme