Konsert ‘EXO Planet # 5 – EXPLOration’ Tanpa D.O Dan Xiumin

Share

Berita sedih buat peminat-peminat KPOP EXO.

Seorang lagi ahli kumpulan itu bakal menjalani khidmat ketenteraan bermula 1 Julai ini. Berita ini sangat mengejutkan EXO-L (Kelab peminat EXO). Do KyungSoo atau D.O yang berusia 26 tahun itu berpeluang untuk menangguhkan perkhidmatannya sehingga tahun 2021, namun setelah melihat salah seorang ahli Xiumin bakal meninggalkan grup itu buat sementara waktu demi menjalani khidmat ketenteraan, dia membuat keputusan untuk segerakan perkhidmatannya tahun ini.

Tidak lama selepas berita ini tersebar, D.O mengeluarkan satu tulisan tangan di Fancafe (gelaran laman rasmi kelab peminat di Korea) pada 30 Mei yang diterjemahkan dalam bahasa melayu seperti di bawah:-

Hello, ini adalah D.O. daripada EXO.

EXO-L, berita ini pasti mengejutkan anda semua kan? Saya mahu menjadi yang pertama menyampaikan berita ini meskipun berat bagi saya.
Surat ini adalah untuk memberitahu anda bahawa banyak perbincangan dan pertimbangan telah dibuat untuk keputusan ini. Saya akan kembali [selepas berkhidmat] dengan sihat dan selamat.

Saya berterima kasih kepada EXO-L, yang sentiasa menyokong, dan saya harap anda akan sentiasa sihat dan melalui hari-hari yang indah.
Saya akan menjaga diri dengan baik dan kembali kepada anda dalam keadaan sihat sejahtera.

Terima kasih.

SM Entertainment syarikat yang menjaga gurp EXO mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan tersebut bakal mengadakan jelajah konsert kali ke 5 dengan bertemakan ‘EXO Planet # 5 – EXPLOration’ di Seoul! Album ke 5 kumpulan ini iaitu Don’t Mess Up My Tempo dan album repackaged Love Shot turut dipersembahkan tanpa Xiumin dan D.O kerana mereka telah mula menjalani perkhidmatan ketenteraan.

EXO-L jangan sedih-sedikh ok? Kita doakan semoga oppa-oppa ni selamat pergi dan selamat kembali.

Published by
Maya