Penyanyi meningkat naik yang juga selaku pengarah Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024, Danial Chuer sempat berkongsi persediaannya menjelang hari konsert yang berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, pada hujung minggu ini.
Menurut Danial, selain penjagaan kesihatan, pemilihan dan susunan lagu juga menjadi tumpuan utama dalam persediaan agar konsert tersebut berjalan lancar.
“Bagi persediaan sekarang, saya cuma betul-betul menjaga kesihatan saya, memilih dan mengatur lagu. Untuk konsert ini yang mana saya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai pengarah, ‘hectic’ itu adalah lain.
“Persediaan itu banyak, bermula dengan kertas kerja, pemilihan lagu, pemilihan pemuzik dan sebagainya. Secara asasnya, ia datang daripada saya dan juga penasihat-penasihat saya. Bagi konsert ini juga, kita akan tampilkan lapan penggubah original yang iaitu penggubah oleh para pelajar kita sendiri.
“Dan lagi tujuh lagu lagi adalah daripada lagu mainstream yang sedia ada yang akan diberi nafas baharu dari segi susunan muzik. Pada malam itu, kita nak tunjukkan juga sisi lain muzik itu sendiri,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, sepanjang bergelar pelajar, penyanyi lagu hit Erti Sempurna itu turut mendedahkan konsert pada kali ini adalah berbeza daripada persembahan yang pernah dilakukannya sebelum ini kerana bukan sahaja dihadiri para pelajar UiTM, namun dibuka juga buat pencinta muzik di luar sana.
“Sejujurnya saya sangat bangga apabila saya sebagai salah seorang penyanyi yang bakal melakukan persembahan nanti. Konsert kali ini berbeza dengan persembahan yang pernah saya lakukan sebelum ini kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan menerusi satu pentas.
“Di peringkat UiTM, ini bukan pertama kali saya mengendali program seperti ini, kiranya adalah beberapa kali juga. Cumanya, konsert kali ini sasaran audiens kita berbeza. Jika sebelum ini kita hanya tumpukan buat para pelajar UiTM dan IPTA yang lain tetapi pada kali ini kita buka juga kepada umum.
Ads
“Semestinya untuk Filomuzika: Kaleidoscope 2024 ini, saya nak tarik lebih ramai lagi untuk hadir ke konsert ini selain tujuan kami mengadakan konsert ini adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat para pelajar dalam pembikinan dan sususan lagu ini,” tuturnya panjang.
Akhir bicara, bekas peserta Big Stage itu menitipkan harapan agar konsert berkenaan dapat membuka lebih ramai lagi mata-mata di luar sana mengenai jurusan mereka yang bukan hanya sekadar mencipta dan menggubah lagu.
Sekadar informasi, College of Creative Arts (CCA) and the Society of Music Composition Students (MCS) mempersembahkan Konsert Filomuzika: Kaleidoscope 2024 pada 5 dan 6 Januari ini yang bakal berlangsung di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Ads
Lapan ‘Original Compositions’ yang ditulis oleh pelajar-pelajar Music Composition dan tujuh Mainstream Songs bersama susunan muzik baharu akan dipersembahkan di Konsert #Kaleidoscope2024.
Selain Danial, penyanyi yang turut melakukan persembahan ialah Aisha Retno, Afiq Adnan, Ash Fasryll dan ramai lagi dan Majalah Remaja sebagai rakan media rasmi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya korang sangat mengenali suara ngilai dan susuk yang menakutkan yang sering menghiasi muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.
Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.
Namun, ada berita tidak baik untuk peminat Mak Lampir ini apabila beliau dikhabarkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini pada usia 68 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
Mak Lampir atau nama sebenarnya, Farida Pasha juga merupakan pelakon popular di Indonesia. Pernah memegang watak dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga Farida Pasha dan Al-fatihah buat pelakon ini.
Dalam setiap hubungan suami isteri pastinya kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap rumah tangga. Tangis dan ketawa si kecil pasti menceriakan mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Itulah yang yang sesuai diumpamakan kepada pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad kini berbadan dua. Mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya, dapat dilihat kegembiraannya bersama suami yang juga selebriti, Raja Syahiran menerusi gambar yang dimuat naik.
Berlatarkan Masjid Hagia Sophia yang terletak di Turki, jejaka berusia 29 tahun itu merapatkan telinga ke perut isterinya dan mereka masing-masing menguntum senyuman manis.
“Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina. InshaaAllah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant! Syukur pada-Mu Ya Allah. Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” ujar Uyaina penuh kesyukuran.
Menyifatkan kandungannya sebagai satu perkara paling manis yang berlaku di dalam fasa kehidupan terutamanya pertama kali menempuh Ramadan sebagai suami dan isteri, Uyaina turut memohon doa orang ramai.
Pengacara tetap rancangan bual bicara Wanita Hari Ini berkata, “Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibubapa.”
Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan penikahan pada 21 Disember tahun lalu bertempat di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita yang menggemparkan peminat Kpop apabila dua orang ahli iKON iaitu Jinhwan dan Junhoe dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi tadi.
Menurut laporan eksklusif daripada Kyungnam Domin, pada jam 3.40 pagi waktu Korea, sebuah van yang dinaiki Junhoe dan Jinwhan tergelincir di jalan yang lincin menyebabkan kenderaan tersebut merempuh tembok. Kedua-dua anggota iKON dan pemandu van dilaporkan cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pemandu van tersebut kini dalam siasatan kerana dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol. Polis percaya bahawa kemalangan itu disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan dan sedang menyiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, agensi mereka iaitu YG Entertainment masih belum lagi memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.
Di laman sosial, rata-rata peminat kumpulan iKON bimbang tentang kondisi Jinwhan dan Junhoe dan mereka berasa lega apabila mengetahui idola mereka hanya cedera ringan.
Malah, ada yang terlebih concern dan menyalahkan YG Entertainment serta mahu pemandu tersebut diberhentikan kerana bimbang keadaan yang sama berlaku lagi.
Sudah tentu peminat setia kumpulan iKON risau tentang keselamatan ikon mereka. Diharap Jinwhan dan Junhoe lebih berhati-hati selepas ini.
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...