Penyanyi dan penulis lagu Amerika Ari Leff, lebih dikenali sebagai Lauv, sepatutnya berlabuh di Kuala Lumpur akhir tahun ini. Namun, angan-angan peminatnya untuk melihat persembahan tersebut hancur lebur apabila pihak Live Nation mengumumkan jelajahnya ke Malaysia telah dibatalkan.
April lalu, Lauv secara rasmi mengumumkan jelajah Asianya, The Between Albums Tour, yang dijadualkan berlangsung antara Ogos hingga September tahun ini.
Melangkah ke pelbagai destinasi di seluruh Asia, Lauv dijadualkan memulakan jelajahnya pada 19 Ogos di Tokyo, Jepun dan akan melawat lokasi lain seperti Hong Kong, Bangkok, Seoul, Taipei, Jakarta, Singapura, Manila, dan sudah tentu , Kuala Lumpur.
Pada mulanya konsert tersebut hanya dijadualkan untuk satu malam sahaja, namun dek kerana permintaan ramai, penyanyi itu akhirnya melanjutkan kehadirannya dengan menambah satu lagi tarikh tambahan di Kuala Lumpur.
Ads
Namun, nampaknya persembahan di Plenary Hall KLCC itu tidak akan berlangsung dek kerana ianya telah diumumkan batal menerusi hantaran emel dari pihak penganjur kepada para peminat yang sudah membeli tiket konsert tersebut.
Tangkap layar emel dari pihak Live Nation berkaitan isu pembatalan konsert jelajah tersebut.
Majoriti peminat meluahkan kekecewaan mereka di laman media sosial dan membuat spekulasi bahawa pembatalan konsert tersebut dek kerana insiden penuh kontroversi band The 1975 di Good Vibes Festival baru-baru ini.
Tambahan lagi, Lauv tampil mengumumkan identiti seksualnya sebagai seorang biseksual dalam perkongsian TikTok bulan lalu dengan mengatakan, “Apabila anda berpacaran dengan seorang gadis tetapi anda juga mempunyai perasaan terhadap lelaki.”
Ads
Awal minggu lalu, penyanyi “Paris In The Rain” itu turut berkongsi tentang seksualitinya dengan lebih terperinci di laman Youtube.
Seperti yang anda ketahui, Malaysia mempunyai undang-undang LGBTQ+ yang ketat dan telah melarang beberapa ‘queer artist’ daripada membuat persembahan di negara ini terdahulu.
Namun sehingga kini tiada penjelasan jelas dari pihak Live Nation selaku penganjur tentang sebab utama pembatalan jelajah konsert tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Live Nation
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin bagi kebanyakan daripada korang mengenali gaya rambut dreadlock menerusi penyanyi-penyanyi legenda seperti Bob Marley. Tapi adakah korang tahu bahawa gaya rambut dreadlock ini sebenarnya merupakan tradisi dan amalan bagi penganut Rastafari?
Rambut dreadlock juga cukup sinonim dengan muzik reggae seperti digayakan oleh penyanyi legenda, Bob Marley.
Tapi apa itu Rastafari? Ia merupakan agama, gaya hidup dan gerakan sosial yang wujud di negara Jamaica. Dan salah satu amalan yang diamalkan oleh penganutnya ialah menggayakan rambut dreadlock.
Di United Kingdom seorang remaja berusia 13 tahun telah memenangi kes mahkamah terhadap sekolahnya yang mengharamkannya untuk menggayakan rambut begitu.
Menurut laporan Mirror remaja tersebut, Chikayzea Flanders diberitahu oleh pihak sekolahnya yang dia telah melanggar peraturan serta polisi sekolah pada hari pertama persekolahannya di Fulham Boys School, London pada tahun lalu.
Namun ahli keluarganya yang merupakan pengalam setia Rastafari memfailkan kes ke mahkamah kerana mendakwa pengharaman atau larangan itu sebagai tindakan diskriminasi terhadap amalan serta budaya mereka.
Ibunya, Tuesday Flanders telah membuat aduan rasmi kepada pihak sekolah namun tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan mereka. Merasakan ia sebagai satu larangan yang bersifat diskriminasi dia telah mendapatkan bantuan guaman yang dibantu oleh Equality and Human Rights Commission.
Pihaknya mengkritik serta tegas mengatakan bahawa pelaksanaan polisi sebegitu merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap amalan dan kepercayaan Rastafari.
Disebabkan kes ini, pihak sekolah tersebut dilaporkan telah mengubah dasar polisi mereka terhadap rambut dreadlock. Pihak sekolah juga perlu membayar segala kos guaman dan juga pampasan terhadap keluarga remaja tersebut. Turut ditegaskan bahawa kakitangan sekolah juga perlu diberikan kebebasan sama.
Sumber: Ladbible
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya individu berkaca mata saja yang faham macam mana rasanya jika cermin mata mereka mula dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata paling sensitif, kotor sikit saja mulalah pandangan si pemakai rasa tak selesa dan terganggu.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah, ada satu petua yang korang boleh cuba. Caranya mudah saja dan menggunakan bahan yang confirm ada di rumah juga, iaitu ubat gigi.
Ubat gigi boleh menghilangkan kotoran seperti cap jari dan kesan calar yang tidak serius.
Caranya mudah saja, sapukan ubat gigi secara perlahan-lahan pada cermin mata dan bilaskan dengan air.
Selain itu , baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada cermin mata. Campurkan sedikit baking soda dengan air, dan sapukan hingga rata pada cermin mata.
Kemudian, bilas dengan air bersih.
Mudah je rupanya nak hilangkan kotoran pada cermin mata ni. Tak perlu guna modal yang banyak pun. Memang berbaloi!
Kalau nak tengok hasilnya, boleh tonton video ini..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata filem karyawan negara kita tidak mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa?
Buktinya, empat kategori signifikan telahpun dimenangi oleh beberapa filem yang menampilkan bakat dari Malaysia di anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) 2020 beberapa hari yang lalu.
Ia adalah menerusi filem yang diiktiraf ramai sebagai di antara filem terbaik tahun lalu, The Garden of Evening Mists, siri animasi original, Lamput dan juga drama bersiri antologi original berjudul Food Lore.
Jom lihat siapakah gerangan pemenang yang telah mengharumkan nama Malaysia di anugerah tersebut.
Yeo Yann Yann
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon kelahiran Malaysia ini menerima anugerah tersebut menerusi filem Invisible Stories yang melalui proses penggambaran di Singapura.
Invisible Stories menceritakan mengenai kisah rakyat yang menetap di kawasan perumahan estet berbilang kaum di Singapura. Yann Yann membawakan watak seorang ibu tunggal yang berdepan masalah kewangan sambil cuba untuk membesarkan seorang anak lelaki berusia 19 tahun yang menghidapi simptom autism.
Selepas kematian neneknya, remaja lelaki tersebut terus-menerus menunjukkan tindak-tanduk agresif.
The Garden of Evening Mists
Filem Terbaik
Filem ini merupakan di antara beberapa filem terakhir yang sempat untuk melakukan tayangan perdana besar-besaran di Malaysia sebelum negara dilanda musim pandemik dan segala jenis promosi ditunda atau dibatalkan. Ia mengisahkan tentang dua orang adik-beradik perempuan pada musim perang dunia kedua di Malaya.
Mengambil tempat di Cameron Highlands, Teoh Yun Li menemui pereka landskap berdarah Jepun, Nakamura Aritomo dan mula berlatih dengan lelaki tersebut untuk membina laman Jepunnya sendiri.
Lamput
Program Kanak-Kanak Terbaik
Ini bukanlah kali pertama Lamput memenangi kategori ini, ia adalah kali KETIGA ia berjaya merebutnya! Lamput dihasilkan oleh studio animasi tempatan, Inspidea dan ditayangkan di saluran Cartoon Network.
Takuti Saitoh – Food Lore: Life In A Box
Pengarah Terbaik (Fiksyen)
Food Lore merupakan siri drama yang banyak berkisarkan subjek makanan menarik Asia.
Dalam episod berjudul Life In A Box yang diarahkan oleh Takumi Saitoh, ia menceritakan tentang pertemuan penulis buku bergambar yang baru saja bergelar duda, anak perempuannya dan seorang bekas penggusti semasa dalam perjalanan menaiki kereta api dari Tokyo.
Mereka kembali mengingati momen lama yang menerbitkan rasa nostalgia, memori dan kisah cinta. Episod ini menampilkan Miller Khan dan ditayangkan di saluran HBO.
*
Ramai sebenarnya anak kelahiran Malaysia yang berbakat dan diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. Contohnya seperti pengarah, pelakon dan YouTuber, Syahmi Sazli yang baru saja diiktiraf oleh FINAS sebagai Ikon Pengarah Muda negara.
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Liana Rosli yang lebih mesra dengan panggilan Kak KM dalam kalangan pengikutnya berkongsi mengenai keadaan anaknya, Nabila Razman yang kini...