
Mungkin ramai diantara kita yang memikirkan adalah mustahil untuk menghadiri konsert dalam masa terdekat ini ekoran wabak pandemik COVID-19 yang belum beransur pulih.
Namun, tidak ada yang mustahil kerana kumpulan rock Amerika Syarikat, The Flaming Lips masih lagi berani mengadakan konsert dengan mengetengahkan idea mereka sendiri. Penonton yang hadir perlu berada dalam space bubble plastik lutsinar sepanjang konsert.

Ha, macam menarik kan?
Kumpulan rock tersebut mengadakan dua konsert pada hujung minggu lalu di Oklahoma dengan penonton menimati muzik mereka dalam space bubble tersebut.
Setiap pertunjukkan boleh menampung kira-kira 100 bubbles dan ahli kumpulan mereka turut sama beraksi dalam gelembung lutsinar itu juga.
Konsep ini adalah idea daripada ahli kumpulan mereka sendiri, Wayne Coyne yang sering berguling dikhalayak ramai dengan bola zorb semasa pertunjukan pentas. Coyne juga menjelaskan, keadaan di konsert tersebut adalah lebih selamat daripada pergi ke kedai runcit.

Gelembung itu dilengkapi dengan alat pembesar suara, kipas angin, sebotol air, tuala dan papan tanda kecil yang tertulis “Saya mahu buang air” dan “Panas di sini” untuk memberi isyarat kepada petugas konsert. Petugas kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya, sama ada membawa penonton ke tandas atau mengisi udara sejuk ke dalam gelembung itu.
Penonton juga diarahkan untuk memakai pelitup muka ketika berada di luar gelembung, namun diberi kelonggaran untuk menanggalkannya apabila berada di dalam gelembung.
Ha, kalau di Malaysia buat macam ni korang berani tak nak pergi konsert? Hiks!
Sumber: BBC
Bakal Singgah Di Kuala Lumpur Disember Ini! Taeyang Hadir Meriahkan Axiata Arena Bagi Konsert Jelajah 2024 ‘ The Light Year’!

Berita baik buat peminat Bigbang dan juga penyanyi terkenal, Taeyang baru-baru ini mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah Taeyang 2024 ‘The Light Year’ di Kuala Lumpur pada 7 Disember ini.
Hal itu diumumkan sendiri oleh pelantun lagu Wake Me Up dan Darling itu menerusi media sosial pada 4 September.
Konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur itu bakal diadakan di Axiata Arena pada jam 5 petang.
TAEYANG 2024 TOUR [THE LIGHT YEAR] IN KUALA LUMPUR
◼︎ 공연 일시 (Date/Time)
2024.12.07.Sat 5PM (Local Time) @ Axiata Arena◼︎ 티켓 정보 (Ticket Info)https://t.co/rQfQCtsscL
Please stay tuned!◼︎ 일반 예매 (General Sale)◼︎ 일반 예매 (General Sale)
2024.10.07.Mon 11AM… pic.twitter.com/lpWBcLLGkm— TAEYANG (@Realtaeyang) September 4, 2024
Bagi penjualan tiket pula, peminat boleh mula membeli secara talian pada 11 pagi, 7 Oktober akan datang. Walau bagaimanapun, info lanjut mengenai harga tiket konsert tersebut masih belum rasmi dikeluarkan.
Sekadar info, Taeyang atau nama sebenar Dong Young-bae (36) merupakan ahli kumpulan K-Pop terkenal, Bigbang yang terdiri daripada lima orang anggota.
Taeyang sebelum ini pernah bernaung di bawah YG Entertainment dan terbaru dia berada di bawah pengurusan The Black Label pada tahun 2022. Antara lagu popular yang dihasilkan penyanyi itu semasa bersama The Black Label adalah ‘Shoong!’ (feat. LISA of BLACKPINK)’ dan ‘VIBE (feat. Jimin of BTS)’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
10 Pelakon Terkaya Di Dunia 2023, Miliki Pendapatan Berbilion Dolar

Percaya atau tidak, kerjaya sebagai selebriti mampu menjana pendapatan paling tinggi di dunia! Dengan populariti luar biasa maka tidak hairanlah mereka menjadi jutawan.
Jom kita lihat 10 orang selebriti dan pelakon yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia pada tahun 2023.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Individu Yang Mempunyai Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Memetik Business Connect, selain membintangi filem, selebriti dan pelakon-pelakon ini juga menjana pendapatan dalam pelbagai cara sehingga mereka berjaya tersenarai dalam pelakon yang paling kaya di dunia.
10 Pelakon Terkaya Di Dunia 2023
1. Jerry Seinfeld
Nilai Kekayaan: $950 Juta (RM4.28 bilion)

Jerry Seinfeld ialah pelakon dan pelawak Amerika yang membuat penampilannya pada tahun 1976 pada malam “Open Mic” dan “Tonight Show” pada tahun 1981. Dia mencipta komedi Seinfeld untuk NBC bersama Larry David selepas melakukan persembahan dalam rancangan khas pada tahun 1987.
Rancangan televisyennya yang diberi nama Seinfeld itu memberinya hampir semua pendapatannya musim lalu, Seinfeld berjaya memperoleh satu perempat bilion dolar.
2. Shah Rukh Khan
Nilai Kekayaan: $715 Juta (RM3.22 bilion)

Shah Rukh Khan atau lebih dikenali sebagai SRK merupakan seorang pelakon, penerbit filem dan personaliti televisyen India yang terkenal dengan karyanya di pawagam Hindi. SRK memulakan kerjaya lakonannya pada akhir 1980-an, muncul dalam beberapa rancangan televisyen.
Filem pertama SRK, Deewana, telah dikeluarkan pada tahun 1992. SRK mula terkenal ketika membintangi watak penjahat dalam filem seperti Baazigar (1993), Darr (1993) dan Anjaam (1993). Beliau telah menyatakan bahawa rumahnya, Mannat, berharga INR 2 bilion (RM110 juta), suatu pembelian yang paling mahal.
3. Tyler Perry
Nilai Kekayaan: $700 Juta (RM3.16 bilion)

Tyler Perry ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip dari Amerika Syarikat. Menurut Forbes, pendapatan tertingginya ialah 130 juta dolar Amerika (RM586 juta) antara Mei 2010 dan Mei 2011.Beliau merupakan salah seorang pembuat filem Afrika-Amerika yang paling berjaya dari segi kewangan sepanjang zaman.
Perry mula mendapat pengikut yang ramai dari permulaannya yang sederhana sebagai penulis drama kepada filem sulungnya, Diary of A Mad Black Woman, yang dikeluarkan pada tahun 2005.
Perry terus membina empayar hiburan selepas filemnya itu memperoleh lebih 50 juta dolar Amerika (RM225 juta).
4. Tom Cruise
Nilai Kekayaan: $570 Juta (RM2.57 bilion)

Tom Cruise atau nama sebenarnya Thomas Cruise Mapother IV ialah seorang pelakon Amerika yang mula terkenal pada tahun 1980-an. Beliau merupakan salah seorang lelaki paling terkemuka dalam industri dan terkenal dengan ketampanan yang rapi dan serba boleh. Filemnya telah menjadikan Tom dalam senarai 10 pelakon terkaya di dunia dengan memperoleh lebih 4 bilion dolar Amerika (RM18 bilion) di Amerika Utara dan 10.1 bilion dolar Amerika (RM45.5 bilion) di seluruh dunia.
Beliau memulakan kariernya pada awal 1980-an dan menjadi terkenal dalam komedi Risky Business (1983) dan Top Gun (1986).
5. George Clooney
Nilai Kekayaan: $550 Juta (RM2.48 bilion)

George telah memenangi tiga Anugerah Golden Globe dan dua Anugerah Akademi, satu untuk membintangi Syriana dan satu lagi untuk penerbitan bersama Argo. Beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI. George merupakan seorang pelakon dan pengarah filem terkenal Amerika.
Difahamkan, George mula terkenal pada tahun 1990-an sebagai seorang lelaki terkemuka yang terkenal dengan ketampanan sebelum menjadi pengarah dan penulis skrip terkenal.
6. Robert De Niro
Nilai Kekayaan: $500 Juta (RM2.25 bilion)

Robert Anthony De Niro Jr. ialah pelakon, penerbit dan pengarah dari Amerika Syarikat. Robert De Niro terkenal apabila bekerjasama dengan sembilan pengarah filem Martin Scorsese, yang mana beliau telah menerima beberapa anugerah.
Beliau diiktiraf kerana penggambarannya yang tidak berkompromi tentang watak-watak ganas dan kasar serta penggambaran komedinya tentang lelaki tua yang garang.
Selain itu, beliau menerima pencalinan dalam Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Silver Linings Playbook arahan David O.Russell.
Pada 2017, beliau tampil dalam filem psikologi Joker dan epik jenayah The Irishman.
7. Adam Sandler
Nilai Kekayaan: $420 Juta (RM1.89 bilion)

Adam Richard Sandler ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, penulis skrip dan penerbit filem dari Amerika Syarikat. Dari 1990 hingga 1995, beliau adalah ahli pelakon Saturday Night Live sebelum muncul dalam beberapa filem blockbuster Hollywood yang telah mengutip lebih 2 bilion dolar Amerika (RM9 bilion) di box office.
Sandler paling terkenal dengan karya komedinya tetapi karya dramatiknya juga mendapat pujian.
8. Mel Gibson
Nilai Kekayaan: $425 Juta (RM1.9 bilion)

Mel Gibson atau Mel Columcille Gerard Gibson ialah seorang pelakon Amerika kelahiran Australia yang menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 1980-an. Beliau mula terkenal dengan siri filem aksi pengembaraan sebelum menjadi pengarah dan penerbit.
Gibson memulakan debut sinematiknya di Summer City pada tahun 1977, yang mana dia dibayar sebanyak 400 dolar Amerika (RM1,803).
Pada tahun berikutnya, Gibson membintangi filem Mad Max sebagai watak utama. Kini, beliau memperoleh purata 20 juta dolar Amerika (RM90 juta) setiap filem dengan 57 filem atas namanya.
9. Amitabh Bachchan
Nilai Kekayaan: $455 Juta (RM2 bilion)
Amitabh Bachchan ialah pelakon, penerbit dan hos televisyen dari India. Dia dianggap sebagai salah seorang pelakon terpenting dalam sejarah filem India.
Filem Jubli Emas Amitabh Bachchan menjangkau tahun 1973 hingga 1984. Keajaiban Amitabh yang mempunyai suara yang bercirikan khas telah mendorongnya menjadi bintang terkenal. Selain itu, imej Amitabh sebagai seorang lelaki muda berwajah bengis menjadikannya semakin terkenal.
10. Jack Nicholson
Nilai Kekayaan: $400 Juta (RM1.8 bilion)

John Joseph Nicholson ialah seorang pelakon dan pengarah filem di Amerika Syarikat yang bekerja selama lebih daripada 50 tahun, dia terkenal dengan watak komedi, pelakon romantik, anti-wira dan penjahat.
Jack Nicholson mempunyai nilai bersih sebanyak 400 juta dolar Amerika (RM1.8 bilion), menjadikannya sebagai salah seorang pelakon terkaya di dunia.
Dia adalah pelakon lelaki yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah Anugerah Akademi, dengan dua belas pencalonan.
BACA LAGI : Shah Rukh Khan Antara Pelakon Terkaya Dunia, Miliki Kekayaan Lebih RM3 Bilion
Sumber: Business Connect
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya Sejam Sesi Taaruf, Da’i Syed Temui Cinta Sejati Dalam Diri Hana Ismail

Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed yang baru sahaja bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Hana Ismail, Sabtu lalu tampil berkongsi saat perkenalan mereka berdua.
Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Da’i Syed memaklumkan detik pengenalan bersama isteri tercinta yang juga pengacara televisyen tersebut hanya mengambil masa yang singkat.
Katanya, mereka cuma mengambil masa satu jam sahaja bagi sesi bertaaruf (mengenali satu sama lain) dan tujuh hari kemudian diluang untuk melakukan istikharah.
Hanya selepas itu, Syed dan ahli rombongannya bertemu dengan keluarga pihak wanita bagi menghalalkan hubungan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengacara TV AlHijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed?
Dalam pada itu, Syed mengharapkan perkahwinan mereka ini dapat melengkapi kekurangan antara satu sama lain.
“Demi tuhan! Kami tidaklah berkenalan lama, hanya ‘satu jam’ bertaaruf dan tujuh hari istikharah.
“Kemudian bertemu dengan keluarganya untuk menghalalkan dia. Jodoh ini sangat misteri. MasyaAllah! Semoga dia melengkapi kekurangan ku. Insya-Allah,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, pasangan dua sejoli itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Mas’ud, Jalan Damai pada jam 11.43 pagi.
Da’i Syed dan Hana sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 November lepas. Namun momen tersebut tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak luar termasuk penggiat media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & kredit foto: Instagram Da’i Syed