Konsert Musim COVID-19, Kumpulan Rock Amerika Guna Konsep ‘Space Bubble’

Share

Mungkin ramai diantara kita yang memikirkan adalah mustahil untuk menghadiri konsert dalam masa terdekat ini ekoran wabak pandemik COVID-19 yang belum beransur pulih.

Namun, tidak ada yang mustahil kerana kumpulan rock Amerika Syarikat, The Flaming Lips masih lagi berani mengadakan konsert dengan mengetengahkan idea mereka sendiri. Penonton yang hadir perlu berada dalam space bubble

plastik lutsinar sepanjang konsert.
Foto: YouTube

Ha, macam menarik kan?

Kumpulan rock tersebut mengadakan dua konsert pada hujung minggu lalu di Oklahoma dengan penonton menimati muzik mereka dalam space bubble tersebut.
Setiap pertunjukkan boleh menampung kira-kira 100 bubbles dan ahli kumpulan mereka turut sama beraksi dalam gelembung lutsinar itu juga.

Konsep ini adalah idea daripada ahli kumpulan mereka sendiri, Wayne Coyne yang sering berguling dikhalayak ramai dengan bola zorb semasa pertunjukan pentas. Coyne juga menjelaskan, keadaan di konsert tersebut adalah lebih selamat daripada pergi ke kedai runcit.

Foto: consequenceofsound.net

Gelembung itu dilengkapi dengan alat pembesar suara, kipas angin, sebotol air, tuala dan papan tanda kecil yang tertulis “Saya mahu buang air” dan “Panas di sini” untuk memberi isyarat kepada petugas konsert. Petugas kemudian akan mengambil tindakan yang sewajarnya, sama ada membawa penonton ke tandas atau mengisi udara sejuk ke dalam gelembung itu.

Penonton juga diarahkan untuk memakai pelitup muka ketika berada di luar gelembung, namun diberi kelonggaran untuk menanggalkannya apabila berada di dalam gelembung.

Ha, kalau di Malaysia buat macam ni korang berani tak nak pergi konsert? Hiks!

Sumber: BBC

Published by
Noor Ain Norman