Kumpulan punk rock lagenda, Green Day disahkan bakal membuat kunjungan sulung mereka ke Malaysia bagi menjayakan sebuah konsert pada tahun 2025!
Ditubuhkan pada tahun 1986 di California, Green Day merupakan salah satu kumpulan punk rock yang mempunyai rekod jualan album paling laris dalam sejarah dengan sebanyak 76 juta rekod terjual di seluruh dunia dan pencapaian penstriman sekerap 10 bilion secara kumulatif.
Malah, media antarabangsa Rolling Stone juga pernah menobatkan Green Day sebagai ‘kumpulan paling berpengaruh bagi generasinya’ dan telah menginspirasikan banyak kumpulan-kumpulan muzik muda untuk bertapak dalam industri seni muzik.
Ujar penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert kumpulan yang pernah memenangi lima trofi anugerah Grammy itu dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Selain Kuala Lumpur, hanya satu lagi destinasi di rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan Green Day iaitu Jakarta, Indonesia.
Ads
REMAJA difahamkan penjualan tiket konsert akan mula dibuka untuk pemegang Mastercard dari 24 September (10 pagi) hingga 26 September (10 pagi). Buat ahli Live Nation pula, korang boleh mendapatkan tiket pada 26 September bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam.
Ads
Manakala jualan am pula boleh direbut mulai 27 September dari jam 11 pagi.
Jika sebelum ini kita perlu turun di Stesen Kl Sentral untuk pertukaran penggunaan pengangkutan awam melibatkan sistem transit aliran ringan, Komuter, MRT dan sebagainya, sejak tiga hari lalu, pengguna tidak perlu turun di stesen tersebut sebaliknya boleh berbuat demikian di Stesen Pasar Seni.
Ini kerana sebuah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Stesen LRT Pasar Seni dengan Stesen KTM Kuala Lumpur telah dibuka sekaligus menyediakan kesalinghubungan langsung dan mudah untuk pengguna pengangkutan awam bertukar dari perkhidmatan tren MRT dan LRT ke KTM.
Jejantas sepanjang 102-meter telah dibina oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaras dengan skop kerja MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK). MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd merupakan rakan pelaksana projek dan Trans Resourced Corporation Sdn Bhd ialah kontraktor kerja tersebut.
Selain pembinaan jejantas melintasi Sungai Klang, kerja-kerja juga termasuk pengubahsuaian dan penambahbaikan kawasan ruang legar dan platform Stesen LRT Pasar Seni, dan juga kawasan pintu masuk Dayabumi di Stesen Kuala Lumpur.
Kerja pembinaan telah bermula pada April 2016 dan telah dijadualkan untuk disiapkan pada Disember 2019. Kos kerja ialah RM103.8 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Abdul Yazid Kassim berkata bahawa beliau berharap jejantas baharu ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam kerana ia akan membolehkan pertukaran di antara perkhidmatan tren MRT, LRT dan KTM dengan lebih mudah dan selesa.
“Kesalinghubungan yang sempurna merupakan salah satu daripada elemen paling penting dalam pengangkutan awam kerana ia menjadikan pertukaran di antara perkhidmatan dan mod lebih mudah dan cekap. Tanpa kemudahan sedemikian, orang ramai akan hilang minat untuk menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Beliau berkata bahawa melihat kepada Stesen MRT Pasar Seni turut dihubungkan dengan lancar dengan Stesen LRT Pasar Seni, ketiga-tiga stesen kini akan menjadi tempat pertukaran utama untuk perkhidmatan tren MRT, LRT dan KTM.
“Jejantas juga direka bentuk untuk menyediakan integrasi tambang pada masa hadapan di antara sistem kutipan tambang LRT-MRT dan juga KTM. Kami berharap suatu hari nanti, pengguna hanya perlu berjalan kaki dari Stesen LRT ke Stesen KTM dan sebaliknya secara terus tanpa perlu melalui sebarang pintu tiket atau membeli tiket baharu,” kata beliau.
Yazid mengucapkan tahniah kepada PDP dan kontraktor yang telah berjaya menyiapkan jejantas lebih awal dari waktu yang ditetapkan dan juga pembinaan yang berkualiti. Beliau berkata bahawa pemilikan, operasi dan penyelenggaraan jejantas kini adalah di bawah Prasarana.
“Jejantas yang akan dibuka kepada penumpang seawal 6 pagi pada Jumaat, 8 November 2019,” kata Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.
Beliau berkata: “Pengguna yang keluar dari Stesen KTM Kuala Lumpur yang ingin bertukar ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang digalakkan untuk menggunakan jejantas pejalan kaki baru kerana ia akan memendekkan masa pertukaran mereka”.
“Selain itu, kemudahan walkalator telah dipasang di jejantas pejalan kaki untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan kepada para penumpang”.
Jejantas baharu ini menghubungkan secara langsung aras ruang legar Stesen KTM Kuala Lumpur di pintu masuk Dayabumi dengan kawasan berbayar Stesen LRT Pasar Seni. Dari sini, pengguna yang ingin ke Stesen MRT Pasar Seni hanya perlu berjalan ke eskalator menghala ke bawah terus ke Stesen MRT yang bertentangan dengan jejantas baharu.
Jejantas baharu ini dilengkapi kipas dan pencahayaan yang cukup dan juga sepasang walkalator menjadikan perjalanan di antara stesen lebih mudah dan selesa. Satu set pintu tiket turut dipasang untuk memberikan akses yang lebih mudah untuk ke Stesen LRT.
Papan tanda baharu juga telah dipasang di Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen KTM Kuala Lumpur untuk membantu pengguna menuju ke destinasi mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jelas, sekarang merupakan waktu yang cukup manis buat insan bernama Noor Neelofa.
Jika Jumaat lepas Noor Nabila dan Engku Emran menamatkan zaman bujang masing-masing. Terbaru, timbul pula desas-desus bahawa usahawan berjaya dan selebriti Neelofa akan melansungkan pernikahannya bersama tunang, Haris Ismail, 26 dalam masa terdekat.
Hal ini menjadi bualan hangat netizen selepas satu ‘posting’ Neelofa di laman instagramnya, Neelofa berkongsi doa yang disertai dengan maksud bertujuan meminta orang ramai untuk mendoakannya dalam doa mereka.
“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab yang jelas mengenai perkongsian tersebut, sama ada ia ditujukan untuk majlis pernikahannya kelak atau sebaliknya.
Namun, rata-rata warganet meninggalkan komen yang positif dan mendoakan untuk pasangan ini.
Untuk info, selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz pada 1 November 2020 bagi menyempurnakan acara merisik yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Apa-apapun, sama-samalah kita doakan saja yang terbaik buat mereka berdua, okay.
Sumber : Instagram Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan memakai riben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.
Kalau korang nak tahu, riben hijau merupakan simbolik kepada kesihatan mental antarabangsa dan ia memegang peranan signifikan sebagai tanda sokongan bagi kesedaran dan penyebab kesihatan mental selain membina soladiriti untuk mereka yang terkesan dek perkara ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara melalui laman Instagram, @istana_negara, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan merupakan Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 setelah menerima undangan dari World Federation for Mental Health (Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia) baru-baru ini.Naungan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan ini adalah sehingga bulan Oktober 2021.
Dalam perutusannya sebagai Penaung Antarabangsa, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia untuk bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana ianya merupakan tanggungjawab semua.
Katanya, meluangkan masa dan memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan di antara kita amatlah penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.
Pelantikan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa adalah bukti usaha-usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, cara-cara perawatan dan cabaran polisi, yang mana usaha-usaha ini telah diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.
***P/S – Kesihatan mental bukanlah perkara yang remeh. Orang yang kelihatan gembira dan nampak normal pun boleh mengalami masalah mental. Kalau ada orang di sekeliling anda mengalami perkara seperti ini, bantu dan jangan meremehkan perkongsian mereka. Masalah mental boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bahkan kepada kanak-kanak.
Sumber: Instagram dan Facebook Istana Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...