Tiada yang lebih membanggakan penulis bila menyaksikan Konsert Tanah Airku yang dipersembahkan di Dewan Filharmonik PATRONAS, KLCC apabila menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak seni muda dari Malaysian Youth Philharmonic Youth Malaysia (MPYO) melakukan persembahan bersama-sama ‘orang lama’. Bukan selalu dapat kita saksikan anak-anak muda seperti mereka berkongsi pentas yang cukup berprestij mengadakan konsert yang cukup eksklusif.

Konsert yang merupakan kolaborasi bersama antara MYPO dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) telah diadakan pada 17 dan 18 November 2017 yang lalu dengan cukup jayanya. Remaja cukup bertuah kerana dijemput untuk menyaksikan sendiri kehebatan bakat-bakat muda yang dibimbing pemuzik lebih veteran.

Konsert Tanah Airku: Apresiasi Bangsa Gabungan Generasi Baru dan Lama Di Dewan Filharmonik PETRONASKonsert Tanah Airku: Apresiasi Bangsa Gabungan Generasi Baru dan Lama Di Dewan Filharmonik PETRONASPada konsert ini juga, Datuk Ramli Sarip turut muncul melakukan persembahan penuh bertenaga. Konsert Tanah Airku yang diadakan juga bersempena ulang tahun MYPO yang ke-10 menyaksikan ia berlangsung dalam dua bahagian yang cukup menarik. Tema utama muzik yang dibawa mereka pada malam itu ialah muzik tradisional serta lagu-lagu hitr istimewa Datuk Ramli Sarip.

Ads

Untuk bahagian pertama, persembahan orkestra tanpa vokal dipimpin oleh ‘orang kuat’ MYPO iaitu Ahmad Muriz Che Rose yang bertindak sebagai konduktor. Seujurnya, bila menonton persembahan ini, penulis seakan didodoi oleh irama-irama lagu tradisional. Apatah lagi dengan gubahan istimewa yang mungkin tidak akan dapat disaksikan di tempat lain. Gabungan muzik yang terhasil daripada orkestra moden dan tradisional memberikan elemen muzik Melayu yang cukup kuat. MYPO dan OTM menyampaikan persembahan lagu-lagu seperti Seri Mersing, Laksamana Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut. Persembahan ini berlangsung selama sejam sebelum interval rehat selama 20 minit.

Ads

Konsert Tanah Airku: Apresiasi Bangsa Gabungan Generasi Baru dan Lama Di Dewan Filharmonik PETRONASSelesai interval, Datuk Ramli Sarip mengambil alih pentas. Ternyata aura luar biasa yang dibawa oleh legenda rock dikenali sebagai papa rock Malaysia ini berjaya memukau penonton. Dengan suara serak basahnya yang menjadi trademark zaman-berzaman, Datuk Ramli Sarip memulakan persembahan dengan lagu popularnya, Kamelia. Seriously, menonton persembahan ini di depan mata diiringi pula muzik orkestra MYPO dan OTM, penulis berasa ‘seram sejuk’ dan bersiri bulu roma! Datuk Ramli Sarip juga pandai berinteraksi dengan penonton dan itulah yang membuatkan persembahannya menjadi lebih menarik.

Ads

Walaupun ini merupakan penampilannyayang ketiga di Dewan Filharmornik PETRONAS, namun sebenarnya inilah persembahannya yang pertama diirngi seratus peratus oleh orkestra. Dan penulis sebagai salah seorang penonton pada malam itu berasa cukup bertuah. Datuk Ramli Sarip turut menyampaikan beberapa buah lagu lagu seperti Teratai, Syair Laila Majnun dan Lagu Zaman (berduet bersama Norihan Saif). Persembahan penutup pada malam itu disempurnakan olehnya dengan membawakan lagu yang cukup emosional, Kau Yang Satu.

Konsert Tanah Airku: Apresiasi Bangsa Gabungan Generasi Baru dan Lama Di Dewan Filharmonik PETRONASSemoga konsert seperti ini akan terus diadakan oleh pihak penganjur pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan kepadam pemuzik muda tetapi memberi peluang serta paltform untuk muzik tradisional dimartabatkan ke peringkat tertinggi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI