Tiada yang lebih membanggakan penulis bila menyaksikan Konsert Tanah Airku yang dipersembahkan di Dewan Filharmonik PATRONAS, KLCC apabila menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak seni muda dari Malaysian Youth Philharmonic Youth Malaysia (MPYO) melakukan persembahan bersama-sama ‘orang lama’. Bukan selalu dapat kita saksikan anak-anak muda seperti mereka berkongsi pentas yang cukup berprestij mengadakan konsert yang cukup eksklusif.
Konsert yang merupakan kolaborasi bersama antara MYPO dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) telah diadakan pada 17 dan 18 November 2017 yang lalu dengan cukup jayanya. Remaja cukup bertuah kerana dijemput untuk menyaksikan sendiri kehebatan bakat-bakat muda yang dibimbing pemuzik lebih veteran.
Untuk bahagian pertama, persembahan orkestra tanpa vokal dipimpin oleh ‘orang kuat’ MYPO iaitu Ahmad Muriz Che Rose yang bertindak sebagai konduktor. Seujurnya, bila menonton persembahan ini, penulis seakan didodoi oleh irama-irama lagu tradisional. Apatah lagi dengan gubahan istimewa yang mungkin tidak akan dapat disaksikan di tempat lain. Gabungan muzik yang terhasil daripada orkestra moden dan tradisional memberikan elemen muzik Melayu yang cukup kuat. MYPO dan OTM menyampaikan persembahan lagu-lagu seperti Seri Mersing, Laksamana Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut. Persembahan ini berlangsung selama sejam sebelum interval
rehat selama 20 minit.Walaupun ini merupakan penampilannyayang ketiga di Dewan Filharmornik PETRONAS, namun sebenarnya inilah persembahannya yang pertama diirngi seratus peratus oleh orkestra. Dan penulis sebagai salah seorang penonton pada malam itu berasa cukup bertuah. Datuk Ramli Sarip turut menyampaikan beberapa buah lagu lagu seperti Teratai, Syair Laila Majnun dan Lagu Zaman (berduet bersama Norihan Saif). Persembahan penutup pada malam itu disempurnakan olehnya dengan membawakan lagu yang cukup emosional, Kau Yang Satu.