Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh enggan mengulas secara terperinci mengenai kontroversi konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Dalam temu bual bersama Remaja, pelantun lagu popular Cinta itu juga mengakui bahawa dia belum bertemu dengan pihak penganjur, Orange International Entertainment.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Stacy Tarik Diri, Penganjur Konsert Sumandak Stars Tampil Beri Respons -“Kami Tiada Niat Nak Bandingkan..”
“Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna. Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyi Sabahan.
“Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang. Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi,” katanya ketika ditemui di malam gala filem Don Dukun.
ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Luar Biasa, 7 Sumandak Sabah Bakal Gegar Zepp KL November Ini!
Pada masa sama, Marsha turut mengunci mulut mengenai rakan seperjuangannya, Stacy Anam, yang telah menarik diri daripada konsert tersebut.
“Saya yakin Stacy ada alasan sendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia. Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep,” ujarnya lagi.
Walaupun dalam situasi yang tidak pasti, penyanyi lagu Bimbang itu berharap agar konsert yang menggabungkan penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu berjalan dengan lancar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro