Walaupun terpalit dengan kontroversi mengenai tuduhan meniru rekaan samping daripada jenama pakaian lain, pemilik Elrah Exclusive, El Azman tetap tegas mengatakan bahawa isu tersebut tidak memberi impak kepada jualan produk mereka.
Menurut El, kontroversi tersebut sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya. Namun, dia menegaskan bahawa ia tidak menghalang perkembangan perniagaan dan jualan Elrah Exclusive, malah produk keluaran jenamanya terus mendapat sambutan hangat, walaupun menjelang hujung Ramadan.
“Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik. Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama.
“Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai dan kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.
Ads
“Namun selepas perkara itu tular, ia tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah, meskipun di hujung Ramadan ini,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Tambah El lagi, lonjakan jualan bukan berpunca daripada kontroversi tersebut, tetapi lebih kepada hasil strategi pemasaran yang telah dijalankan, termasuk pemilihan artis tempatan serta jaguh Muay Thai, Rodtang dan Tawanchay sebagai duta produk mereka.
“Pengambilan Rodtang dan Tawanchay membuatkan lebih ramai mengenali jenama kami ini. Pengambilan mereka memberi kesan baik kepada jenama Elrah. Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai.
Ads
“Angka ini bukan datang semalaman. Ia adalah hasil dari tahun-tahun usaha tanpa henti, eksperimen strategi, dan keberanian untuk berubah mengikut arus pasaran,” ujarnya lagi.
Selain itu, El turut berkongsi kejayaan jualan di luar negara yang sangat memberangsangkan.
“Untuk pengetahuan, jualan di Thailand sangat meningkat, iaitu kepada RM70 juta. Malah pengaruh Aisar Khaled dan Fadhli di Indonesia juga meningkatkan jualan di sana,” tambahnya.
Ads
Baru-baru ini, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman telah mendakwa bahawa rekaan kain samping yang dikeluarkan oleh suaminya, Emran Rijal, telah diciplak oleh sebuah jenama baju Melayu terkenal.
Susulan daripada tuduhan tersebut, Elrah Exclusive tampil memberi penjelasan pada Rabu, menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak berasas serta tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.
Dalam kenyataan yang sama, El juga menegaskan bahawa beliau bersedia mengambil tindakan undang-undang jika tuduhan tersebut memberi kesan negatif terhadap reputasi jenama Elrah Exclusive.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Okay kami faham, korang menyayangi ibu sendiri dan dialah insan yang paling rapat dengan diri kita.
Namun, adakah okay untuk korang memilih pasangan yang kelihatan seakan sama dengannya dari segi rupa paras?!
Brooklyn Beckham dan ibunya, Victoria selalu mempunyai hubungan yang rapat.Teman wanita terbaru Brooklyn, Phoebe Torrence.
Itu yang dilihat terjadi kepada anak remaja sulung David dan Victoria Beckham, Brooklyn. Remaja berusia 20 tahun itu kini sedang menjalinkan hubungan mesra dengan seorang pelakon bernama Phoebe Torrance, 25.
Tak ada yang pelik pun dengan perbuatan itu memandangkan Brooklyn terkenal sebagai seorang lelaki yang tidak boleh dibiarkan solo. Ada saja perempuan yang cuba untuk mendekatinya.
Namun, yang peliknya adalah apabila Phoebe kelihatan persis ibunya, Victoria Beckham jika sekali diimbas.
Phoebe TorrenceVictoria Beckham pada era 90-an.
Malah, sumber rapat berkata Brooklyn kini selalu ‘diejek’ oleh rakannya kerana mereka merasakan wajah Phoebe dan Victoria saling tak tumpah sama.
Dia bagaimanapun menepis dakwaan itu dan berkata mereka adalah individu yang berbeza.
*
Menariknya, Phoebe dilaporkan pernah mengambil tugasan separuh masa sebagai pelakon seiras Victoria Beckham semasa berusia belasan tahun. Duit itulah yang digunakan oleh Phoebe untuk menanggung pengajian di universiti.
Anyway, korang rasa mereka mempunyai persamaan yang jelas? Ataupun sebenarnya tak sama pun..
*
THE GIRLS ARE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Normal lah setiap kali sambutan perayaan mana-mana kepercayaan masyarakat diraikan di negara kita. Pasti tidak lengkap sekiranya tiada pertunjukan bunga api di udara. Ruang angkasa pasti dihiasi percikan terang-benderang bersempena sambutan perayaan.
Begitupun, satu tindakan undang-undang telah buat berkaitan bermain mercun ini.
Menurut laporan Sinar Harian, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam sekiranya mengganggu ketenteraman awam.
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, mana-mana individu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dengan denda tidak melebihi RM100.
Boleh Disabitkan Kesalahan Jika Main Mercun Lepas 12 Malam
“Tindakan tegas terhadap individu yang didapati sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda. Mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” maklumnya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, bunga api itu turut berisiko mendatangkan kecederaan kepada mereka yang bermain. Hal ini kerana bahan letupan itu dikategorikan sebagai “dangerous good cargo” (DGC) dan “hazard class division” (HCD) 1.4g.
“Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang. Ia supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.
Jadi, korang beringat ye main mercun tu nanti! Takut nanti tak pasal-pasal beraya ‘kedalam’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah betul-betul mendapat sambutan luar biasa, mana tidaknya apabila rating Hometown Cha Cha Cha meningkat ke angka dua digit menerusi episod yang ditayangkan baru-baru ini.
Membawakan jalan cerita yang ringan dan bersahaja, kami pasti ia antara salah satu sebab yang menarik minat kebanyakan penonton. Ditambah pula dengan keserasian hero dan heroin berlesung pipit, membuatkan ramai yang ‘melekat’ di hadapan televisyen pada setiap malam hujung minggu.
Selain daripada telatah karakter utama dalam drama ini yang menjadi perhatian, lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha juga turut tidak terlepas daripada perhatian orang ramai. Di dalam siri tersebut, ia dinamakan sebagai kampung Gongjin, tetapi sebenarnya ia adalah sebuah daerah yang dikenali sebagai Pohang.
Seorang warga Filipina yang sudah beberapa tahun menetap di Korea mengambil peluang ini untuk melawati lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha dan dia turut berkongsi foto yang kebanyakannya dirakam dalam drama bersiri itu.
Dikenali sebagai Arinzana, lelaki ini berkongsi pengalaman perjalanannya dari Busan ke Pohang, semata-mata untuk melawat kawasan lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha.
Jom kita lihat antara foto-foto yang telah dikongsi oleh peminat dari Filipina ini.
Rumah doktor gigi yang tersergam indah di bandar Gongjin
Walau bagaimanapun, produksi Hometown Cha-Cha-Cha dalam satu kenyataan merayu supaya peminat berhenti ‘menyerbu’ lokasi penggambaran drama itu kerana mereka enggan privasi pemilik rumah berkenaan diganggu.
Rumah Hye Jin, Doo Shik, Gam Ri dan Cho Hee dalam drama itu sekadar disewa untuk tujuan penggambaran. Pemiliknya masih lagi menduduki rumah itu.
Betul juga, kalau kita didatangi individu yang tidak dikenali, kita pun tak selesa kan?
Haih, mujurlah rakyat Malaysia belum dibenarkan ke luar negara. Kalau tidak, kami pasti mesti ramai yang dah plan nak ke ‘Gongjin’ kan? Hiks!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...