Impian setiap pelajar selepas menamatkan pelajaran semestinya untuk menghadiri majlis konvokesyen gilang gemilang. Segala penat lelah menimba ibu selama beberapa tahun berbaloi apabila nama disebut untuk menerima skrol di atas pentas.
Namun begitu, disebabkan pandemik Covid-19, sesi awal tahun majlis konvokesyen terpaksa ditangguhkan sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan yang dikenakan. Kini sudah hampir tiba ke hujung tahun, akhirnya UiTM memulakan langkah melakukan konvokesyen secara temu janji.
Walaupun dilakukan secara sederhana dan dalam langkah kawalan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya graduan masih boleh melalui proses konvokesyen bersama teman seuniversiti. Di dalam dewan lokasi konvokesyen, dapat dilihat beberapa stesen khas diletakkan mengikut urutan bagi melancarkan proses.
Tiada penganugerah secara fizikal dilakukan sebaliknya gambar akan diproses secara digital dan akan dihantar kemudian kepada para graduan. Walaupun begitu, para pelajar boleh secara terus mengambil gambar individu dan bersama ibu bapa sambal memegang skrol.
Peristiwa ini semestinya akan menjadi satu kenangan kepada para graduan, sebuah majlis konvokesyen yang unik dan semestinya bakal kekal dalam lipatan memori. Apa yang penting, perjalanan selepas menerima segulung diploma atau ijazah.
Semoga semua graduan cemerlang dalam apa jua bidang yang bakal diceburi kelak..
Sumber & Gambar: Facebook UiTM Terengganu