
Kopi merupakan antara salah satu minuman kegemaran ramai. Tidak hairanlah sekiranya ada individu yang setiap hari keluar mencari kopi kerana bagi mereka ia dapat melepaskan tekanan apabila menikmati minuman berkafein itu.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ramen Godzilla’ Tarikan Buat Yang Inginkan Kaki Buaya Sebagai Bahan Masakan, Eww!
Sebuah restoran di Indonesia menarik perhatian orang ramai selepas memperkenalkan minuman unik yang menggabungkan kopi dengan mi segera Indomie, lapor portal berita Must Share News semalam.
View this post on Instagram
Diberi nama Kopi Indomie, minuman tersebut diperkenalkan di Bilik Rumah Coffee, Ciamis, Jawa Barat, pada 17 Ogos lalu.
Sebuah video yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @bilikrumah.coffee menunjukkan bahawa minuman tersebut mengandungi gula, susu, ais, dan kopi, sebelum ditambah mi Indomie yang telah direbus, perencah, serta bawang goreng.
Sebagai hiasan, minuman ini dilengkapkan dengan hirisan cili padi dan limau nipis.
Video tersebut berjaya meraih lebih 2.3 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Amacam, ada rasa nak cuba tak kopi indomie ni…kalau minum gerenti pakej kenyang sekali…hehe
BACA LAGI : Campur Cili Goreng & Serbuk Lada, Kopi Latte ‘Pedas’ Jadi Rebutan Ramai
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.