Trend selebriti Hollywood bertukar menjadi mogul jenama kosmetik semakin berluasan.
Terbaru, Selena Gomez bakal melancarkan jenama Rare Beauty hasil inspirasi nama album terbarunya, Rare.
Selena terlebih dahulu memuat naik teaser di Instagram pada hari ini. Peminat Selena giat ‘membuat kerja’ untuk merungkai teaser tersebut dan ternyata, jenama Rare Beauty itu boleh didapati di Sephora tak lama lagi.
Bagaimanapun, kami masih belum pasti sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia pada waktu yang sama atau tidak.
Selena Gomez turut bercakap mengenai pengenalan tersebut menerusi video Instagram Live.
“Saya akan melancarkan Rare Beauty setelah 2 tahun menyiapkannya.
“Saya telah berjumpa dengan rakan kongsi dan pasukan yang betul untuk memperkenalkan jenama kosmetik yang boleh diterima oleh korang semua.”
Ads
Produk Untuk Lelaki Pun Ada
Menurutnya penyanyi Lose You To Love Me itu, dia juga inginkan produknya dipakai oleh lelaki dan perempuan untuk menyerlahkan lagi diri sendiri, bukannya untuk cuba menjadi orang yang lain.
Secara tidak langsung, ia membezakan Rare Beauty dengan jenama kosmetik selebriti lain seperti Fenty Beauty (Rihanna) dan Kylie Cosmetics (Kylie Jenner).
Saat penyanyi popular, Rihanna sedang mencongak hari sebelum melahirkan anak sulungnya, khabar angin kencang mengatakan pasangannya, A$AP Rocky telah berlaku curang di platform Twitter pada pagi ini.
Menerusi ciapan di Twitter, pempengaruh fesyen Louis Pisano mendakwa Rihanna meninggalkan A$AP selepas rapper itu berlaku curang dengan pereka fesyen kasut, Amina Muaddi.
Episod curang A$AP didakwa bermula seawal akhir Februari lalu lagi sewaktu mereka menghadiri Minggu Fesyen Paris.
Tambah Pisano, A$AP dan Amina telah lama berkenalan malah pernah berkolaborasi bagi menghasilkan satu koleksi kasut di bawah jenama eksklusif Amina. And get this, Rihanna juga khabarnya pernah memakai kasut daripada koleksi tersebut!
Biarpun kisah curang A$AP terhadap Rihanna ini masih tidak boleh dipastikan oleh mana-mana media, Pisonaberkata tiada sebab munasabah untuknya mereka-reka gosip sebegini tanpa sumber yang sahih.
Ini kerana Pisona juga bekerja dalam industri fesyen yang sama dengan Amina di Eropah dan sekiranya benar apa yang disampaikan ini palsu, tentunya imejnya sendiri akan terkesan teruk.
Terdahulu, Rihanna dan Muaddi pernah berkerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut di bawah jenama fesyen milik Rihanna, Fenty.
Muaddi juga bukanlah nama baru dalam industri ini. Dilahirkan di Itali tetapi memfokuskan bisnesnya di Paris, ramai selebriti pernah memakai kasut rekaannya termasuklah Hailey Bieber, Kendall Jenner dan Rihanna sendiri.
Sekiranya khabar angin ini benar, ia amatlah mengejutkan memandangkan A$AP dan Rihanna dicanang sebagai pasangan bahagia.
Dan seperti dijangka, warganet terus mengaitkan bekas kekasih Rihanna, Drake ke dalam ‘drama’ ini menerusi hantaran memes kelakar.
Untuk pengetahuan, kali pertama Rihanna dan A$AP dilihat sebagai pasangan rasmi adalah sewaktu mereka berjalan di karpet merah acara MET Gala pada tahun lalu. Januari tahun ini, mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata dan muncul juga khabar angin kononnya mereka telah bertunang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kali terakhir penyanyi Malaysia menyanyikan semula lagu asal berbahasa Korea ke dalam bahasa Malaysia adalah menerusi lagu Sonata Musim Salju nyanyian Hazami dan lagu Ku Juga Mencintaimu nyanyian Saiful.
Namun, jarang sekali penyanyi Malaysia yang mengalih bahasa lagu asal nyanyian mereka kepada bahasa Korea. Inilah keistimewaan projek terbaru oleh penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul.
Single terbarunya, Sepi telah dialih bahasa ke bahasa Korea dan ia bakal menemui peminat tidak lama lagi.
Sepi versi bahasa Korea ini adalah langkah permulaan Aina untuk mencuba pasaran muzik di luar Malaysia.
Satu faktor yang menyakinkan Aina mencuba projek ini adalah disebabkan pertolongan seorang rakan kolejnya bernama Alice. Alice kini bermastautin di Korea Selatan dan berkhidmat di salah sebuah syarikat label Korea sebagai penulis lagu.
“Sejak zaman belajar, Alice gemar kongsikan perihal muzik K-pop kepada Aina hingga membuatkan Aina berminat mendengar muzik K-pop dan seterusnya memuat naik beberapa video cover lagu K-pop.
“Aina hubungi Alice untuk meminta pertolongannya menerjemah lirik Sepi ke dalam bahasa Korea. Dari situ, terhasillah versi baharu ini,” kongsinya semasa ditemui di sidang media pengumuman kolaborasi Aina Abdul bersama jenama kosmetik tempatan, Trulooks.
Sejak mencuba rangkaian produk penjagaan kulit Truskin selama tiga bulan secara konsisten, Aina telah melihat perubahan ketara pada kulit wajahnya.
Ia tidak lagi berminyak seperti dahulu yang menjadi punca kulit Aina dinaiki jerawat dan berdepan isu kulit tidak sekata.
Mana Datang Keyakinan?
Berbalik semula kepada percubaan Sepi versi bahasa Korea ini, Aina sedar respon yang diterima daripada pendengar mungkin boleh berbelah bahagi.
Sebelum ini pun jika ada penyanyi tempatan yang cuba menyanyi dalam bahasa asing, pasti ada yang menyokong dan akan ada juga yang mengecam penguasaan bahasa asing penyanyi tersebut yang lemah.
Baginya, itu tidak sama sekali dijadikan penghalang untuk dia melancarkan Sepi versi bahasa Korea ini.
“Sebenarnya, Aina pandai mengajuk bahasa asing seperti bahasa Korea. Jadi dari situ Aina yakin untuk mencuba projek baharu ini.”
“Lagipun, kalau kita amati muzik Korea pun ada menyelitkan bait lirik berbahasa Inggeris dalam lagu mereka.
“Biarpun sebutan bahasa Inggeris penyanyinya tidaklah sempurna, pendengar masih boleh menerima lagu tersebut kerana bahagian bahasa Inggeris itu terselit kemas dalam lagu. It fits the song.
“Pada masa yang sama, Aina telah mengumpulkan sekelompak pengikut berbangsa Korea yang menyokong video nyanyian cover yang pernah Aina muat naik. Projek baharu ini Aina anggap sebagai satu penghargaan di atas sokongan mereka selama ini,” katanya lagi.
Tambah menarik apabila penyanyi Sumpah ini turut menghasilkan sebuah klip video istimewa bagi Sepi versi bahasa Korea.
Klip video tersebut bakal dilancarkan pada 5 April ini di saluran YouTube rasmi Aina Abdul dan ia turut menyelitkan sarikata ‘romanized’ bahasa Korea agar para Ainations mudah menyanyi bersama-sama.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), memuji pencapaian aktres jelita, Anna Jobling, yang membanggakan industri perfileman Malaysia menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Indonesia, iaitu Lembayung dan Laut Tengah.
Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, mengakui bahawa amat mencabar bagi pelakon dari Malaysia untuk mendapat kepercayaan memegang peranan utama dalam karya terbitan negara seberang, memandangkan filem tempatan sukar menambat hati penonton di Indonesia.
“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia terutama dalam siri televisyen.
“Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam. Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, beliau juga menambah bahawa kejayaan bekas peserta Dewi Remaja itu diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia, sekali gus membuka jalan untuk lebih ramai bakat tempatan menempa nama di peringkat antarabangsa.
“Kami di Finas berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan semakin kukuh dengan lebih banyak projek filem bersama yang komersial terutama apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Anna Jobling turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil sokongan ramai termasuk pihak pengurusan saya, pasukan produksi dan peminat.
“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” luahnya.
Sekadar info, Anna kini sedang dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FINAS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...