Khas sempena filem terbaru (dan mungkin sekali filem terakhir?) Avengers: End Game pada bulan ini, SEPHORA pun ingin turut sama menghangatkan lagi sambutan filem itu dengan koleksi mekap terbaru mereka hasil inspirasi Marvel Cinematic Universe.
Koleksi eksklusif Marvel ini menggunakan nama adiwira daripada francais popular itu. Apa yang paling kami gemari adalah efek holografik dan ‘shine’ yang ada pada semua produk tersebut. Barulah kena dengan universe kan?
Ini adalah antara produk kegemaran kami. Cubalah, mana tau korang boleh jadi secantik Captain Marvel, Black Widow dan Shuri?
Warna palet ini yang lembut sesuai untuk apa-apa jenis warna kulit. RM89
Siap dengan corak perisai Captain America lagi. RM55
Wow, Thor pun pakai eyeshadow! Hehe, Ia mempunyai seleksi warna bumi untuk korang yang sukakan natural look.
RM65Warna-warna terang untuk bibir korang agar dapat aura keberanian daripada adiwira kegemaran! RM55
Didatangkan dalam warna 01 Red, 02 Pink dan 03 Orange, warna-warna ini memang akan berikan semangat oomph! RM65 setiap satu.
Kalau adiwira Marvel mempunyai senjata dan gajet, korang pula mempunyai ‘gajet’ penting ketika bersolek. Pelbagai jenis berus didatangkan dalam satu set (2 untuk muka dan 3 untuk mata) dengan nama hero berlainan padanya.
RM145Selain itu, terdapat juga produk face mask dan double ended eyeshadow.
***
Koleksi Marvel ini boleh korang dapati bermula 11 April ini di stor, stor online dan aplikasi SEPHORA.